Anak Istimewa, Adakah Anugerah?

Setiap ibu bapa yang dikurniakan rezeki mendapat zuriat keturunan itu adalah satu anugerah yang paling bernilai dalam perkahwinan mereka. Soal ajal, maut, jodoh mahupun rezeki menjadi rahsia Allah, tiada siapa yang mengetahui. Mengenai soal mendapat anak setelah berkahwin, tidak semua pasangan suami isteri merasai nikmat tersebut. Oleh kerana itu, mendapat anak adalah satu anugerah tidak kiralah anak itu dilahirkan sempurna mahupun mempunyai istimewa.

Berbincang mengenai ini, setiap sesuatu yang diciptakan di dunia ini pastinya ada kegunaannya, kerna Allah tidak pernah menciptakan setiap satu kejadian itu sia-sia, sebagaimana dalam Al-quran ada menyebut;

 “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih     bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (Surah Ali Imran ayat 190-191)

 

Sebagai makhluk ciptaan Allah yang satu-satunya dikurniakan akal fikiran, sudah tentu kita pasti boleh memahami makna ayat ini dengan jelas. Menjadi ibu dan bapa itu sahaja telah menjadi pilihan, kerana tidak semua diberi kesempatan bergelar ibu bapa, apatah lagi bergelar ibu bapa kepada anak yang istimewa, yang mempunyai perbezaan daripada anak-anak biasa yang lain. Ia merupakan satu anugerah terbesar buat mereka.

MENJADI INSAN TERPILIH

Memperoleh anak yang kurang upaya mahupun istimewa itu hanya dikuriakan buat insan terpilih sahaja. Tidak semua mampu mendidik dan menjaga sedari lahir sehingga anak- anak itu besar dewasa kerana sudah tentu anak- anak seperti ini memerlukan perhatian yang lebih serta didikan yang berbeza daripada anak- anak kelahiran normal. Ibu bapa yang mempunyai anak istimewa merupakan ibu bapa yang terpilih. Mungkin sahaja pada awalnya mereka akan berasa mengapa mereka yang menanggung ujian ini, sehingga kadang hampir berputus asa untuk membesarkan anak mereka namun diakhirnya mereka akan sedar bahawa mereka menjadi lebih kuat dan mampu untuk meneruskan kehidupan bersama anak istimewa ini. Anak ini akan menjadi sebahagian kekuatan buat mereka. Ibu bapa harus menilai ujian ini sebagai satu sumber untuk mereka menjadi lebih tinggi darjatnya disisi Allah.



” Sesungguhnya Allah memberi ujian adalah sesuai dengan kemampuan hamba-hambaNya.”


Di samping itu, anak- anak istimewa ini adalah anak yang suci tanpa dosa, membesarkan mereka boleh menjadi ladang pahala yang besar buat kedua ibu bapa. Setiap anak adalah amanah Allah buat kedua ibu bapa. Ia menjadi tanggungjawab dan setiap yang dipertanggungjawabkan ke atas kita di dunia akan dipersoal di akhirat kelak. Kita sendiri maklum bahawa untuk membesarkan anak istimewa ini pastinya sedikit berbeza ragamnya berbanding anak yang normal. Ibu bapa sudah pastinya memerlukan pengorbanan yang cukup besar buat anak-anaknya.

PENGALAMAN UNTUK MENAMBAH PENGETAHUAN

Ibu bapa yang mempunyai anak istimewa ini sudah pastinya akan menjadi lebih matang dalam menguruskan rumah tangga mereka. Kerana apa, dalam seharian proses membesarkan anak istimewa mereka itu ibu bapa secara automatik akan lebih memahami hakikat kehidupan manusia yang berbeza kejadiannya serta dapat mempelajari pelbagai ilmu dan pengetahuan melalui pengalaman mereka sendiri. Ini semua merupakan pengalaman yang cukup mahal dan hanya dapat dirasai oleh insan- insan yang berpengalaman menjaga serta mendidik anak anak ini. Hal ini pastinya tidak sama jika kita pelajari secara teori.

Bukan mudah sebenarnya untuk mendidik dan menjaga insan istimewa ini sebenarnya. Hanya jiwa yang ketal mampu hadapinya. Jadi, jangan pernah rasa rendah diri bahawa anda mempunyai anak istimewa. Hakikatnya anda adalah insan istimwa disediakan untuk anak-anak anda serta jagaan anda. Tiada kerugian langsung malah bakal memperoleh 1001 keuntungan terutama pengalaman dan pengetahuan baru.


SETIAP ANAK MEMPUNYAI KEISTIMEWAAN TERSENDIRI

Mengapa setiap anak disebut sebagai satu anugerah?, Hakikatnya mereka (anak-anak) ini sememangnya mempunyai nilai tersendiri yang tidak mampu dibeli dimana-mana. Hanya Allah sahaja yang mampu memberikan kepada mereka yang layak memperolehnya. Tentulah kepada anda kedua ibu dan bapa. Bahkan buat ibu bapa yang dianugerahkan anak istimewa sebenarnya telah memperoleh anygerah yang berganda nilainya. Kerana anak anak ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Mereka sedari lahir mungkin sahaja terdapat beberapa anak-anak yang kelihatan berbeza dari sudut fizikalnya daripada anak-anak kelahiran normal. Tiba proses mendidiknya sudah tentu perlukan rawatan tertentu ataupun perhatian penuh daripada penjaganya.

Disamping itu, terdapat juga yang mempunyai keistimewaan dari segi bakat dan keupayaan mereka. Sebagai contoh, terdapat beberapa orang kelainan upaya(OKU) yang terlatih dengan aktivti kemahiran tertentu seperti sukan berenang sehingga mampu menyertai pertandingan bertaraf antarabangsa seperti sukan paralimpik di Sukan Sea. Bahkan terdapat juga anak-anak istimewa yang mampu menghafal isi kandugan ayat suci AL-quran sepenuhnya malah menghafal dengan lebih baik daripada anak- anak yang sempurna fizikalnya.

Adik Naja merupakan hafiz cilik indonesia yang mengalami kelumpuhan otak namun boleh menghafal 30 juzuk Al-Quran dalam masa 10 bulan.


Begitulah sebuah cermin, jika digilap setiap hari, semestinya akan bersih dan mampu memantulkan setiap objek yang ada dihadapannya dengan baik sekali. Tiada yang mustahil di dunia ini jika semua itu diciptakan dari Tuhan. Walaupun kita memandang mereka wujudnya kekurangan namun itu bukanlah penghalang buat mereka untuk tampil hebat dan bersaing setaraf dengan manusia yang biasa.

Kesimpulannya, sebagai manusia mestilah bersyukur telah dikurniakan pelbagai nikmat sejak lahir sehingga masih bernafas dimuka bumi ini. Setiap detik dalam kehidupan kita ini merupakan anugerah yang tidak ternilai kerana tiada siapa di dunia ini yang mampu membeli waktu walaupun sedetik sekaya apa pun manusia itu. Oleh itu, dikurniakan anak istimewa sejujurnya itu merupakan anugerah yang cukup besar buat mereka yang terpilih. Jangan pernah rasa malu memiliki mereka bahkan perlu merasa bangga lantaran mereka anak-anak yang suci tanpa dosa dan bakal memimpin anak sebagai ibu bapa mereka ke syurga di alam abadi kelak. Betapa beruntungnya kalian. Syukur kepada Allah.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh