Cara Menurunkan Kadar Kolesterol Jahat Yang Tinggi

Perkongsian tentang cara menurunkan kadar kolesterol jahat yang tinggi dalam darah. Apa itu kolesterol? Kolesterol adalah lemak yang hadir dalam darah. Ianya berfungsi menukarkan serapan sinaran matahari kepada vitamin D dan menghasilkan membran sel yang merupakan kolesterol yang baik.

Bagaimana Kolestrol Jahat Menjadi Tinggi Dan Bahaya Kepada Kesihatan?

 Kolesterol boleh menjadi tinggi apabila anda tidak mengamalkan pemakanan yang tidak sihat seperti kurang bersenam, obesiti, pengambilan lemak tidak tepu, minum minuman alkohol serta merokok. Amalan ini boleh menjadi faktor kolesterol yang berlebihan berkumpul dalam dinding arteri. Keadaan ini boleh menyebabkan anda mendapat sakit jantung dan beberapa penyakit yang serius sekiranya tidak dicegah.

Selain itu, persepi mengenai orang kurus tidak perlu risau berkaitan kolesterol dan kebiasaannya bacaan kolesterol jahat yang tinggi berlaku dalam kalangan lelaki berbanding wanita perlu dihakis. Sekalipun lelaki mahupun wanita, gemuk ataupun kurus,  sekiranya tidak menjaga pemakanan boleh mengundang kadar kolesterol jahat yang tinggi dalam tubuh badan anda.

Cara Tradisonal Menurunkan Kadar Kolestrol Jahat Yang Tinggi

Sekiranya anda ingin menurunkan kadar kolesterol jahat yang tinggi dalam badan, terdapat beberapa tips yang boleh diamalkan.

1.  Bawang merah

 Bawang merah boleh membuang kolesterol yang berlebihan dan meningkatkan kolesterol yang diperlukan oleh badan. Menurut Saintis di Hong Kong, anda boleh mengamalkan pemakanan bawang merah di dalam makanan harian anda. Selain itu, bawang merah juga boleh dibuat jus dengan campuran madu. Kemudian diminum sekali sehari.

2.  Cuka epal

 Anda juga boleh mengurangkan kadar kolesterol jahat yang tinggi dengan mengambil cuka epal. Minum cuka epal yang dicampur dengan segelas air sebanyak tiga kali sehari. Air suam yang dicampur boleh digantikan dengan jus kegemaran anda. Cuka epal dapat merawat penyakit darah tinggi, acid reflux dan gout malah dapat mengurangkan jumlah kolesterol iaitu kandungan lemak dalam darah.

Baca Juga :   Vitamin Shaklee Ubat Darah Tinggi

3.  Oat

Oat kaya dengan serat yang dapat mengurangkan penyerapan kolesterol yang berlebihan. Pengambilan oat secara rutin dalam sarapan dapat mengurangkan kadar kolesterol anda dengan cepat.

4.  Brokoli

Sayuran yang mengandungi serat yang tinggi dan berfungsi untuk menurun kadar kolesterol dalam tubuh. Brokoli dapat membantu mendetox tubuh secara alami. Brokoli juga dapat mencegah penyakit dalam tubuh badan. Jadikan brokoli sebagai rutin pemakanan harian anda. Cara terbaik bagi memakan brokoli ialah merebus berbanding menggunakan minyak setiap kali ingin dimakan.

5.  Buah-buahan

Nutrisi yang tinggi dalam buah-buahan dapat meningkatkan sel dalam tubuh berkembang dengan baik untuk mencegah kesan radikal bebas sama ada daripada luar atau dalam tubuh. Buah-buahan sangat penting untuk kesihatan dan menyediakan pelbagai nutrisi seperti protein, fiber, zat besi, fosforus, vitamin B dan magnesium.

6.  Kulit manggis

Kulit manggis memiliki banyak khasiat yang berguna untuk kesihatan tubuh badan. Ianya mengandungi xanthone yang merupakan bahan aktif sebagai zat anti-kanser dan anti-oksidan malah jauh lebih kuat berbanding vitamin C dan vitamin E. Bergantung pada anda sama ada melakukan ekstrak kulit manggis di rumah lalu meminumnya begitu sahaja.

7.  Jambu air

Jambu air mengandungi kandungan yang baik untuk tubuh badan seperti anti-oksidan, fitonutrien, vitamin A, vitamin C, vitamin B3, kalium dan pelbagai lagi nutrisi. Jadikan jambu air sebagai rutin minuman harian anda. Sedap dijadikan jus. Yum yum yum.

8.  Pemilihan makanan

Kebanyakan orang masa kini memang gemar makan. Pelawa apa sahaja asalkan makanan, pasti akan disuapkan ke mulut. Terutamanya wanita yang tidak pernah katakan TIDAK kepada makanan. Bukannya makan itu salah namun yang perlu diperbetulkan ialah cara memilih makanan yang betul dan sihat. Pilih makanan yang sihat untuk kesihatan yang berpanjangan. Kolesterol yang tinggi boleh dikurangkan dengan pemilihan makanan yang sihat.

Baca Juga :   Produk Kecantikan Terbaik Masa kini

Vitamin Organik Untuk Membantu Menurunkan Kadar Kolesterol Jahat Yang Tinggi

Phytocol – Kandungan sterol dan stanol membantu badan menurunkan paras kolestrol jahat yang tinggi yang tidak diperlukan badan.

OmegaGuard – Asid Lemak Omega 3 sangat membantu kesihatan jantung yang mana membantu menurunkan kadar trigliserida dan kolestrol jahat, seterusnya membantu meningkatkan jumlah kolestrol yang diperlukan oleh badan.

SR Vita C Plus – Vitamin C berfungsi membantu melancarkan perjalanan darah dan mencegah peningkatan kadar kolestrol yang tidak diperlukan badan. Lebih-lebih lagi individu yang mengambil ubat yang mengandungi statin.

Garlic – Garlic berfungsi sebagai antiseptic kepada badan yang mana boleh juga membantu menurunkan kadar kolestrol yang tidak diperlukan di dalam darah.

Vitamin B Complex – B Complex berperanan  meningkatkan kadar penyerapan zat dan nutrisi penting di dalam tubuh badan. Ia penting untuk meningkatkan kefungsian saraf dalam tubuh badan.

 Vitamin E Complex – Tinggi kandungan antioksida dan sangat membantu penjagaan kesihatan jantung dan juga menurunkan kadar kolestrol jahat.

Berikut merupakan tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan kadar kolesterol yang tinggi. Tips di atas bukan sahaja khusus untuk anda yang telah ada kolesterol namun begitu boleh juga diamalkan kepada setiap orang bagi mengelakkan kolesterol berlaku.

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by