Bagaimana Tangani Anak Picky Eater

Bagaimana tangani anak picky eater? Cuti sekolah dah bermula. Pelbagai persoalan yang bermain di minda ibu bapa memikirkan penyediaan makanan buat anak-anak ketika cuti sekolah. Picky eater bukanlah sesuatu yang baharu buat ibu bapa kerana picky eater adalah perkara biasa.

Sekiranya, masalah picky eater ini berlarutan dalam kalangan kanak-kanak ianya akan menyebabkan tumbesaran anak-anak akan terganggu. Maksud tumbesaran anak-anak terganggu adalah berat dan tinggi mereka bawah daripada percentile ke 3 mengikut carta pertumbesaran kanak-kanak. Kebiasaannya, ibu bapa boleh mengetahui masalah tumbesaran anak-anak setelah mereka berjumpa dengan doktor.

Picky eater bermaksud, kanak-kanak yang gemar memilih beberapa makanan sahaja. Mereka tidak akan makan makanan yang mereka tidak gemari. Justeru itu, sebagai ibu bapa atau penjaga, kita perlu bijak menangani masalah ini supaya ianya tidak menggangu tumbesaran anak-anak.

Antara faktor anak-anak menjadi picky eater adalah:-

  • Tiada kepelbagaian dalam pemilihan makanan.
  • ​Makan berseorangan atau memaksa makan sesuatu yang baru dalam masa yang singkat.
  • ​Gangguan semasa makan.

Justeru itu, kita perlu menangani setiap satu masalah picky eater ini.

Antara tip menangani masalah picky eater adalah:-

Masalah 1 :-
Tiada kepelbagaian dalam pemilihan makanan

Tip menangani:-
​Pelbagaikan menu setiap hari bagi memastikan anak-anak dapat mencuba semua jenis makanan baru. Tujuan kepelbagaian makanan adalah bagi memastikan anak-anak tidak bosan akan makanan yang disediakan. ​Ibu perlu bijak dalam menyediakan makanan gantian yang sesuai mengikut citarasa anak-anak.

Contoh:- mereka tidak gemar nasi gantikan dengan bihun, mee, roti

Elakkan menyediakan satu menu sahaja dalam satu masa
​Sediakan makanan dalam kuantiti yang kecil supaya mereka boleh menghabiskan setiap makanan yang disediakan.

Masalah 2 :-
​Makan berseorangan atau memaksa makan sesuatu yang baru dalam masa yang singkat.

Tip menangani :-
​Pastikan waktu makan adalah masa keluarga berkumpul supaya mereka sentiasa menanti-nantikan waktu makan

Sumber gambar : google

Elakkan anak makan berseorangan @ bersendirian. Sekiranya mereka makan bersendirian, mereka akan beranggapan masa makan adalah masa yang membosankan. Ianya akan menjadi salah satu faktor mereka menjadi picky eater dan menjadi penyebab mereka mengelakkan waktu makan itu hadir.

​Jangan memaksa anak makan makanan yang baru dalam masa yang singkat. Ianya akan menyebabkan anak tidak menyukai makanan tersebut.

Masalah 3 :-
​Gangguan semasa makan.

Tip menangani :-
​Elakkan makan sambil menonton televisyen atau bermain game. Aktiviti ini menyebabkan anak-anak kurang minat untuk makan. Bagi mengelakkan gangguan semasa makan sediakan makanan yang mudah untuk di pegang. Ianya bertujuan untuk mengalihkan minat anak-anak daripada televisyen kepada makanan. Hal ini disebabakan anak-anak lebih gemar menyuap makanan sendiri. Gangguan semasa makan dapat dikurangkan sekiranya ibu menyediakan makanan semasa anak betul-betul lapar.

Sebagai ibu bapa, kita perlu bijak dalam menangani masalah picky eater ini. Kita perlu faham setiap keperluan anak-anak supaya mereka dapat membesar secara normal. Picky eater bukan satu masalah besar untuk tangani tetapi sekiranya ianya tidak ditangani, masalah ini boleh menganggu tumbesaran anak-anak. Masalah boleh diselesaikan dengan cara mudah, buat apa susah-susahkan diri.

Contoh menu kanak-kanak 1000 kalori (1-3 tahun)

Sarapan (7.00 -8.00pagi) :-
1 keping roti bakar + jem buah-buahan
@ 1/2 cawan meehoon goreng ayam
@ 1/2 cawan honey star + susu full cream

DAN
2 sudu makan susu tepung penuh krim

Minum pagi (10.00 -10.30pagi) :-
2 sudu makan susu tepung penuh krim

DAN
1 potong betik

Makan tenghari (12.00 – 1.00petang) :-
1/2 cawan nasi
@ 1 cawan bubur nasi
@ 1/2 meehoon
+ 1 ketul ayam / ikan
+ 2 sudu sayur daun /sayur buah (eg:- betik)
+ 1/2 sudu teh minyak

DAN
1 biji pisang / pencuci mulut

Minum petang (4.00 – 5.00petang):-
1 keping sandwich telur
@ 1biji muffin

DAN
2 sudu makan susu tepung penuh krim
@ milkshake + buah-buahan

Makan malam (7.00 – 8.00malam) :-
1/2 cawan nasi
@ 1 cawan bubur nasi
@ 1/2 meehoon
+ 1 ketul ayam / ikan
+ 2 sudu sayur daun /sayur buah (eg:- betik)
+ 1/2 sudu teh minyak

Minum malam (9.00 – 9.30 malam) :-
2 sudu makan susu penuh krim

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh