Perkembangan kanak-kanak 2-3 tahun

Sumber gambar : Lagu Anak Indonesia

Anak merupakan anugerah daripada sang pencipta. Mereka merupakan amanah yang diberikan kepada sesiapa yang bergelar ibu bapa. Justeru itu, perkembangan anak-anak amat penting buat mereka yang baru sahaja bergelar ibu mahupun bapa.

Sebagai ibu bapa yang muda atau yang baru sahaja memasuki alam keibubapaan haruslah tercari-cari akan perkembangaan anak mereka yang bakal dilahirkan atau yang sedang membesar.

So, kali ini kita akan berkongsi serba sedikit berkenaan dengan perkembangaan kanak-kanak dalam lingkungan 2 hingga 3 tahun dahulu. Kebiasaannya, kanak-kanak pada usia ini lebih gemar bermain dan bermain.

Tetapi, tahukah anda pada usia ini kebanyakkan kanak-kanak dalam process meneroka sesuatu yang baru.

Jadi, pada usia perkembangaan ini mereka lebih gemar mengikut apa yang ibu bapa lakukan. Justeru itu, setiap tutur kata ibu bapa haruslah menggunakan perkataan yang:-
○ lembut seperti penggunaan “awak @ saya”
Elakkan penggunaan perkataan:-
○”kau @ aku” atau
○perkataan negative seperti “bodoh”
○atau perkataan kesat seperti mencarut

Pada usia 2-3 tahun sememangnya mereka masih tidak pandai bertutur dengan baik, malahan mereka hanya mampu bercakap 5-6 patah perkataan sekali. Tetapi, kebiasaanya mereka mampu menyimpan kata-kata yang dituturkan oleh ibu bapa mereka dalam kotak memori yang sangat dalam. Justeru itu, setiap tutur kata ibu bapa dihadapan anak-anak haruslah menggunakan perkataan yang lembut & sopan.

Seterusnya, pada usia ini ibu bapa juga perlu menjadi role model yang terbaik kepada anak-anak dari segi tingkahlaku. Selain daripada perucapan, anak-anak juga gemar mengikut apa yang ibu bapa lakukan.

Justeru itu, untuk mengajar anak-anak menjadi menjadi seorang yang soleh @ soleha haruslah berusaha menjadi suri tauladan yang baik untuk mereka dahulu.

Contoh yang mudah ibu bapa mampu lakukan adalah:-
○Mengejarkan solat dan sentiasa berjemaah sekiranya mempunyai masa bersama keluarga.
~ Jadilah contoh terbaik, sekiranya kita sentiasa menunaikan solat nescaya ketika mereka besar nanti mereka tidak akan meninggalkan solat.

○Mengajar mengemas barang setelah digunakan. Sewaktu usia kanak-kanak dalam lingkungan 2-3 tahun, mereka mudah mengikut arahan ibu bapa sekiranya ibu bapa melakukan apa yang dikatakan.

Pada usia ini juga, kanak-kanak sudah mula pandai memilih dan mengenali makanan yang sedap dan tidak. Justeru itu, ibu bapa haruslah mengajar anak-anak membuat pemilihan makanan yang betul bagi mengelakkan mereka menjadi “picky eater”.

Tips bagi mengelakkan anak-anak menjadi “picky eater”

  • Bawa anak-anak sekali dalam pemilihan barangan rumah supaya kita boleh tahu apa kehendak mereka yang sebenarnya
  • Ajak mereka involve dalam process penyediaan makanan supaya mereka boleh masukkan semua yang diinginkan dalam makanan mereka seperti kek
  • Pelbagaikan pemilihan makanan supaya mereka ada pelbagai pilihan makanan untuk dicuba
  • Seterusnya, kanak-kanak pada usia 2-3 tahun sudah pandai membuat pemilihan pakaian yang digemarinya dan sudah mengetahui apa warna yang mereka gemari.

Jadi, waktu ini mereka lebih suka memakai pakaian sendiri tetapi masih memerlukan bantuan daripada orang lain. Hal ini disebabkan mereka tidak mahir atau masih mengetahui samaada baju yang mereka pakai betul atau tidak. Pada masa ini mereka hanya mengetahui untuk mencuba sesuatu yang baru.

Justeru itu, sebagai ibu bapa kita harus ikutkan sahaja kehendak mereka tetapi perlu berpada dengan kehendak mereka agar tidak melebihi limit permintaan seorang anak kepada ibu bapa.

Akhir sekali, pada usia ini mereka sudah pandai memegang alatan tulis tetapi pasa usia ini mereka hanya tahu menconteng sahaja. Pada kebiasaanya, mereka tahu akan membuat lukisan bulatan & segi empat. Perkembangan seperti ini dikenali sebagai perkembangan motor halus.

Secara konklusinya, perkembangan kanak-kanak pada usia 2-3 tahun berbeza antara satu dengan yang lain. Hal ini disebabkan perbezaan pesekitaran mereka. Sekiranya persekitaran mereka ramai kanak-kanak maka lebih mudah mereka bergaul antara satu sama lain, sekiranya sebaliknya maka mereka akan berkembangan mengikut acuan yang berada dihadapan mereka. Justeru itu, ibu bapa adalah manusia yang pertama yang berada disisi mereka, so jadilah suri tauladan yang terbaik buat mereka.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh