Cara Atasi Gastrik

Cara Atasi Gastrik untuk pengidap Gastik. Gastrik atau dipanggil sebagai gastritis adalah keradangan yang berlaku pada bahagian dalam perut. Gastritis yang biasa berlaku apabila terdapat keradangan pada lapisan mukosa yang melindungi dinding perut. Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik yang mempunyai kandungan pH yang sangat rendah sehingga mencapai  pH 1 atau pH 2 yang penting untuk menghadam makanan. Asid ini sangat kuat sehingga apabila dimasukkan mata pisau atau tulang boleh melebur manakala terdapat satu lapisan pertahanan yang dipanggil lapisan mukosa yang bertindak sebagai pelindung dari asid hidroklorik. Asid hidroklorik dirembeskan apabila terdapat makanan bagi memulakan proses pencernaan. Namun, jika tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik dengan lapisan mukosa. Contohnya, jika terlalu banyak penghasilan asid hidroklorik yang terjadi manakala lapisan pertahanan mukosa pula semakin lemah maka terjadilah gastrik.

Simptom gastrik yang biasa dialami oleh sesorang adalah seperti rasa mual, kembung perut, muntah, rasa sakit pada bahagian abdormen, ketidakhadaman dan hilang selera makan.  Keadaan  gastrik yang parah dipanggil sebagai ulser perut atau peptik pada ulser yang melibatkan bahagian perut yang lebih dalam. Pada keadaan tertentu, ulser perut yang teruk boleh menyebabkan berlaku pendarahan pada najis dan muntah. Terdapat banyak punca terjadinya gastrik antaranya adalah disebabkan oleh kehadiran sejenis bakteria Helicobacter Pylori, pengambilan makanan proses, makanan pedas, makanan tenusu, pengambilan ubat-ubatan dan sebagainya. Penyakit gastrik biasanya boleh diatasi jika menjaga pemakanan dan gaya hidup yang betul.

Makan ikut Sunnah: Makan ketika lapar berhenti sebelum kenyang

Kita sering mendengar cara pemakanan mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w tapi berapa ramai diantara kita yang benar-benar mengamalkan sunnah? Pada satu temu ramah yang ditanyakan oleh wartawan kepada Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahadir apakah rahsia kesihatan beliau kerana mampu kekal cerdas dan cergas walaupun pada usianya 94 tahun sehingga dikagumi oleh semua termasuk masyarat dunia. Jawapannya cukup ringkas, katanya “Kita perlu bersederhana dalam setiap perkara. Saya makan tidak terlalu banyak walau makanan sedap macam mana sekalipun.” Bukankah jawapannya itu cukup menggambarkan apa yang diajarkan dalam islam? Percayalah pada setiap sunnah yang diamalkan terdapat kesan yang hebat pada kehidupan kita.

Mempunyai jadual makan yang teratur

Jangan sesekali anda skip waktu makan kerana ia merupakan salah satu penyumbang utama kepada masalah gastrik. Makanlah pada waktu yang ditetapkan. Tidak salah anda makan dengan kerap namun jangan biarkan perut anda terlalu berlapar kerana apabila perut tidak disi dengan makanan, maka mudahlah berlaku gastrik. Pastikan sentiasa mengambil sarapan pagi kerana sarapan pagi adalah ‘the most important meal of the day’.

Prebiotics

Perlu diketahui bahawa badan kita mengandungi bakteria baik dan juga bakteria yang tidak baik. Pengambilan Prebiotics akan membantu proses penghadaman dengan lebih lancar kerana dia mengandungi bakteria yang baik yang diperlukan oleh sistem usus. Pengambilan Prebiotics juga secara tidak langsung akan menghapuskan pembiakan bakteria yang berbahaya seperti Helicobacter Pylori. Dapatkan prebiotik yang mencukupi dengan mengamalkan makanan yang difermentasi seperti susu berkultur, tempe mentah dan yogurt atau supplemen yang dibenarkan. Justeru, keseimbangan antara bakteria baik dan tidak baik yang terdapat di dalam usus dapat dikekalkan.

Teh hijau dan Madu Manuka

Terdapat satu kajian klinikal  telah dijalankan pada tahun 2015 dan diterbitkan dalam Journal Science Direct: mengatakan bahawa amalan meminum teh hijau seminggu sekali dapat mengurangkan kehadiran bakteria Helicobacter Pylori di dalam usus. Pengambilan madu Manuka juga dikatakan bagus kerana ia mengandungi kandungan anti-bakteria yang penting untuk melawan jangkitan yang kebiasaanya berada di dalam perut.

Bawang putih

Sekurang-kurangnya 50% dari populasi dunia yang menghidap gastritis adalah disebabkan oleh kehadiran bakteria H. pylory yang terdapat di dalam usus. Antara kaedah tradisional yang boleh diamalkan adalah seperti tabiat memakan bawang putih yang dikatakan boleh membunuh kuman ini. Terdapat kajian pada tahun 2014 yang telah diterbitkan oleh World Journal Gastroenterology yang mengatakan bahawa bawang putih berkesan untuk menghalang pembiakan bakteria H. pylory. Terdapat juga lagi satu kajian terbaru pada tahun 2018telah diterbitkan oleh Journal Wiley. Menurut kajian itu, bawang putih juga mampu mencegah dari kanser gastritis.

Elakkan stress

Tahukah anda bahawa 70% penyakit adalah berpunca daripada stress? Sistem penghadaman kita boleh mengesan jika anda sedang menghadapi masalah seperti stres seterusnya memberi kesan yang buruk sehingga seseorang itu boleh menghidap gastrik. Minda dan badan kita sentiasa bekerjasama dalam setiap perkara yang kita lakukan. Jika baik fikiran dan emosi kita, maka baiklah badan kita. Terdapat sejenis gastritis yang disebabkan oleh anxiety dan stres. Justeru, adalah penting untuk sentiasa peka dengan simptom yang dialami supaya masalah senang untuk dikesan. Jika kita membiarkan sahaja, lambat laun makin sukar untuk dirawat.

Antara simptom gastritis yang disebabkan oleh stress adalah seperti rasa pedih ulu hati, sakit perut, rasa mual, sakit pada bahagian leher dan bahu, rasa sedih dan berdebar-debar. Jika seseorang mengalami rasa stres dan gastritis pada masa yang sama maka ia dipanggil sebagai ‘Nervous Gastritis’. Cara terbaik untuk merawatnya adalah dengan menjaga diet, dapatkan tidur yang mencukupi sekurang-kurangnya 7 jam sehari, kurangkan makanan yang berlemak dan makanan yang pedas, minum air masak sekurang-kurangnya 2 liter pada setiap hari dan pastikan banyakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.

Antara langkah bagus yang juga boleh diamalkan untuk mengawal masalah ini adalah dengan mencuba relaxation technique. Ramai yang tidak sedar kabaikan teknik pernafasan sedangkan teknik pernafasan telah terbukti berkesan untuk merawat pelbagai jenis penyakit berkaitan fizikal dan emosi. Caranya sangat mudah iaitu mula-mula tarik nafas secara perlahan-lahan kemudian tahan selama 12 saat dan hembus secara perlahan-lahan. Ia dapat membantu proses penghadaman dengan lebih baik, melegakan ketegangan otot dan juga melancarkan pengaliran darah oksigen ke otak agar mencapai keseimbangan yang diperlukan oleh tubuh badan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh