Cara Kurus Yang Sihat

Semua manusia yang bergelar wanita mahu terlihat kurus kerana ianya kelihatan cantik. Tetapi, apa maksud sebenar istilah kurus ini. Secara dasarnya, umum mendefinasikan kurus itu adalah khas untuk orang terlihat cantik maksud ini bukan datang dari kamus dewan ya, nanti ada yang mencari-cari maksud ini. Baca balik, secara dasarnya ya.

Secara ilmiah dalam istilah kesihatan tiada perkataan kurus tetapi pengunaan bahasa yang betul adalah berat badan yang ideal.

Apakah maksud berat badan yang ideal?

Ok, maksud berat badan yang ideal adalah berat badan bersesuaian dengan ketinggian kita.

Sebelum ini pasti ramai yang pernah mendengar perkataan BMI (body mass index). Berat badan yang ideal wujud selepas kita mengira kesesuaian tinggi dan berat seseorang.

Formula BMI adalah:-

Berat (kg) dibahagikan dengan Tinggi dalam meter (m)2

Berat (kg) / [Tinggi (m)]2

Pengkelasan BMI :

Terminology BMI kg/m2 Pengkelasan WHO
Underweight <18.5 underweight
Normal 18.5-24.9 normal
Overweight 25.0-29.9 overweighy
Obese class 1

Obese class 2

Obese class 3

30.0-34.9

35.0-39.9

>40.0

Obese class 1

Obese class 2

Obese class 3

Sekarang semua sudah faham istilah berat badan yang ideal (normal BMI) dalam term kesihatan wujud apabila berat badan kita bersesuaian dengan tinggi. Kayu ukur berat badan yang ideal adalah melalui pengiraan BMI.

Tetapi perlu di ingatkan, BMI bukan kayu ukur kesihatan tubuh badan ya. Ianya sekadar kayu ukur kepada berat badan yang ideal sahaja.

Mulai sekarang kita tukar mindset kita daripada kurus untuk cantik kepada kurus untuk sihat + cantik + mudah untuk beribadah.

Jadi, apa yang perlu kita lakukan untuk mendapat berat badan yang ideal?

1) Amalkan pinggan sihat sepertimana yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Apa yang ada dalam pinggan sihat ini. Pinggan sihat ini menggunakan konsep suku-suku separa. Jadi, dalam pinggan sihat perlu ada :-

○1/2 daripada pinggan perlulah sayur-sayuran,
○1/3 lagi adalah karbohidrat &
○1/3 lagi adalah daripada sumber protein

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tujuan pinggan sihat ini adalah memastikan rakyat Malaysia mengamalkan pemakanan yang sihat mengikut porsi pemakanan yang betul.

2) Lebihkan pengambilan makanan yang tinggi serat.
Contoh :-
○Sayur-sayuran @ buah-buahan

Tujuan kita lebihkan pengambilan makanan yang tinggi serat adalah bagi mengelakkan kita mengambil makanan yang tinggi karbohidrat.

Mengapa serat membantu mengelakkan pengambilan tinggi karbohidrate?

Serat mampu membantu kita berasa kenyang dengan lebih cepat berbanding dengan pengambilan tinggi karbohidrate. Justeru itu, sangat disarankan kepada sesiapa yang mahu berdiet atau kurus atau yang menginginkan berat badan yang ideal supaya tingkatakan pengambilan makanan tinggi serat berbanding tinggi karbohidrate.

Tips elakkan mengambil karbohidrat secara berlebihan:-
○Ambil buah-buahan 30 minit sebelum mengambil makanan utama
○Pastikan setiap makanan utama (sarapan, lunch & dinner) ada sayur-sayuran sekurang-kurangnya 1/2 daripada pinggan

3) Kurangkan pengambilan minuman atau makanan yang manis, sekurang-kurangnya sekali dalam sehari sahaja.

Bahan utama minuman manis adalah GULA. Gula merupakan salah satu kumpulan karbohidrate ringkas yang mudah diserap kedalam darah. Sekiranya, kita mengambil terlalu banyak GULA ianya akan bertukar menjadi lemak, so bagaimana hendak mendapatkan berat badan yang ideal sekiranya pengambilan karbohidrate melebihi keperluan seharian.

Tingkatkan pengambilan air masak dan kurangkan pengambilan air manis.

Pilihan ditangan anda

4) Melakukan aktiviti fizikal. Dalam erti kata mudah bersenam / aerobic
○Disarankan 30min/hari, sekurang-kurangnya 3x/minggu tetapi sekiranya mampu lebih daripada 3x pun lagi bagus.

Stay active, stay healthy

PERINGATAN!!

Bagi sesiapa yang baru sahaja hendak memulakan aktiviti fizikal seperti ini, lakukanlah senaman yang ringan dan dalam jangka masa yang singkat dahulu bermula 15min/hari.

Semua ini bagi mengelakkan diri kita daripada tercedera atau sakit. Selepas seminggu barulah tingkatkan intensiti lagi. Dalam erti kata mudah lakukan sesuatu aktiviti itu step by step.

Pegang kata-kata ini, kurus tidak semestinya sihat & gemuk tidak semestinya tidak sihat. Apa yang penting, kita perlu mengetahui keperluan untuk tubuh badan kita. Setiap manusia mempunyai keperluan yang berbeza.

Siapa anda sekarang adalah siapa anda dahulu,
Andalah yang mencorakkan kesihatan anda di masa akan datang
So, let do now.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh