Ibu

Cara Mendidik Anak Tidur Awal

Kita selalu mendengar ibu bapa yang bekerja tidak cukup tidur kerana anak mereka tidur lewat. Disebabkan oleh itu, mereka menjadi kurang alert semasa melakukan kerja di pejabat. Walaupun alasan anak tidur lewat merupakan satu alasan yang tidak boleh diterima pakai semasa anda bekerja tetapi ianya adalah salah satu punca mengapa ibu bapa yang berkerjaya kurang fokus ketika melakukan kerja.

Justeru itu, disini kami akan menyediakan beberapa tips untuk mendidik anak tidur awal. Antara tipsnya adalah:-

Tips Didik Anak Tidur Awal

Elakkan anak-anak tidur pada sebelah petang.

Bagi anak-anak yang sukar tidur di malam hari, ELAKKAN mereka tidur pada sebelah petang. Sekiranya mereka tidak tidur pada sebelah petang kebarangkalian untuk mereka tidur awal di sebelah malam adalah tinggi. Hal ini disebabkan oleh mereka berasa penat di sebelah petang dan menyebabkan mereka mudah tidur pada sebelah malamnya.

Elakkan memberi anak makan makanan yang manis sebelum tidur.

Tip memberi anak tidur awal adalah mengelakkan mereka mengambil makanan manis sebelum tidur. Pada masa yang sama, elakkan memberi mereka chocolates sebagai hadiah sekiranya mereka mendengar kata, berilah mereka buku atau alatan tulis sekiranya mereka mendengar kata. Sesungguhnya pemberian yang baik adalah pemberian yang bermanfaat bukan merosakkan anak-anak. Sekiranya mereka aktif selepas mengambil makanan yang manis sudah pasti mereka akan sukar tidur pada waktu malam kerana mereka mempunyai banyak tenaga.

INFO SIHAT!!!
Elakkan pengambilan makanan yang manis seperti gula-gula bagi mengelakkan kanak-kanak daripada menjadi hyperactive. Gantikan makanan manis dan tidak berkhasiat kepada vitamin supaya ianya lebih berkhasiat.

Biarkan mereka bermain sehingga penat pada waktu petang.

Sekiranya ibu bapa memberi anak-anak peluang bermain di sebelah petang, maka mereka akan berasa penat di sebelah malamnya. Jadi, mereka akan cepat tidur kerana keletihan.

INFO!!!
Tahukah anda sekiranya kita memberikan anak-anak peluang bermain secara aktif akan menyebabkan minda mereka berkembang dengan lebih cepat. Hal ini disebabkan mereka mampu menerokai perkara baru yang boleh mengembangkan minda. Mereka juga akan menjadi lebih kreatif dalam memikirkan sesuatu TETAPI perlu di ingati setiap perkara yang di terokai perlulah dikawal oleh ibu bapa.

Baca buku cerita sebelum anak-anak tidur.

Penceritaan sebelum tidur mampu membuatkan anak-anak mengingati sesuatu yang diceritakan oleh ibu bapa kerana sewaktu kita bercerita sebelum mereka tidur (mengantuk) mereka berada pada minda separa sedar.

INFO SIHAT!!!
Tahukah anda minda separa sedar amat penting bagi sesiapa yang mahu mengingati sesuatu. Semua ini disebabkan minda separa sedar ini merupakan masa yang mudah untuk merakam sesuatu. Justeru itu, penggunaan minda separa sedar amatlah berguna untuk menghafal atau mengingati sesuatu.

Didik anak-anak daripada kecil tidur awal.

Setiap didikkan yang diberikan kepada ibu bapa akan menjadi ikutan kepada anak-anak. Justeru itu, ibu bapa lah yang perlu mendidik anak-anak agar tidur awal supaya memudah mereka bangun di awal pagi. Ibu bapa lah role model dan pendidik yang mula-mula mereka ketemu sebelum mereka bertemu dengan manusia yang bergelar pendidik. Anak ibarat buluh, sekiranya buluh sudah tua sukar untuk dilunturnya sama juga dengan anak-anak sekiranya sudah besar sukar untuk didik lagi “meluntur buluh biarlah dari rebungnya”.

Anak adalah anugerah terindah buat semua ibu bapa. Justeru itu, didiklah anak-anak seperti mana kita mendapat didikan daripada ibu bapa. Jangan mengabaikan anugerah terindah ini. Sesungguhnya anugerah ini juga adalah amanah daripada Allah, jadi jagalah mereka dengan baik.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh