Ibu

Persediaan Ibu Bapa Untuk Anak Masuk Ke Alam Sekolah

Persediaan Ibu Bapa Untuk Anak Masuk Ke Alam Sekolah. Setiap ibu bapa akan berasa gementar sekiranya anak mereka hendak menjejakkan kaki mereka ke alam persekolahan. Kebiasaannya, ibu akan lebih gementar berbanding dengan anak kerana mereka berasa takut sekirannya anak mereka membuat perangai ketika berada di sekolah.

Persediaan  Ibu Bapa Untuk Anak Masuk Ke Alam Sekolah

Persediaan Ibu Bapa Untuk Anak Masuk Ke Alam Sekolah

Debaran kian terasa kerana sekolah akan dibuka tidak lama lagi. Justeru itu, kami akan sediakan beberapa TIPS persediaan pertama kali anak mula masuk ke alam persekolah.

Antara tips mudah untuk di ikuti adalah :-

Pastikan anak tidur awal

Tujuan tidur awal bagi memastikan mereka cukup tidur, mudah bagun dan tidak meragam pada sebelah pagi. Selain itu, untuk mengelakkan mereka daripada hilang focus semasa di dalam kelas. Walaupun mereka di tahun pertama persekolahan, sebagai ibu bapa kita perlu membuatkan mereka minat hendak pergi ke sekolah bukan jadikan sekolah itu tempat yang paling membosankan.

Mandikan mereka menggunakan air Panas

Bila sebut sahaja Mandi pasti anak-anak yang masih kecil pasti akan cuba mengelakkan diri daripada mandi sebab sejuk. Kalau ibu bapa tidak pantau mereka mandi pasti mereka hanya mengosok gigi dan lap tahi mata menggunakan air semua ini berlaku di sebabkan air terlalu sejuk. Oleh itu, penggunaan air yang panas amat di sarankan bagi mengelakkan mereka daripada tidak mandi ketika pergi ke sekolah. Tujuan mandi menggunakan air panas adalah bagi memberikan mereka kesegaran di awal pagi.

Sediakan sarapan pagi sebelum pergi ke sekolah

Biasakan diri menyediakan sarapan di pagi untuk anak-anak supaya mereka lebih bertenaga dan bersemangat untuk pergi ke sekolah. Sarapan akan memberikan tenaga buat anak-anak di awal pagi dan mengelakkan mereka berasa letih sementara menunggu waktu rehat di sekolah.

INFO SIHAT!!!
Tahukah anda, anak yang bersarapan pagi lebih tinggi memories dan lebih fokus di dalam kelas berbanding dengan mereka yang tidak bersarapan. Mood mereka juga akan lebih baik serta dapat mengelakkan perasaan stress dalam diri. Dalam erti kata mudah, mereka boleh perform lebih baik di sekolah.

Check semua peralatan sekolah anak-anak

Ibu atau bapa haruslah rajin untuk melihat apa-apa alatan yang kurang sebelum anak pergi ke sekolah. Tujuan check peralatan sekolah anak-anak bagi mengelakkan mereka di marahi oleh cikgu sekiranya peralatan persekolahan mereka kurang atau MENGELAKKAN anak-anak mengambil barangan orang lain bagi memuaskan hati untuk memenuhi peralatan persekolahan mereka.

Pantau anak-anak ketika menyiapkan kerja sekolah

Permasalahan pada masa kini adalah, kedua ibu bapa bekerja. Masa yang mereka ada hanyalah di sebelah malam sahaja justeru itu, mereka kurang memantau atau memberikan perhatian terhadap pembelajaran anak-anak sehingga anak berasa bosan untuk belajar. Bagi, mengelakkan permasalahan ini berlanjutan ibu atau bapa perlu bijak dalam memainkan peranan mereka. Sekiranya tidak mampu memantau pembelajaran anak-anak setiap hari, pantaulah pembelajaran mereka ketika ibu bapa cuti.

TIPS untuk memantau pembelajaran anak-anak sekiranya kedua-duanya bekerja:-

  1. ​Setiap malam sebelum anak tidur, berikan sedikit ruang untuk bertanya pada mereka sama ada mereka telah siap melakukan kerja yang di berikan oleh cikgu atau tidak.
  2. Semak buku sekolah mereka setiap minggu. Sekiranya terdapat banyak pen merah atau comment yang negatif daripada cikgu bermaksud mereka tidak melaksanakan tugasan yang diberikan oleh cikgu mereka.
  3. ​Sentiasa berhubung dengan guru kelas untuk mengetahui setiap gerak geri anak-anak di sekolah.

Anak adalah anugerah, justeru itu sebagai ibu bapa mereka perlu sentiasa peka dalam melaksanakan tugasan sebagai seorang ibu atau bapa. Jangan pernah abaikan mereka walaupun sesaat kerana mereka adalah anugerah yang terindah. Didiklah mereka menjadi insan yang mampu menegakkan agama, bangsa dan negara.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh