Ibu

Persiapan Ibu Bapa Untuk Anak Masuk Ke Alam Sekolah

Debaran kian terasa bagi ibu bapa yang pertama kalinya hendak menghantar anak ke sekolah tadika atau sekolah rendah. Mereka akan sentiasa mencuba untuk membuatkan anak mereka ceria dan gembira untuk masuk ke alam persekolah.

Tetapi janganlah disebabkan pertama kali menghadapi situasi persiapan anak masuk sekolah, ibu bapa terlalu boros sehingga lupa untuk berjimat cermat. Persiapan itu perlu, berjimat cermat juga perlu untuk kebaikan pada masa hadapan. Didiklah anak untuk hidup secara bersederhana bukan secara mewah.

Setiap kali masuk ke tahun baru setiap pasaraya akan membuat tema “Jom masuk sekolah”. Menggunakan tema ini mereka akan menjual pelbagai kelengkapan persekolahan anak-anak. Di situlah syurga bagi anak-anak untuk memilih peralatan yang di ingini. Justeru itu, sebagai ibu bapa mereka perlu bijak dalam membuat pemilihan peralatan persekolahan anak-anak yang berkualiti dan tahan lama.

Antara tips permilihan peralatan persekolahan anak-anak adalah:-

Beg sekolah

Pastikan beg sekolah anak tidak terlalu berat. Pemilihan material kain amatlah penting dalam pemilihan beg sekolah. Sekiranya kain yang digunakan itu agak tebal maka beg sekolah akan menjadi berat. Setelah ditambah dengan buku yang bakal mereka bawa, ianya akan membebankan anak-anak untuk memikulnya. Justeru itu, setiap kali membeli beg sekolah, material kain perlulah dititikberatkan.

Pada zaman kini, beg sekolah yang popular bagi kanak-kanak adalah beg yang mempunyai gambar kartun kegemaran mereka seperti kartun Ajen Ali, Upin Ipin, Frozen dan banyak lagi. Justeru itu, ibu bapa perlu bijak dalam memilih kualiti dan material kain yang digunakan.

Alat tulis

Sama juga dengan alatan tulis, kebanyakkan alatan tulis menjadi mahal di sebabkan gambar kartun yang popular ini. Tidak salah untuk membeli alatan tulis mengikut trend terkini tetapi pastikan alatan tersebut mempunyai kualiti yang baik dan boleh digunakan untuk masa yang panjang.

Alat tulis yang perlu ada bagi kanak-kanak tadika atau darjah 1 adalah Pencil box, pencil, pengasah pencil, pemadam, pembaris dan pensil warna. Sekiranya semua ini sudah ada, bermaksud peralatan tulis mereka sudah mencukupi.

PERINGATAN!!!
Elakkan memberi mereka mechanical pencil, hal ini ditakuti mereka makan dakwat mechanical pencil tersebut atau hancurkan dakwat tersebut dan letakkan ia di dalam telinga kawan. Perkara ini pernah berlaku, justeru itu ELAKKAN pemberian mechanical pencil untuk kanak-kanak bawah 8 tahun. “Mencegah lebih baik daripada merawat”.

Baju sekolah

Sediakan baju sekolah anak-anak sekurang-kurangnya 2-3 helai untuk 6 bulan pertama (bagi yang berkemampuan). Tujuan menyediakan mereka beberapa helai baju bagi mengelakkan baju yang di pakai oleh mereka terlalu kotor. Mereka masih lagi kanak-kanak. Justeru itu, baju yang dipakai mereka akan mudah kotor disebabkan oleh tumpahan air, makanan dan sebagainya. Semua ini boleh menyebabkan pakaian mereka kotor dalam masa sehari.

Tips cuci baju yang berwarna putih untuk elakkan cepat rosak:-
Gunakan baking soda atau soda bicarbonate untuk mencuci baju yang berwarna putih. Rendamkan baju tersebut menggunakan air separuh panas dan masukkan baking soda atau soda bicarbonate ke dalamnya. Rendam ia dalam semalaman (Tetapi kalau baju terlalu kotor, cara ini tidak effektif lagi). Gunakan sabun mandi untuk membersihkan kotoran yang degil.

Pemilihan kasut

Bagi kanak-kanak yang berusia 10 tahun ke bawah pemilihan kasut yang sesuai bagi mereka adalah kasut yang melekat bukan yang menggunakan tali. Semua ini bagi memudahkan urusan ibu untuk menyiapkan anak-anak pergi ke sekolah. Walaupun kasut yang bertali kelihatan cantik untuk di pakai tetapi ianya sukar untuk di ikat. Justeru itu, kasut yang melekat adalah solusi paling mudah untuk mempercepatkan persiapan anak ke sekolah.

Jadi, mudahkan. Tips yang diberikan untuk pemilihan peralatan persekolahan anak-anak yang baru sahaja hendak menjejakkan kaki buat pertama kalinya di alam persekolahan. Selepas mengikuti semua tips ini, kuranglah debaran ibu bapa harapnya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh