Ibu

Cara Mengatasi Sakit Ketika Haid

 

Cara mengatasi sakit ketika haid. Apabila datang bulan, perkara yang merungsingkan ramai wanita adalah senggugut atau dipanggil ‘Post Menstruation Syndrome’. Ada sesetengah wanita yang mengalami PMS merasa kesakitan yang melampau sehingga menyebabkan demam, membuatkan menjadi lesu dan tidak bermaya, hilang selera makan, menyebabkan nausea, hilang kawalan emosi dan sebagainya.

Kebiasaannya kesakitan mulai dirasai sehari sebelum datang bulan dan kesakitan yang sangat pada hari pertama datang bulan. Kesakitan yang dirasai boleh menjejaskan aktiviti seharian seperti tidak dapat untuk hadir ke kelas, malah ada yang terpaksa mengambil MC kerana tidak mampu untuk pergi bekerja. Ada yang mengatakan rasa sakit boleh diatasi jika berbaring sepanjang hari. Namun begitu, sudah pasti anda tidak mahu kesakitan yang membelenggu menggangu produktiviti anda. Oleh itu, terdapat beberapa cara yang praktikal anda boleh amalkan untuk mengatasi gejala senggugut ini. 

Ayat Al-Quran sebagai syifa’  

Al-Quran adalah syifa’ iaitu penawar kepada kesemua penyakit tetapi ramai diantara tidak memanfaatkan kelebihan untuk mengubati penyakit dengan menggunakan ayat Al-Quran. Tahukah anda molekul air yang dibacakan ayat Al-Quran akan berubah menjadi molekul yang baik sehingga mampu menyembuhkan penyakit dengan izin Allah. Al-Quran mempunyai frekuensi getaran yang sangat tinggi sehinggakan apabila membaca ayat Al-Quran dapat menembusi air walaupun tanpa dibuka penutupnya. Oleh itu, kita amat disarankan untuk menjampi air yang mengandungi ayat Al-Quran dan diminum sebagai penawar. Syaratnya yang paling penting adalah yakin air yang dibaca yata Al-Quran akan menjadi menyembuh dengan meminta pertolongan dari Allah dengan sungguh-sungguh. Percayalah ramai yang boleh sembuh dengan kaedah ini. Amalan ini boleh didapati melalui sumber berikut: Youtube Ustaz Sharhan

Caranya adalah seperti berikut: 

Gunakan madu dan tunaikan solat sunat hajat agar diberikan kesembuhan. Setelah selesai solat sunat hajat, mulakan dengan selawat sebanyak 3x dan bacakan pada madu ayat yang berikut dan minum madu tersebut. Untuk lebih berkesan, anda boleh kacau madu dengan sudu mengikut arah  berlawanan jam seperti  pusingan tawaf. Sesuatu yang dilakukan mengikut arus yang berlawanan akan menghasilkan tenaga positif. InshaAllah keberkesanannya akan lebih dirasai. 

  • Baca ayat Qursi 1x
  • Baca Surah An-Nahlu 21x

 Amalkan senaman yoga

Tahukah anda senaman yoga mampu melegakan kesakitan ketika datang bulan. Kaedah yoga adalah senaman ringan yang tidak memerlukan tenaga yang banyak. Sewaktu datang bulan, keadaan anda yang lemah tidak sesuai melakukan senaman yang berat. Oleh itu, yoga adalah kaedah senaman yang terbaik yang boleh amalkan. Selain dapat mengurangkan kesakitan, ia juga mampu mengurangkan stress dan kembung perut seterusnya memberi flexibility pada otot. Anda juga akan merasa lebih relax dan tenang kerana hormon gembira iaitu hormon endorphin dirembeskan apabila kita melakukan senaman. Sekarang anda tidak perlu risau untuk ke kelas yoga kerana sesiapa saja boleh melakukannya hanya di rumah dengan memasang youtube. Terdapat banyak video di youtube mengajar kaedah senaman yoga khas bagi wanita yang mengalami menstrual pain. Jika anda tidak biasa melakukan senaman, pada awalnya anda akan berasa berat tetapi lama kelamaan pasti anda mahu menjadikannya sebagai rutin apabila merasai sendiri keberkesanannya.

Letakkan heating pad 

Jika penggunaan minyak angin tidak dapat melegakan kesakitan, anda boleh cuba kaedah ini. Isikan air yang panas yang mendidih ke dalam heating pad kemudian tuamkan pada kawasan di sekitar perut. Kaedah ini sangat membantu untuk melegakan kesakitan yang dirasai kerana air panas dapat mengecutkan otot-otot rahim. Salah satu sebab mengapa anda merasa sakit ketika datang bulan kerana terdapat banyak darah beku yang terkumpul. Darah beku tersebut boleh dipecahkan dengan penggunaan air panas atau pemakanan herba. Apabila pengaliran darah berjalan dengan lebih lancar,  ia akan memberikan kelegaan dan rasa sakit akan semakin berkurangan.

Minum air masak

Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 2 liter air masak setiap hari untuk membantu melancarkan proses pengaliran darah. Selain itu, anda juga boleh mencuba kaedah tradisional seperti meminum teh tanpa gula untuk mengurangkan rasa sakit dan perbanyakkan pengambilan buah buahan. Kurangkan pengambilan proses food semasa datang bulan kerana ia membuatkan perut berasa tidak selesa.

Pengambilan ubat-ubatan yang selamat

Jika mengalami kesakitan yang melampau, kebiasaannya doktor akan prescribe dengan ubatan seperti pain killer yang boleh membantu mengurangkan rasa sakit untuk jangka masa yang pendek. Namun, jangan jadikan pengambilan sebagai suatu kebiasaan. Ramai yang mengatakan terdapat kesan sampingan apabila menggunakan pain killer terutamanya yang mempunyai dos yang tinggi. Ada kalanya untuk situasi yang tertentu pengambilan pain killer boleh menyelamatkan keadaan. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa ubatan. Jangan sewenang-wenangnya membeli di mana-mana farmasi tanpa mendapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh