Pendekatan Pengajaran Bagi Murid Yang Mempunyai Masalah Pendengaran

Pendekatan Pengajaran Bagi Murid Yang Mempunyai Masalah Pendengaran

Pengertian pendengaran dalam Kamus Pelajar Edisi ke-2 adalah pancaindera untuk mendengar, kuasa atau daya untuk mendengar. Masalah pendengaran pula adalah hilang keupayaan untuk mendengar secara normal bergantung kepada tahap dan jenis masalah pendengaran yang di alami oleh mereka. Masalah pendengaran ini juga dikenali sebagai kecatatan yang senyap dan tersembunyi.

Pada kebiasaannya masalah ini akan menggangu kehidupan seharian seseorang. Pendengaran amat penting dalam pengurusan kerja rumah, di tempat kerja dan sebagainya. Sekiranya kita mempunyai masalah pendengaran maka ianya akan menggangu aktiviti seharian kita.

Masalah pendengaran terbahagi kepada 4 bahagian:-

Masalah pendengaran konduktif

Sebarang masalah di dalam telinga luar dan dalam yang menghalang bunyi mengalir dengan betul.

Masalah pendengaran sensorinueral

Ianya terjadi disebabkan oleh ketiadaan atau kerosakkan sel deria (rerambut) di dalam koklea dan kebiasaanya akan kekal.

Masalah pendengaran campuranHilang pendengaran campuran adalah campuran sensorinueral dan konduktif. Ianya berlaku disebabkan oleh masalah di dalam telinga dalam, luar atau tengah.

Masalah pendengaran neural

Masalah yang terjadi akibat ketiadaan atau kerosakan pada saraf auditori boleh mengakibatkan hilang pendengaran neural. Hilang pendengaran neural biasanya berada pada tahap parah dan kekal

Info lanjut boleh kelaman web dibawah ini.

https://www.medel.com/my/hearing-loss/

Bagaimana cara hendak mengenalpasti ciri-ciri kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran?

●Kurang memberi perhatian di dalam bilik darjah
●Tidak memahami atau sukar mengikut arahan
●Kurang melibatkan diri dalam aktiviti yang melibatkan pertuturan
●Seringkali mengulangi arahan yang diberikan oleh pengajar
●Lemah dalam pencapaian akademik
●Gemar melihat gerak geri mulut orang yang sedang bertutur

Cara mengajar kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran:-

1) Kenalpasti dahulu tahap kehilangan sensetivity pendengaran pelajar.
Pengetahuan tahap pendengar ini amat penting dalam pemilihan cara pengajaran kanak-kanak ini.

2) Kedudukan pengajar haruslah berhadapan dengan mereka yang mempunyai masalah pendengaran.
Hal ini bagi memudahkan mereka membaca gerak mulut setiap satu pengajarnya. Walaupun mereka tidak boleh mendengar tetapi mereka boleh membaca pergerakkan mulut pengajar mereka. Justeru itu, pastikan mereka selalu berada diposisi yang betul di dalam kelas.

TIPS!!!
Elakkan mereka daripada kawasan yang mempunyai pengcahayaan yang tinggi, ianya akan menyukarkan mereka untuk melihat pergerakkan mulut pengajar mereka.

3) Elakkan bertutur dalam keadaan yang cepat
Tujuan mengelakkan bertutur dalam keadaan yang cepat bagi mengelakkan kanak-kanak ini mendapat info yang salah ketika membaca pergerakkan mulut pengajar.

4) Pembelajaran mengikut bahasa isyarat (menggunakan kod tangan).
Ianya merupakan pendekatan yang paling mudah bagi mereka memahami setiap arahan yang diberikan. Dalam pendekatan ini bahasa yang digunakan adalah Bahasa Melayu lengkap yang diterjemahkan dan di baca mengikut isyarat dan kod-kod spesifik. Kod-kod ini bukan hanya mereka sahaja yang fahami tetapi semua yang memperlajari kod ini akan fahami pertuturan mereka.

5) Sarankan penggunaan bantuan pendengaran bagi mereka yang masih ada peluang untuk mendengar.
Dengan bantuan pendengaran ianya dapat membantu mereka memahami pelajaran yang mereka pelajari. Sesukar mana sekalipun masalah pendengaran mereka akan ada jalan penyelesaiannya.

INFO!!!
ELAKKAN memanggil orang yang kurang pendengaran dengan panggilan yang negatif kerana mereka mampu membaca pergerakkan pertuturan. ELAKKAN memanggil mereka dengan cara menghentak kaki, menepuk tangan atau membaling mereka dengan objek.

Mereka juga manusia, maka panggillah mereka dengan panggilan yang sempurna seperti menggunakan bahasa isyarat. Atau cuitlah mereka untuk memastikan mereka focus ketika berbual atau berinteraksi dengan kita. Setiap manusia ada kekurangan yang tersendiri, manusia tiada yang sempurna tetapi mereka akan menjadi manusia yang sempurna sekiranya mereka mempunyai hati budi yang baik.

Rujukkan:-

1) https://www.slideshare.net/mobile/cikgusuepkhas/bermasalah-pendengaran

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh