Vitamin Untuk Kesuburan Lelaki dan Wanita

Perkongsian kali ini tentang vitamin untuk kesuburan lelaki dan wanita. Ini kerana, setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga menginginkan zuriat sebagai pelengkap kepada perkahwinan yang telah dibina. Namun begitu, ada sesetengah pasangan yang tidak dapat merealisasikan impian tersebut atas beberapa faktor antaranya masalah kesuburan. Faktor ini menyebabkan pasangan menunggu masa bertahun-tahun untuk memiliki cahaya mata. Pelbagai usaha dilakukan demi mendapatkan zuriat.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu mengalami masalah kesuburan. Antara yang menjadi faktor utama ialah gaya pemakanan yang tidak sihat atau tekanan perasaan. Pencemaran udara serta tabiat merokok juga boleh menyebabkan seseorang gagal mendapatkan zuriat. Perlu ditegaskan bahawa, ketidaksuburan bukan sahaja berlaku kepada wanita sahaja malah ketidaksuburan boleh berlaku kepada lelaki juga! Banyak kes susah mendapat zuriat pada masa kini berpunca dari kualiti sperma yang lemah.

Anda sudah berjumpa doktor? atau cuba mendapatkan langkah yang terbaik? Bagaimana sekiranya anda menambah pengambilan vitamin serta tips yang turut dapat membantu kesuburan selain ubat-ubatan yang diambil? Gaya hidup juga penting dalam usaha mendapatkan zuriat ini. Begitu juga vitamin yang sangat memainkan peranan dalam meningkatkan kesuburan lelaki mahupun wanita.


Vitamin meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita :

1.  Vitamin C

Pengambilan vitamin C dapat meningkatkan kesuburan seorang wanita. Antara contoh makanan yang mengandungi tinggi vitamin C yang boleh diambil oleh wanita ialah betik, strawberi, nanas dan juga mangga. Terdapat banyak dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Cuma, pastikan kapasiti makanan yang anda ambil tersebut dapat menampung jumlah vitamin yang tubuh badan anda perlukan.

2.  Vitamin E

Makanan yang mengandungi vitamin E pula dapat membantu lelaki meningkatkan kualiti sperma supaya dapat bertahan atau jangka hayat lebih lama. Oleh itu, peluang untuk disenyawakan dengan ovum lebih tinggi! Saranan makanan yang digalakkan ialah almond, biji bunga matahari, bayam, lobak, kacang tanah dan tomato. Pastikan ia adalah makanan organik dan tidak melibatkan baja kimia atau racun serangga yang mengganggu zatnya yang ada.

Baca Juga :   Tips Kurus dan Cara Hidup Sihat

3.  Vitamin D

Pengambilan vitamin yang dapat meremeskan hormon seks sepanjang proses ovulasi ialah vitamin D. Oleh itu, wanita digalakkan untuk mengambil makanan yang mengandungi vitamin D seperti telur, keju dan susu. Pada suatu masa dahulu, vitamin D dikaitkan dengan sinaran cahaya matahari. Namun kini, kita akan terdedah pula dengan sinaran UV yang boleh membahayakan kesihatan kulit.  

4.  Asid Folik

Asid folik boleh diperoleh melalui buah-buahan seperti kiwi, pisang dan betik. Sementara sayur-sayuran pula seperti brokoli, bayam dan labu. Para pasangan disarankan mengambil asid folik kerana kajian membuktikan bahawa lelaki yang mengamalkan pemakanan yang mengandungi asid folik dapat menghasilkan sperma yang berkualiti! Begitu juga pada wanita untuk meningkatkan kesuburan rahim.

5.  Air Kosong

Setiap orang digalakkan untuk minum air kosong sekurang-kurang 8 gelas sehari iaitu 2-3 liter air. Pengambilan ini amat penting kerana ia dapat membantu meningkatkan kandungan cecair serviks dalam badan seorang wanita serta membantu sperma menuju ke uterus lalu melekat pada telur.

Namun begitu, setiap pasangan digalakkan agar menjaga pemakanan serta mengamalkan gaya hidup yang sihat. Kedua-dua pasangan perlu mengekalkan tubuh badan yang sederhana iaitu tidak terlalu gemuk atau terlalu kurus. Sekiranya berlaku sebaliknya, untuk kaum lelaki akan mengakibatkan kualiti serta bilangan sperma akan berkurangan. Wanita pula menyebabkan kitaran haid tidak menentu menjejaskan proses ovulasi. Oleh itu, setiap pasangan disarankan menjalani gaya hidup yang sihat dan seimbang.

Usaha yang berterusan dan doa akan membantu pasangan yang menginginkan cahaya mata. Jangan putus asa dan cuba mengamalkan makanan yang telah disenaraikan di atas. Insya Allah, membantu meningkat kesuburan kepada pasangan.  Anda perlu sentiasa positif kerana boleh jadi waktu yang masih terluang diberi agar anda dapat meluangkan masa bersama pasangan dan belajar mengenali antara satu sama lain.

Baca Juga :   Vitamin Untuk Anak Susah Makan Terbaik Masa Kini

Kita berusaha bersungguh-sungguh, berdoa dan seterusnya tawakal.

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.