Kesan Percintaan Alam Remaja

kesan percintaan alam remaja
kesan percintaan alam remaja

Alam percintaan sememangnya adalah satu tempoh fasa masa yang sangat dinanti-nantikan oleh setiap remaja baik lelaki ataupun perempuan. Tempoh ini dikatakan dan digambarkan sebagai tempoh yang sangat indah dan menyeronokkan.

Manakan tidak menyeronokkan apabila kita mempunyai pasangan yang dapat berkongsi suka dan duka bersama-sama. Namun, awas! Walaupun ianya dikatakan tempoh yang indah, cabaran-cabaran yang perlu dtempuhi juga harus diambilberat bagi setiap pasangan terutamanya pasangan remaja yang baru berjinak-jinak dengan alam percintaan. Cabaran yang perlu dilalui ini pastinya sedikit sebanyak akan membawa kesan terhadap diri remaja tersebut samada dari sudut positif atau negatif.

Antara kesan-kesan yang perlu diambil perhatian oleh pasangan remaja sebagai langkah persediaan diri termasuklah:

 

Tumpuan terhadap pelajaran

Fokus yang terlampau tinggi terhadap pasangan masing-masing sehingga mengabaikan pelajaran semestinya akan membawa kesan yang buruk kepada anda. Jadi bijaklah dalam membahagikan masa antara belajar dan pasangan bagi mengelakkan anda ketinggalan dalam pembelajaran di sekolah. Jadilah pasangan yang mampu memberi motivasi dan semangat antara satu sama lain tanpa mengabaikan fokus utama anda dalam menuntut ilmu.

Kewangan

Bagi remaja yang masih belajar, aspek kewangan adalah sesuatu yang menjadi masalah kerana mereka masih bergantung kepada duit poket yang dibekalkan oleh ibubapa. Jika terlampau boros dalam berbelanja atau sering membeli hadiah kepada pasangan masing-masing pastinya akan mnyebabkan perbelanjaan persekolahan akan terjejas.. Elakkan membazir dan gunalah duit poket dengan berhemah dengan utamakan keperluan utama anda terlebih dahulu.

Perubahan tingkahlaku

Pasangan remaja yang bersikap positif ketika bercinta mampu memberi perubahan yang baik kepada tingkahlaku masing-masing. Kebiasaannya remaja akan lebih mendengar nasihat daripada pasangan masing-masing berbanding ibubapa atau rakan mereka. Perubahan tingkahlaku dari buruk ke baik adalah sesuatu yang positif namun jika pasangan anda cuba mengubah tingkahlaku anda kepada sesuatu yang lebih buruk mungkin perhubungan tersebut perlu dinilai kembali bagi mengelakkan anda terjerumus kepada perkaran yang lebih buruk.

Stress dan kemurungan

Antara kesan negatif yang mungkin berlaku dalam percintaan adalah stress dan kemurungun. Perkara ini boleh terjadi apabila sesuatu percintaan itu mengalami masalah atau putus di tengah jalan. Rasa stress yang melampau sehingga membawa kepada kemurungan atau depression akan menjejaskan kehidupan seharian remaja tersebut. Jika tidak diatasi dengan baik dan mendapat nasihat yang sebetulnya kemungkinan perkara yang tidak diingini seperti membunuh diri boleh berlaku.

Masalah sosial

Remaja yang bercinta perlulah sentiasa berwaspada serta berhati-hati dalam menjaga batas pergaulan antara pasangan masing-masing. Ini kerana pergaulan yang terlampau bebas boleh membawa kepada peningkatan masalah sosial terutamanya pelakuan sumbang seperti berzina, membuang bayi, dan sebagainya. Perlakuan sebegini pastinya akan memudaratkan diri serta masa depan remaja tersebut.

 

 

Bercinta ketika remaja sememangnya indah namun sentiasalah berhati-hati serta meneliti segala kemungkinan yang akan berlaku jika tidak ditangani dengan betul. Berfikir dan bertindak dengan bijak sebelum sesuatu yang indah itu bertukar menjadi pahit!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh