Permainan Yang Sesuai Untuk Kecerdasan Kanak-Kanak

Perkongsian kali ni tentang permainan yang sesuai untuk kecerdasan kanak-kanak. Sebagai pengenalan, kita perlu faham maksud permainan dahulu. Maksud permainan dalam kamus dewan bahasa dan pustaka adalah perbuataan atau hal bermain atau cara bermain. Manakala maksud kecerdasan pula adalah hal atau keadaan sempurna perkembangan akal budi atau kepintarannya.

Setelah mengetahui maksud permainan dan kecerdasan bolehlah disimpulkan di sini permainan untuk kecerdasan kanak-kanak bermaksud cara bermaian yang sempurna untuk perkembangan akal budi atau kepintaran mereka.

Persoalan yang sentiasa bermain di minda, adakah gajet salah satu permainan untuk kecerdasan minda?

Secara jujurnya gajet bukanlah salah satu alat permainan yang mampu membuka minda kanak-kanak. Gajet kebiasaannya adalah satu alat yang berteknologi yang membuatkan kanak-kanak zaman sekarang mudah berkhayal dan tidak suka bersosial dengan kanak-kanak seusianya.

Permainan untuk kecerdasan minda biasanya adalah permainan yang merangsang minda kanak-kanak untuk berfikir akan sesuatu. Sesuatu permainan yang boleh bermain + berfikir.

Kanak-kanak dan mainan adalah fitrah kerana jiwa mereka bukan seperti kita yang dewasa. Justeru itu, sebagai ibu bapa mereka perlu bijak dalam pemilihan permainan bagi kecerdasan anak mereka.

Kecerdasan minda anak-anak bergantung kepada kepintaran ibu bapa memilih permainan anak-anak mereka.

Antara cadangan permainan yang merangsang kecerdasan adalah:-

Puzzle

Permainan ini mampu mengajar budak-budak untuk berfikir bagai menyelesaikan puzzle yang menyebabkan gambar sesuatu puzzle tidak lengkap. Justeru itu, permainan puzzle ini sangat merangsang minda kanak-kanak supaya berfikir di luar kotak. Sekiranya mereka mampu menyelesaikan puzzle tersebut, mereka akan ingin mencuba yang lebih susah lagi. Dengan cara ini mampu membuatkan mereka minat berfikir dengan lebih ketika mereka meningkat dewasa.

Rubik cube

Permainan rubik cube lebih kurang puzzle, hanya yang berbeza rubik cube bermain dengan warna. Tetapi, konsep utama tetap sama kanak-kanak perlu berfikir bagaimana hendak menyelesaikan masalah rubik cube bagi memastikan semua warna bertemu antara satu sama lain. Permainan rubik cube ini kebiasaanya mencabar kanak-kanak lebih cekap dalam menyelesaikan masalah. Justeru itu, rubik cube boleh menjadi salah satu permainan yang merangsang minda kanak-kanak.

Teka silang Kata

Permainan teka silang kata ini lebih mencabar kerana ianya mengajar kanak-kanak menjawab satu soalan secara kritikal.

Menjawab soalan secara kritikal bermaksud, mereka perlu memastikan setiap teka silang kata menegak atau melintang dijawab dengan betul. Sekiranya, salah satu daripada teka silang kata dijawab salah maka mereka akan menghadapi masalah untuk menyelesaikan teka silang kata tersebut. Dalam erti kata yang mudah permainan teka silang kata ini memerlukan mereka berfikir secara kritikal bagi menyelesaikan teka silang kata itu.

Teka silang kata yang disediakan bagi kanak-kanak haruslah bersesuaian dengan umur kanak-kanak. Kebiasaanya disarankan kanak-kanak berusia 9 tahun dan keatas.

Soduku

Permainan soduku ini lebih advance sebab ianya bermain dengan nombor. Permainan ini lebih sesuai bagi kanak- kanak berusia 10 tahun dan ke atas. Permainan ini merangsang minda kanak-kanak dari segi kecekapan dan penyelesaian masalah dalam pelbagai petak. Walaupun soduku merupakan permainan ini agak sukar tetapi ianya bagus dari segi perkembangan minda kanak-kanak berkenaan dengan nombor.

Dalam erti kata yang mudah permainan ini mengalakkan mereka minta dalam penggunaan nombor. Permainan ini akan mengajar mereka menggunakan kedua-dua kotak mereka dalam satu masa.

Lego

Permainan ini sangat mudah dan sesuai bagi kanak-kanak yang berusia 6 tahun dan ke atas. Walaupun permainan ini kelihatan mudah tetapi ianya mampu mengajar kanak-kanak berfikir untuk membina sesuatu. Dengan menggunakan permainan ini, kita mampu mengajar mereka mengenai kesabaran dalam membuat sesuatu perkara.

Berlari

Kebiasaannya, ibu bapa akan mengatakan kepada anak-anak

“Jangan main lari-lari nanti berpeluh”

Kenapa perkataan itu selalu keluar dari mulut ibu ya?
Mereka selalu berkata begitu kerana mereka tidak mahu anak mereka berasa penat selepas bermain. Mereka terlalu menjaga sehingga lupa setiap permainan ada kebaikannya tersendiri.

Berlari sebenarnya membantu mereka menguatkan stamina dalaman. Walaupun mereka berpeluh tetapi sebenarnya mereka telah berjaya mengekspresikan diri mereka ketika sedang gembira, sedih dan sebagainya.

Kita hanya melihat anak-anak bermain permainan tetapi sebenarnya di sebalik setiap permainan yang dimainkan ada kebaikan yang tersendiri. Justeru itu, ibu bapa perlu bijak dalam setiap satu langkah yang diambil terutamanya berkaitan dengan permainan.

Secara keseluruhannya, sebagai ibu bapa fahami dahulu kehendak dan keperluan anak-anak. Selepas itu barulah kita boleh membuat keputusan bagi kebaikan mereka.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh