Cara Menghilangkan Tumit Kaki Pecah

Masalah tumit kaki pecah sering berlaku dalam masyarakat kita terutamanya pada kaum wanita. Secara umumnya, masalah tumit kaki pecah menyebabkan rasa tidak selesa pada kaki dan tidak mendatangkan masalah yang serius tapi pada sesetengah kes, tumit kaki pecah boleh menjadi bertambah rumit sehingga mengakibatkan rasa sakit dan berdarah.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya masalah ini antaranya adalah kerana kekurangan lembapan, terdedah pada pencemaran, terdedah pada cuaca yang terlalu panas atau sejuk, melakukan aktiviti yang lasak, tidak melindungi kaki dengan betul, malah ianya juga boleh berlaku kerana faktor penyakit seperti ekzema, kencing manis, tiroid atau penyakit psoriasis. Oleh itu, terdapat beberapa cara yang boleh diamalkan untuk mengurangkan atau menghilangkan tumit kaki pecah agar ianya tidak mengganggu kehidupan seharian anda. 

 

Banyakkan minum air

Tidak dapat dinafikan air merupakan salah satu penyumbang terbesar kepada kebanyakan penyakit. Secara purata, badan manusia mengandungi 70% kandungan air dan selebihnya adalah ion-ion yang lain. Justeru, air memainkan peranan penting untuk memastikan sel-sel kita sentiasa berada dalam keadaan sihat. Kekurangan air bererti badan kita mengalami kekurangan lembapan dan hal ini akan menyebabkan badan mengalami kekeringan dan sekaligus akan memberi kesan pada kulit termasuklah tumit. Justeru, pastikan anda sentiasa meminum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari untuk memastikan kulit sihat dan mengelak kulit lesu dan tidak bermaya.

 

Rendam kaki menggunakan air garam bukit

Garam bukit mengandungi sekurang-kurangnya 70 jenis minerals yang baik untuk kulit. Caranya adalah sediakan satu besen air suam dan letakkan 2 atau 3 sudu garam bukit kemudian rendamkan kaki anda antara 20 minit ke 30 minit. Masa yang sesuai dilakukan adalah pada waktu malam sebelum tidur. Kaedah ini terbukti mempunyai banyak manfaat antaranya adalah dapat menghilangkan gatal-gatal, kaki berair, kaki pecah dan kaki berbau kerana garam mempunyai kandungan antibakteria yang tinggi untuk membunuh kuman. Selain itu, khasiat merendam kaki dengan garam bukit akan melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh, merawat sakit-sakit otot, mengembalikan kesegaran akibat keletihan, membuang segala kekotoran seperti toksik, menghilangkan sakit kepala dan sebagainya. Hal ini kerana garam mempunyai mempunyai keupayaan untuk menyingkirkan ion-ion negatif pada tubuh sekaligus mewujudkan aura yang nyaman dan tenteram pada jiwa.

 

Skrub kaki menggunakan pumice stone atau shower net

Scrub kaki adalah penting untuk membuang sel-sel kulit mati dan untuk melembutkan kulit yang telah kering. Terdapat pelbagai jenis skrub di pasaran. Cara berkesan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati pada tumit adalah dengan menggunakan pumice stone atau shower net. Pastikan rendam kaki menggunakan air suam terlebih dahulu selama 15 ke 20 minit kemudian sapukan skrub pada bahagian tumit yang pecah yang boleh didapati di pasaran atau guna sahaja garam bukit sebagai skrub. Gosok perlahan-lahan. Setelah itu barulah gunakan pumice stone dengan berhati-hati. Apabila anda sentiasa amalkan kaedah ini, kulit kaki akan menjadi semakin lembut dan rekahan pada tumit juga akan berkurangan.

 

Menggunakan aloe vera

Setelah merendam kaki menggunakan air suam dan skrub, lapkan perlahan-lahan permukaan kaki dengan menggunakan tuala, kemudian sapukan aloe vera pada keseluruhan tumit termasuk di celah-celah kaki, kemudian tutup permukaan kaki dengan stoking. Lakukan sebelum anda tidur dan biarkan semalaman.  Keesokan pagi bilas kaki dengan menggunakan air suam. Aloe vera mudah didapati selain mempunyai khasiat yang pelbagai. Aloe Vera mempunyai kadar vitamin A yang tinggi iaitu beta carotene, vitamin C dan E yang mengandungi anti-oksidan manakalah kolestrol, campesterol, β-sitosterol, dan lupeol yang terdapat pada aloe vera bertindak sebagai anti-radang. Lupeol yang terdapat pada aloe vera berfungsi sebagai anti-septik dan analgesik yang bagus untuk merawat dan menyembuhkan luka dengan mematikan sel-sel yang telah dijangkiti oleh bakteria.

 

Sapukan Heel balm, losyen atau baby oil

Anda boleh memilih untuk merawat kaki sama ada menggunakan heel balm, losyen atau baby oil. Kesemuanya mempunyai kebaikan yang tersendiri cuma bergantung pada bajet dan kerajinan anda. Heel balm mempunyai bahan yang lebih spesifik seperti urea, asid salicylic, alpha-hydroxy acids atau saccharide isomerate yang membantu untuk melembap, melembut, dan menanggalkan sel-sel kulit mati manakala losyen atau baby oil khusus untuk melembutkan kulit. Pastikan sapukan pada kulit pada setiap pagi dan malam sebelum tidur. Terdapat pelbagai jenis losyen yang dijual di farmasi, anda boleh memilih mengikut kesesuaian. Sebelum sapukan losyen, pastikan terlebih dahulu rendam dan skrub kaki menggunakan air suam. Selain itu, boleh juga menyapukan vasaline yang banyak dijual di farmasi dengan harga yang sangat murah iaitu kurang dari lima ringgit. Vasaline mengandungi petroleum jeli yang bertindak untuk melembapkan kulit.

 

Menutup kaki apabila berada di dalam rumah

Ramai yang tidak sedar apabila kulit kaki sering terdedah pada permukaan lantai seperti simen, maka ianya mudah untuk dijangkiti bakteria kerana permukaan lantai kebiasaannya selalunya mengandungi debu dan habuk, tumit juga akan mudah merekah apabila sering memijak kotoran. Suhu pada permukaan lantai yang sentiasa berubah turut akan memberi kesan kerana kulit tetap merupakan salah satu anggota yang paling sensitif meskipun ianya kulit kaki. Oleh itu, pastikan sentiasa menutup kaki apabila berada di dalam rumah. Pakailah apa-apa selipar seperti selipar jepun yang murah sekalipun agar permukaan kaki dan tumit anda sentiasa terjaga.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh