Kenapa Perlu Bercerai susu?

Kenapa Perlu Bercerai Susu

Kenapa Perlu Bercerai Susu

Bercerai susu adalah process memperkenalkan makanan baru kepada bayi iaitu selain daripada susu ibu. Bercerai susu ini disarankan kepada bayi yang sudah mencecah umur 6 bulan dan ke atas. Bercerai susu bukan bermaksud bayi tersebut berhenti mengambil susu ibu, tetapi bercerai susu bermaksud bayi sudah boleh menerima sedikit makanan selain daripada susu ibu atau susu botol.

PERHATIAN!!!

Walaupun anak @ bayi sudah bercerai susu tetapi, susu perlulah diberikan KERANA process memperkenalkan makanan baru akan mengambil masa. Justeru itu, sekiranya ibu terus berhenti memberikan susu kepada anak ditakuti mereka akan kekurangan nutrisi & akan menganggu tumbesaran bayi tersebut.

Persoalan yang biasa yang bermain di fikiran ibu adalah:-

  1. Exclusive breastfeeding, bukan sampai kanak-kanak berumur 2 tahun
  2. ​Mengapa umur 6 bulan baru boleh memperkenalkan makanan pepejal (solid food)
  3. Bagaimana hendak memperkenalkan makanan kepada bayi?

JAWAPAN :-

No 1
Pertama sekali, para ibu perlu memahami maksud exclusive breastfeeding yang sebenarnya. Exclusive breastfeeding bermaksud tiada makanan tambahan atau penambahan cecair kepada bayi sepanjang 6 bulan selepas dilahirkan kecuali disarakan oleh pakar. Menurut American Academy of Pediatric (AAP) exclusive breastfeeding adalah disarankan kepada bayi yang baru lahir sehingga 6 bulan. Selepas itu, bayi perlu diperkenalkan dengan makanan baru (solid food). Sekiranya, kita tidak memperkenalkan makanan yang baru pada usia yang muda, ditakuti mereka tidak akan dapat merasai apa itu makanan yang sebenarnya.

No 2
Perkenalkan makanan pepejal ketika bayi berusia 6 bulan kerana:-

Ketika bayi berumur 4-6 bulan kebawah pengeluaran satu enzyme yang bernama pancreatic amylase adalah kurang. Justeru itu, ketika bayi berumur 4-6 bulan kebawah tidak disarankan mengambil makanan pepejal. Buat pengetahuan umum, enzyme ini penting dalam pencernaan makanan yang berkanji.

​Bayi juga boleh menstabilkan pergerakaan kepala ketika berusia 4 bulan manakala boleh duduk dengan baik ketika 6 bulan. Dengan ini, bayi boleh menunjukkan reflex positive sekiranya mereka berada kenyang. Dengan reflex ini kita boleh mengetahui mereka kenyang atau tidak dengan mengerakkan kepala jauh daripada sudu, bermaksud mereka sudah kenyang.

No 3
Dalam bahasa yang mudah, untuk memperkenalkan makanan pepejal ini kepada bayi perlulah mengikut step yang mudah ini.

Step tersebut adalah:-

1) ​Sediakan makanan pepejal yang menyediakan nutrisi yang mencukupi

  • Tetapi, semasa pengenalan makanan pepejal yang baru ibu perlu top up bayi dengan susu ibu atau susu botol kerana makanan pepejal sahaja tidak mencukupi nutrisi yang diperlukan, bagi pengenalan buat kali pertama (Transition feeding)
  • Perkenalkan makanan pepejal dalam 1 tsp (tea spoon) dalam satu masa dan lebih daripada 1tsp sekiranya ibu melihat bayi suka akan makanan tersebut.

2) Perkenalkan hanya 1 jenis makanan setiap 3-5 hari.

  •  Waktu itu, ibu perlu melihat adakah makanan yang disediakan itu ada reaksi sensetif kepada bayi selepas mereka makan. Sekiranya ada reaksi sensetif terhadap makanan tersebut, ibu perlu berhenti memberikan makanan tetsebut kepada bayi seketika dan cuba semula selepas seminggu Ibu memberhentikan pengambilan makanan tersebut. Tetapi, setelah mencuba semula makanan tersebut dan bayi masih menunjukkan reaksi sensetif maka, ibu perlu mengelakkan pengambilan makanan tersebut.

​3) Di nasihatkan ibu bagi memperkenalkan telur sekurang-kurangnya 12 bulan ke atas.

Pada masa yang sama, elakkan pengambilan kekacang kerana ianya berpotensi tinggi untuk kanak-kanak mendapat alahan dan juga boleh menyebabkan mereka tertelan.

​Elakkan penyediaan desserts yang kerap kerana ianya bukanlah makanan yang tinggi nutrient tetapi ianya merupakan makanan yang manis.

4) Sekiranya bayi sudah berusia 7-9 bulan, mereka mampu memegang sesuatu dengan kuat jadi ibu bapa boleh memberikan mereka sesuatu makan yang boleh mereka pegang. Tujuannya adalah untuk menarik minat mereka makan.

Tips bagi ibu yang mahu menyediakan makan buat anak-anak:-

  • Gunakan buah, sayur-sayuran atau daging yang segar atau yang frozen tanpa penambahan garam.
  • Jangan terlebih masak makan bayi. Hal ini bagi memastikan mereka mendapat semua nutrisi yang diperlukan dalam makanan yang disediakan.
  • Tiada penambahan gula atau garam.
    Bayi sudah mempunyai deria rasa yang baik. Justeru itu, mereka tidak memerlukan penambahan rasa dalam makanan mereka. Penambahan rasa menyebabkan rasangan rasa akan sesuatu makanan tanpa boleh dikawal.
  • Sediakan makanan yang sudah dihancurkan sekiranya bayi sudah mempunyai gigi yang banyak untuk menguyah.

Sebagai seorang ibu, kita mengharapan anak yang dilahirkan mendapat nutrisi yang mencukupi. Justeru itu, idea dan step yang disediakan ini dapat membantu ibu dalam penyediaan makanan bagi anak yang baru hendak bercerai susu.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh