Makanan Pantang Untuk Resdung

Artikel tentang resdung dan makanan pantang untuk pengidap resdung. Resdung atau nama saintifiknya adalah sinusitis merupakan sejenis penyakit yang sering melanda masyarakat. Sinusitis berlaku apabila terdapat keradangan pada saluran di rongga hidung disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria, virus, fungus, ataupun alergik.

Di antara tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhingus atau tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan kawasan sekitar mata sehingga rasa berair. Gejala sinusitis boleh berubah dari normal kepada kronik jika tidak dirawat dan dibiarkan. Pada keadaan normal, kehadiran kuman seperti streptococcus dan styphylococcus sememangnya sedia ada terdapat pada rongga hidung tetapi tidak menyebabkan apa-apa penyakit jika kita mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat. Namun jika berlaku kepincangan pada sistem daya tahan tubuh, bakteria ini dapat membiak dengan mudah tanpa kawalan yang akhirnya menyebabkan resdung.

Kebiasaannya penyakit resdung terbahagi kepada dua iaitu normal yang dipanggil sebagai akut atau kronik. Resdung yang akut biasanya tidak berbahaya dan tidak mendatangkan mudarat tetapi jika anda mengalami keradangan berterusan sehingga berasa tidak selesa selama berminggu-minggu, sebaiknya pergilah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya. Secara umum, resdung yang normal boleh dirawat dengan menjaga pemakanan. Pastikan anda tahu makanan apa yang perlu dielak untuk memastikan gejala resdung yang dialami tidak berterusan.

Elakkan makanan berbentuk tenusu

Makanan seperti susu, ais krim, keju perlu dielakkan kerana susu boleh menghasilkan lebih banyak mucus atau lendir dan menggalakkan pembiakan bakteria dalam rongga hidung. Anda boleh gantikan dengan sardin, rumpai laut, atau sayuran hijau kerana ia mengandungi kalsium yang baik untuk mengatasi keradangan disebabkan oleh resdung.

Elakkan pengambilan gula

Gula jika diambil pada kadar yang sedikit tidak memudaratkan tetapi jika diambil pada kadar yang tinggi akan menyebabkan meningkatkan kadar keradangan meningkat menyebabkan pengumpulan lendir pada hidung. Kebanyakan penyakit adalah berpunca daripada gula. Oleh itu, sebolehnya kurangkan pengambilan gula dalam pemakanan. Anda boleh gantikan gula dengan stevia yang jauh lebih berkhasiat.

 Kurangkan makanan yang pedas

Tahukah anda kenapa hidung kita berair apabila kita makan makanan yang pedas? Ini kerana makanan pedas akan menghasilkan ‘histamine’ sejenis bahan kimia yang dikeluarkan oleh badan apabila kita mengalami tindak balas alergik. Histamin memainkan peranan dalam pengawalan sistem imuniti dan inflamasi. Namun, penghasilan histamin yang tinggi akan menyebabkan tisu nasal akan berair dan membengkak. Oleh itu, kebiasaannya doktor akan memberikan ubat ‘anti-histamine’ jika anda mengalami masalah resdung untuk sekat pengeluaran histamin yang berlebihan.

Kurangkan pengambilan daging merah

Daging merah mengandungi kadar protein yang sangat tinggi. Daging merah bukan hanya menjadi pantang bagi pesakit yang menghidap kolestrol yang tinggi tetapi seseorang yang mengalami resdung juga harus mengelak dari makan daging merah kerana ia menggalakkan pengumpulan mucus yang berlebihan.

Buah tomato

Pasti ramai yang tidak menyangka buah tomato boleh menyebabkan masalah resdung. Hakikatnya buah tomato juga boleh meningkatkan kadar penghasilan histamin. Selain itu juga, buah tomato mengandungi pH yang agak rendah. Seseorang yang mengalami acid reflux juga perlu berhati-hati, jangan mengambil buah tomato dengan banyak kerana acid yang terdapat pada buah tomato menyumbang pada ketidakselesaan pada perut. Anda boleh gantikan dengan pengambilan buah-buahan yang mengandungi vitamin A kerana vitamin A menghasilkan mucus yang baik seperti buah labu, buah betik dan juga buah manga.

Jangan makan pizza!

Adakah pizza juga termasuk dalam senarai makanan yang perlu menjadi pantang bagi penyakit resdung? Sayang sekali kerana jawapannya adalah benar! Pasti penggemar pizza di luar sana berasa kecewa dengan kenyataan ini. Tahukah anda mengapa pizza adalah antara salah satu makanan yang perlu dielakkan? Hal ini kerana pizza mengandungi keju yang termasuk dalam produk tenusu, ia juga mengandungi gluten dan juga tomato. Gabungan bahan-bahan ini cukup untuk bertindak meningkatkan keradangan resdung. Tidak salah jika anda menikmatinya sekali sekali namun makanlah dalam kuantiti yang sederhana dan tidak berlebihan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh