Ibu

Makanan Terbaik Bagi Ibu Yang Mengandung

 

Semua pasangan yang bercinta mahu mengakhiri zaman percintaan mereka dengan perkahwinan. Setiap perkahwinan pula mendamba zuriat untuk menguatkan lagi perhubungan yang dibina. Justeru itu, mereka mahukan yang terbaik buat pasangan mereka.

Opps lupa, apa maksud yang pasangan mahukan yang terbaik buat pasangan mereka???

Maksud mahukan yang terbaik untuk pasangan mereka adalah mereka mahu yang terbaik untuk pasangan dari pelbagai aspek. Bermaksud, sekiranya pasangan mengandung mereka mahu pasangan mendapat apa yang sepatutnya seorang wanita yang mengandung selayaknya dapat.

So, hari ini kita akan penuhkan notifikasi dalam minda pembaca berkenaan dengan pemakanan yang penting untuk wanita yang mengandung dari segi pertambahan vitamin.

So, selain daripada vitamin ini tak pentinglah ya bagi ibu mengandung?
Oops, maaf. Bukan bermaksud makanan lain seperti protein, karbohidrat, serat & sebaginya tidak penting. Semua itu penting tapi bila kita sebut tentang kehamilan atau ibu yang mengandung, mestilah ada pertambahan vitamin atau mineral berbanding dengan orang yang tidak mengandung. Dalam perumpamaan yang mudah satu tubuh tapi untuk dua orang makan iaitu ibu & baby. Ibu yang mengandung lebih memerlukan pertambahan vitamin ini untuk kebaikan & kesihatan tubuh mereka & baby.

Dibawah ini merupakan beberapa vitamin yang diperlukan oleh ibu yang mengandung:-

Folic Acid

Ibu yang sedang mengandung disarankan mengambil folic acid dari awal sebelum mengandung bagi mengelakkan dariapada bayi yang dilahirkan mendapat neural tube defect.

Neural tube defect ini adalah kecacatan kelahiran bayi pada otak, tulang belakang atau saraf tunjang. Dua yang biasa kita dengar berkenaan dengan neural tube defect adalah spinal bifida & anencephaly. Hendak diceritakan lebih lanjut berkenaan dengan neural tube defect ini, saya bukanlah yang ahlinya jadi apa kata pembaca membaca keterangan lebih lanjut berkenaan dengan neural tube defect di laman web ini.

http://www.myhealth.gov.my/spina-bifida/

sumber gambar neural tube defect : google

Disarankan pengambilan folic acid bagi ibu yang hendak adalah 400mcg/day & yang sudah mengandung sebanyak 600mcg/day (sumber rujukkan: RNI Malaysia 2017).

Iron

Iron amat penting pembentukkan sel darah merah. Selain itu, ianya juga penting dalam perbentukkan janin. Justeru itu, ketidakcukupan iron dalam tubuh ibu yang memgandung juga boleh menjadi salah satu penyebab kelahiran bayi yang kurang berat badan (<2500g)

Iron juga boleh menyebabkan pica.
Pica adalah kejadian dimana ibu yang mengandung mengidamkan makanan yang bukan dilabelkan sebagai makanan. Contohnya sabun & sebagainya. Wanita yang mengamalakan pica adalah disebabkan kandungan hemoglobin yang rendah. Justeru itu, suami perlu mengambil tahu akan keadaan isteri ketika mengandung.

Keperluan iron dalam sehari bagi wanita yang mengandung (non-anemic) adalah 100mg iron bagi second half of pregnancy sudah mencukupi (sumber rujukkan: RNI Malaysia 2017)

Nota: non-anemic itu adalah seseorang yang tiada masalah kekurangan sel darah merah.

Kalsium

Ibu yang sedang hamil amat memerlukan pengambilan kalsium yang mencukupi. Jadi pengambilan kalsium untuk ibu yang memgandung mengikut RNI Malaysia adalah 1000mg/day manakala bagi wanita yang mengandung ketika remaja (13-19yr) perlu mengambil kalsium sebanyak 1300mg/day.

Kalsium penting kepada ibu & bayi untuk pertumbuhan tulang

Contoh makanan yang tinggi kalsium:-

Makanan Sukatan Nilai kalsium (mg)
Susu UHT rendah lemak 1/2 gelas 257.7mg
Susu tepung penuh krim 4 sudu makan 183.4mg
Susu tepung skim 4 sudu makan 373.6mg
Tau-hoi-fah tanpa gila 1 bekas 242.7mg
Jambu Batu 1/2 biji 49.5mg
Tau-kua 1 keping (64g) 105.0mg
Egg touhoo 2/3 silinder (97g) 131.0mg

Bagi mendapatkan info yang lebih lanjut berkenaan dengan nilai kandung kalsium dalam makanan bacalah nutrition fact bagi makanan yang mempunyai nutrition fact.

Eh, tapi apa sebenarnya RNI yang dijadikan sumber rujukkan itu ya?

RNI adalah recommend nutrient intake. Semua, nutrient samaada vitamin / mineral ada keperluan yang tertentu yang diperlukan oleh tubuh badan. Dalam erti kata yang mudah RNI ini merupakan kayu ukur untuk mengetahui seseorang itu kurang nutrient atau tidak.

Tanyalah pakar untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan RNI ini

So, sekarang para suami yang dihormati sekalian sudah mendapat info serba sedikit berkenaan dengan vitamin & mineral yang diperlukan oleh ibu yang mengandung. Semua informasi ini hanyalah sekadar perkongsian untuk mereka yang baru pertama kali mengandung atau merupakan pasangan yang baru sahaja pertama kali mahu menimbang cahaya mata. Diharapkan maklumat ini berguna buat para suami & isteri .

Makanan Terbaik Bagi Ibu Yang Mengandung (sumber Google)
Makanan Terbaik Bagi Ibu Yang Mengandung (sumber Google)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh