Kebaikan pengambilan air yang mencukupi untuk kesihatan

Air merupakan keperluan asas kepada semua hidupan di alam ini. Air merupakan sesuatu benda yang mudah di dapati kerana ianya boleh didapati melalui alam semulajadi seperti hujan, sungai, laut & sebagainya.

Tahukah anda air merupakan suatu yang penting dalam tubuh badan manusia?

Secara dasarnya, air memainkan peranaan penting dalam tubuh badan kerana air membantu menyelarasakan suhu badan. Air juga menjadi salah satu indicator untuk membuang bahan toksik.

Selain itu, air juga bertindak sebagai cecair yang membantu membawa oksigen dalam sel tubuh badan manusia kerana air atau dikenali sebagai H2O merupakan salah satu agent yang terbesar membawa oksigen. Dalam bahasa kimianya apabila H2O berpecah ianya akan menjadi Hydrogen ion & oksigen.

Sekiranya kita hendak menyenaraikan setiap satu kepentingan air dalam tubuh badan manusia maka tak cukup space lah hendak menulisnya.

Selepas berkongsi berkenaan dengan kepentingan air dalam tubuh badan, maka kita juga perlu mengetahui KEBAIKAN pengambilan sehari dalam kehidupan kita.

So, apa kata kita ambil tahu dahulu keperluan air dalam sehari bagi setiap individu.

Keperluan pengambilan air bagi seseorang adalah berdasarkan berat badan setiap individu.

Kenapa mengikut berat badan?

Sebab setiap manusia atau hamba Allah di muka bumi ini mempunyai keperluan dan kadar metabolisma yang berbeza.

Jadi, mari kita kira sama-sama keperluan air dalam tubuh badan masing-masing.

Formula:-

30-40ml/kg body weight

Contoh:-
Berat 55kg
30ml x 55kg = 1650ml/kg
40ml x 55kg = 2200ml/kg

Jadi keperluan seharian air yang perlu diambil adalah 1650ml-2200ml

Jadi, selepas kita tahu berapa banyak tubuh kita memerlukan air dalam seharian, maka amalkanlah.

Pilihan ditangan anda

Sebelum pergi lebih jauh, beberapa tips mudah yang boleh diamalkan bagi meningkatkan pengambilan air dalam kehidupan seharian.

  • Amalkan pengambilan air sekurang-kurangnya 2 gelas selepas bangun daripada tidur & 2 gelas sebelum tidur
  • Air bukan sahaja dalam bentuk minuman tetapi air juga boleh jadi dalam bentuk makanan seperti sup. Kebiasaannya, pengambilan makanan yang berasaskan sup dapat membantu meningkatkan pengambilan air dalam seharian.
  • Gunakan botol minuman yang mempunyai sukatan agar mudah bagi kita untuk menyukat pengambilan air dalam sehari

Oops, lupa…apa kebaikan air tidak termasuk air berkarbonate atau air manis ya.

1) Membantu seseorang yang mempunyai masalah sembelit terutamanya kanak-kanak

~ Masalah sembelit merupakan salah satu faktor sukarnya seseorang membuang air besar. Justeru itu, dengan meningkatkan pengambilan air atau mengambil air mengikut kesesuaian berat badan mampu menangani masalah sembelit ini.

Tips lain bagi mengelakkan sembelit bagi kanak-kanak atau dewasa adalah:-

  • Tingkatkan aktiviti fizikal (Dalam erti kata mudah lakukan pergerakaan yang lebih supaya usus yang membawa najis ada pergerakan)
  • Tingkatkan pengambilan makanan yang tinggi serat (contoh: sayur-sayuran & buah-buahan)

2) Pengambilan air yang mencukupi mampu mencegah atau merawat masalah batu karang

~Batu karang adalah disebabkan oleh terlalu banyak permendakan zat kimia di dalam air kencing yang menyebabkan perbentukkan kristal. Sekiranya perbentukkan kristal ini terlalu banyak ianya akan menyebabkan terbentuknya batu karang. Ini adalah penerangan secara ringkas berkenaan dengan perbentukkan batu karang, sekiranya mahu mengetahui dengan lebih lanjut lagi boleh bertanya dengan doktor.

Justeru itu, pengambilan air yang banyak (mengikut keperluan tubuh badan) akan membantu mengurangkan kadar kepekatan air kencing dan dapat menghalang perbentukan kristal. Peringatan, ini hanyalah penerangan secara ringkas sahaja ya.

3) Salah satu kebaikan pengambilan air yang mencukupi adalah membantu untuk menghidrasi.

Untuk pengetahuan umum, otak juga merupakan salah satu organ yang memerlukan air. Justeru itu, kita perlu sentiasa kekal hadrasi supaya boleh menyumbang kepada pemikiran & daya fikiran yang lebih baik.

Satu kajian menunjukkan, sekiranya kita dehadrasi boleh menggangu motor skill, kesedaran & mood seharian. Hal ini disebabkan 70-75% daripada tubuh badan adalah air. Setiap fungsi dalam tubuh badan memerlukan air. Justeru itu, dehadrasi mampu menganggu semuanya.

Bagaimana kita boleh dihidrasi?

~ Dengan pengambilan makanan yang tinggi garam.
~ Melalui pengeluaran peluh yang berlebihan
~ Melalui pembuangan air besar (cirit-birit)

Secara keseluruhannya, air amat penting dalam keperluan seharian kita. Tanpa makanan kita masih boleh bertahan lagi selama 2 @ 3 hari. Tetapi, sekiranya tiada air boleh bahayakan tubuh kita sendiri. Jadi, hargailah air yang ada, semua keputusan di tangan anda.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh