Cara Menenangkan Anak Menangis

Cara Menenangkan Anak Menangis

Cara Menenangkan Anak Menangis

Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik buat seorang anak. Mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan anak mereka gembira dan tersenyum. Mereka akan berasa gembira apabila anak mereka gembira dan mereka akan gelisah bila anak menagis.

Tetapi tahukah anda sebab mengapa anak menangis?

Pada kebiasaanya anak-anak menangis kerana mahukan perhatian yang lebih daripada ibu bapa sekiranya ibu bapa mereka sentiasa sibuk bekerja. Pada pandangan kecil mereka, menangis adalah solusi terbaik untuk mereka mendapatkan perhatian daripada ibu bapa.

Selain itu, terkadang anak menangis kerana mereka mahu menunjukkan pemberontakkan supaya ibu bapa mengikuti apa yang mereka mahukan. Sekiranya tangisan yang mereka lakukan adalah bertujuan untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan, sebagai ibu bapa mereka perlu tegas dalam memberikan keputusan. Justeru itu, sebagai ibu bapa kita perlu bijak dalam membaca sebab mengapa anak kita menangis.

Peluk anak

Cara yang mudah untuk memujuk anak yang menangis adalah dengan memberikan pelukkan sebagai tanda mereka dihargai. Sebelum meneruskan penulisan, pernah tak ibu atau bapa mendengar anak menangis ketika kita meninggalkan mereka di rumah pengasuh. Mestilah kebanyakan ibu bapa yang bekerja akan mengalami semua situasi itu.

Jadi, bagi mengelakkan anak-anak menangis seolah-olah mereka dipukul, sewaktu mereka menangis ibu atau bapa perlulah terus memberikan satu pelukkan yang erat supaya mereka rasai kasih sayang yang sebenar daripada seorang yang bernama ibu. Walaupun mereka tidak mampu mengatakan terima kasih, tetapi percaya atau tidak mereka akan berhenti menagis atau melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan pengasuh mereka marah.

Kawal Emosi Ibu Bapa

Elakkan memarahi anak ketika mereka menangis bagi meraih perhatian daripada ibu bapa. Mereka perlu mengelakkan diri daripada memarahi anak kerana ianya boleh menyebabkan anak merasa tidak di sayangi.

INGAT anak adalah anugerah, elakkan mereka merasai diri mereka tidak dihargai. Biarkan mereka merasai diri di hargai dan menyebabkan mereka mudah di bentuk. Meluntur buluh biarlah dari rebungnya.

Alihkan Perhatian

Cara yang lazim bagi menenangkan anak menangis adalah dengan cara mengalihkan perhatian mereka terhadap perkara yang menyebabkan mereka menangis. Cara mengalihkan perhatian ini hanya sesuai bagi anak yang menangis disebabkan oleh pemberontakkan.

Sekiranya, ibu bapa dapat mengalihkan perhatian mereka dengan sesuatu perkara yang lebih menarik, ianya akan membantu memberhentikan tangisan anak-anak secara sendirinya. Cara paling mudah mengalihkan perhatian anak ketika menagis adalah dengan menarik perhatian mereka dengan apa yang mereka suka atau menarik daripada apa yang mereka mahukan.

Kata Pujukan

Akhir sekali, ibu bapa boleh mencuba cara menyebut “shuuu” dan bagitahu mereka malu sekiranya orang lain melihat mereka menangis. Contoh, “Shuu, kak malu orang tengok kak menangis” ucapan seperti itu mampu membuatkan mereka berhenti menangis kerana berasa malu.

NASIHAT!!!
TAHUKAH anda anak kecil lebih mudah berasa malu dengan orang sekeliling sekiranya ibu sentiasa mengingati mereka supaya sentiasa menjaga tingkahlaku ketika berada di luar.

Anak umpama secebis kain putih yang tiada dosa. Justeru itu, ibu bapa lah yang menjadi pengajar setia mereka ketika kecil. Jadilah ibu bapa yang bijak dalam mengatasi masalah, jangan stress ketika anak menagis. Jangan stress ketika anak menangis, fahamilah kehendak mereka. Selami perasaan mereka sekiranya anak menangis bukan disebabkan oleh sesuatu barang. Terkadang mereka dahagakan kasih sayang daripada kita, justeru itu jangan mudah marah dengan keletah anak-anak. Fahami mereka itulah yang terbaik.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh