Cara Mengawal Anak Main Gajet

Apa yang kita faham maksud gajet? dan Bagaimana Cara Kawal Anak Main Gadjet?

Cara Kawal Anak Main Gadjet

sumber google

Gajet dalam kamus cambridge bermaksud “a small device or machine with a particular purpose”

Atau dalam bahasa mudah gajet adalah satu alatan kecil yang mempunyai pelbagai kegunaan. Walaupun ianya kecil tetapi ianya mampu mencari pelbagai maklumat. Justeru itu, gajet ini sangat bahaya sekiranya di salahgunakan.

Apa contoh gajet yang biasanya digunakan oleh Masyarakat zaman kini yang popular?

  • ​Telefon bimbit
  • Tablet
  • ​Komputer

Apakah kesan buruk penggunaan gajet terhadap kanak-kanak?

  • ​Kanak-kanak akan menjadi seorang yang anti-sosial dan tidak pandai bermain permainan lain selain gajet.
  • Boleh menyebabkan anak anda ada masalah penglihatan (rabun silau @ jauh) kerana penggunaan gajet yang berlebihan.
  • ​Anak menjadi seorang yang sukar mendengar nasihat atau arahan yang diberikan.
  • Merengangkan hubungan persaudaraan antara ahli keluarga

Justeru itu, sebagai ibu bapa kita perlu menjadi suri tauladan yang terbaik buat anak- anak bagi mengelakkan mereka daripada bermain gajet sahaja. Kita perlu bijak mengalihkan tumpuan mereka daripada gajet. Jadi, disini kita memberi sedikit tip bagi mengawal anak daripada bermain gajet.

Tips Mengawal Anak Main Gadjet

Bawa Anak Bermain Di Taman Permainan

Bawa anak-anak ke taman permainan setiap petang sekiranya ibu merupakan suri rumah. Jika ibu bapa bekerja, bawa anak ke taman permainan apabila ada masa terluang seperti hujung minggu.

Gambar Hiasan

Mengapa taman permainan menjadi pilihan utama?

Taman permainan merupakan salah satu tempat di mana kanak-kanak bermain. Justeru itu, di taman permainan kita mampu mengajar mereka bersosial bersama rakan seusianya. Secara teori, taman kanak-kanak adalah tempat di mana kanak-kanak bermain. Di situ juga sebenarnya tempat mereka mengembangkan minda dan psikomotor mereka.

Pada masa yang sama, dengan memberi kebebasan anak-anak bermain di taman permaianan (DI BAWAH PEMANTAUAN IBU BAPA) dapat mengelakkan anak-anak daripada asyik meminta bermain gajet. Nampak kuasa permainan di mata kanak-kanak mampu menghilangkan perkara yang tidak penting dalam minda mereka.

Selain itu, dengan memberi mereka bermain di taman mampu memberikan mereka memori terindah ketika zaman kanak-kanak.

Beri Kebebasan Anak Bawa Mainan Disukai Apabila Keluar

Dengan memberi kebebasan mereka membawa apa yang mereka sukai semasa menunggu makanan siap mampu mengalihkan tumpuan mereka terhadap gajet.

Kebiasaanya, ibu bapa akan menyarankan mereka membawa buku untuk dibaca bagi kanak-kanak yang sudah pandai membaca manakala bagi kanak-kanak yang tidak pandai membaca izinkan mereka membawa buku mewarna. Dengan cara ini kita mampu mengalihkan 100% tumpuan mereka terhadap gajet.

selain itu, mainan lain yang disukai juga boleh dibawa yang bersesuaian dengan tempat dan keadaan.

Bawa anak-anak ke perpustakaan.

Membawa mereka ke tempat seperti perpustakaan mampu memupuk minat membaca buku. Ini kerana amalan membaca perlu di pupuk sejak kecil lagi bak kata perpatah, melutur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan membiarkan anak-anak menghabiskan masa dengan membaca mampu melupakan mereka terhadap gajet.

Mengajak anak-anak terlibat dalam aktiviti membuat makanan atau pembersihan kawasan rumah.

Dengan mengajak anak-anak terlibat secara langsung atau tidak dalam membuat makanan mampu mengeratkan hubungan antara anak dan ibu. Selain itu, dengan cara ini juga mampu memberikan memori terindah kepada mereka. Selain itu, mereka akan rasa dihargai kerana ibu bapa menaruh kepercayaan kepada mereka untuk membantu dalam proses membuat makanan atau mengemas.

Pada masa yang sama, dengan mengajak mereka melibatkan diri dalam aktiviti mengemas rumah atau membasuh kereta mampu mengajar mereka menjadi seorang yang pengemas dan pembersih. Sekiranya, mereka sibuk mengemas bilik mereka secara tidak langsung mereka akan lupa kepada gajet yang menjadi idaman mereka selama ini.

Secara konklusinya, sebab mengapa anak-anak lebih gemar bermain gajet daripada bergaul dengan kanak-kanak seusianya kerana mereka kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka. Justeru itu, penganti perhatian ibu bapa mereka adalah gajet. Semua benda yang mereka ingin ketahui, mereka akan menggunakan gajet berbanding bertanya dengan ibu bapa mereka. Maka, komunikasi antara ibu bapa dan anak semakin berkurangan dan menjadi salah satu asbab hubungan kekeluargaan menjadi rengang.

Jadi, sebagai ibu bapa mereka haruslah mengurangkan penggunaan gajet dalam kehidupan seharian sekiranya mereka sudah mempunyai cahaya mata. Jadilah sahabat, pendengar, pencerita dan kawan sepermainan mereka supaya mereka berasa lebih dihargai. Anak merupakan anugerah daripada Allah, justeru itu janganlah diabaikan mereka dengan memberikan gajet sebagai sahabat mereka tetapi jadikanlah diri kita sahabat mereka.

Anak tidak bersalah sekiranya mereka menggilakan gajet TETAPI ibu bapa yang bersalah kerana menjadikan gajet sebagai peranti mudah alih untuk menjadi sahabat baik kepada anak-anak.

Mulai sekarang biarlah kita yang menjadi sahabat baik mereka dan campakkan gajet keluar daripada keluarga kita.

Anak anugerah yang terindah dan kitalah yang membentuk anak-anak menjadi sebentuk mutiara yang bersinar.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh