Cara Tangani Anak Autism

Sumber : google (gambar hiasan)

Setiap Ibu bapa mendambakan untuk mendapatkan anak-anak yang sihat daripada segi fizikal mahupun mental. Tetapi, ketentuan Allah tiada siapa yang mampu menghalangnya. Justeru itu, sebagai hamba kita perlu menerima segala ketentuan yang telah diberikan olehnya.

Apabila disebut autism, kebanyakan Ibu bapa ada yang tahu & ada yang tidak. Sesetengah ibu bapa berasa malu apabila mendapat anak yang mempunyai kelemahan atau kekurangan seperti ini, sedangkan mereka juga tidak minta untuk menjadi begitu. Justeru itu, jom kita kenali serba sedikit berkenaan dengan apa itu autisme dan bagaiman hendak mendekati anak istimewa ini.

Adakah, autism ini satu penyakit atau satu syndrome?

Autism adalah gangguan perkembangan yang dikelasifikasikan sebagai kesukaran berinteraksi sosial dan berkomunikasi, kanak-kanak autism ini juga mempunyai tingkah laku yang terhad dan berulang.

Pada kebiasaannya, ibu bapa boleh melihat tanda-tanda anak ada masalah autism atau tidak dalam tiga tahun pertama kehidupan anak mereka. Tanda-tanda ini sering berkembang secara beransur-ansur walaupun terkadang beberapa kanak-kanak autisme akan mencapai perkembangan mereka secara normal sebelum ianya menjadi semakin teruk.

Kebanyakkan anak autisme ini gemar hidup dalam dunia sendiri. Mereka tidak akan ada perasaan apabila di belai oleh ibu bapa. Kebiasaanya, anak autism ini lebih agresif apabila dipegang, disentuh dan dipeluk walaupun yang melakukan itu ibu bapa mereka sendiri. Paling ketara sekali, mereka akan mengelakkan eye contact ketika berkomunikasi.

Antara ciri-ciri anak-anak autisme:-

1) Anak-anak autism ini tidak gemar orang lain meyentuh barang-barang atau alat mainan mereka. Sekiranya ianya berlaku mereka akan mengamuk & memberontak.

Tips mengawal tingkahlaku anak autisme ketika mengamuk & memberontak:-

  • Ibu bapa perlu memahami dahulu sebab mengapa mereka memberontak. Setelah fahami sebab mereka memberontak barulah kita memulakan langkah untuk memujuk mereka.
  • Peluk mereka ketika mereka sedang memberontak @ mengamuk. Ini disebabkan pelukkan mampu menstabilkan & menenangkan emosi kanak-kanak tidak mengira siapa mereka. Dengan pelukkan mampu memberikan satu perasaan selamat dalam diri mereka. Justeru itu, peluklah anak-anak ketika mereka sedang dalam keadaan emosi tidak stabil
  • Bawa mereka keluar dari kawasan yang membuatkan mereka marah. Alih perhatian mereka dengan suasana yang lebih tenang & aman.
  • Gunakan nada yang paling rendah ketika memujuk anak-anak autisme ini. Pengunaan nada yang lembut mampu mengalihkan perhatian mereka terhadap perkara yang mereka tidak puas hati.

Untuk pengetahuan umum, anak-anak autisme sangat PEKA akan kehilangan barang atau barang mereka disentuh. Justeru itu, mereka sangat alert akan barang-barang mereka.

2) Seterusnya, mereka mempunyai masalah pertuturan atau komunikasi yang betul.

Tips menangani masalah pertuturan anak autisme:-

  • Bawa anak berjumpa dengan pakar pertuturan (speech pathology) untuk belajar bertutur
  • Ajar anak autism bertutur menggunakan flip chart yang bergambar supaya mereka tertarik untuk belajar bertutur
  • Ibu bapa perlu sentiasa mengajar perkataan baru secara berulang agar mereka ingat kerana mereka gemar meniru perkataan baru.

3) Anak-anak autisme ini juga gemar bermain berseorangan berbanding bermain dengan kanak-kanak seusianya. Dalam erti kata yang mudah, mereka tidak suka bergaul atau bersosial. Justeru itu, mereka sukar menzahirkan keingin hati atau perasaannya. Terkadang mereka akan menzahirkan keinginan hati mereka dengan cara mengamuk & memberontak.

Tips meningkatkan anak autisme untuk bersosial atau bergaul:-

  • Bawa kawan-kawan mereka datang rumah agar mereka rasa lebih dihargai & bukan keseorangan
  • Memberi galakkan kepada anak autisme untuk lebih ramah dalam memulakan perkenalan. Elakkan kritikan sekiranya mereka melakukan kesalahan dalam memulakan perkenalan.
  • Ibu bapa perlu menjadi suri tauladan kepada anak-anak yang kita mempunyai sifat positif & peramah dalam perkenalan.
  • Sering mengajak anak autisme melibatkan diri dalam aktiviti sosial yang dianjurkan disekolah atau luar. Contoh pertandingan melukis, mewarna & sebagainya.

PERINGATAN!!

Bagi memastikan anak autism ini berani bergaul dengan kanak-kanak seusianya atau bersosial, ibu bapa jangan sesekali berasa malu untuk membawa mereka bergaul. Jangan sesekali sekat mind set kita, bahawa anak kita ada kekurang tetapi set dalam minda kita untuk membuat mereka hidup secara sempurna walaupun ada kekurangan. Mereka juga ada hak untuk hidup sempurna seperti kita.

Jadi berbalik dengan soalan, adakah autisme ini satu penyakit atau syndrome?

Untuk pengetahuan umum autisme bukan suatu penyakit dan ianya juga bukanlah satu syndrome. Ia adalah satu kekurangan yang Allah berikan agar ibu bapa belajar bersama dalam menjaga anak syurga ini. Justeru itu, haruslah di ingatkan supaya ibu bapa yang mempunyai anak-anak autisme sentiasa redha dengan pemberian Allah.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh