Vitamin Untuk Anak Susah Makan Terbaik Masa Kini

Kami ingin berkongsi tentang vitamin untuk anak susah makan terbaik masa kini. Anak yang tidak mahu makan ni bukan senang kita nak atasi jadi di sini nak kongsi tips dengan ibu-ibu cemerlang semua.


Bagaimana cara menangani anak susah makan?

Ia menjadi kebimbangan ibu bapa jika mempunyai anak yang cerewat dengan makanan dan sangat memilih. Kadang kala anak-anak ini tahan berlapar tetapi buat hal dengan ragam yang macam-macam sehingga ibu bapa stress dengan karenah mereka.

“Sayang, mari makan.” Ibu cuba menyuakan nasi kepada si anak kecil.

Si anak kecil menggeleng. “Tak nak.” jawabnya.

“Makan sikit saja. Kamu tak makan tengah hari tadi.”

Si kecil tetap menggeleng. “Tak nak.”

“Sikit saja. Marilah makan. Ibu suapkan.” pujuk Ibu lagi sekali.

Akhirnya si kecil tetap menggeleng dan menutup mulutnya dengan tangan.

Si Ibu kelihatan begitu kecewa dan runsing.

Pernah berlaku situasi di atas? Walau pun dipujuk berkali-kali si anak tetap tidak mahu makan. Malah, ketika disuapkan ke dalam mulut, anak itu sendiri akan meluahkan makanan itu. Pastinya setiap Ibu akan berasa runsing memikirkan anak-anak yang tidak mahu makan. Anak-anak yang sukar makan tidak mendapat khasiat secukupnya melalui makanan membuatkan Ibu sentiasa cuba sesuatu untuk menarik minat anaknya agar makan. Namun begitu, sekiranya gula-gula serta snek laju sahaja anak-anak ini akan membuka mulut. Lain pula sekiranya dihulurkan nasi, sayur serta buah-buahan. Anak-anak akan menolak sekeras-kerasnya.

Makanan manis dan tinggi gula akan menyebabkan anak-anak rasa kenyang dalam jangka masa yang panjang dan mereka tidak rasa lapar dan tiada selera makan.

Tips Atasi Anak Susah Makan

Demi membantu Ibu yang menginginkan kesihatan yang baik untuk anak-anak mereka. Terdapat beberapa tips untuk mengatasi kesukaran anak makan!

1.  Kreatif Dalam Makanan

Bagi mengatasi kesukaran anak makan, Ibu boleh menjadi seorang yang kreatif. Hias makanan anak dengan bahan-bahan yang berkhasiat bagi menarik perhatian mereka. Kanak-kanak suka melihat warna yang pelbagai dan bermacam-macam bentuk. Ibu boleh menghias makanan sebelum disediakan kepada kanak-kanak. Lebih-lebih lagi sekiranya Ibu menghias makanan anak mengikut karakter kartun yang mereka sukai seperti Boboiboy, Hana dan Omar dan sebagainya.

2.  Makanan Yang Divariasi

Kebanyakan anak sukar makan makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Ibu boleh cuba mevariasikan makanan berkhasiat kepada kanak-kanak agar dapat memberi galakkan kepada anak-anak untuk makan sayur dan buah. Cuba campurkan sayur dan buah dengan salutan ais krim atau krim putar. Walau pun, rasa sebenar sayuran dan buahan akan hilang namun anak-anak akan tetap memakan hidangan tersebut. Setelah itu, tanpa sedar pemakanan tersebut akan menjadi rutin membuatkan anak-anak terus makan sayur dan buah. Ia hanya salah satu latihan sahaja.

3.  Tayang kartun kegemaran anak

Bagi mengekalkan momentum anak-anak agar makan makanan berkhasiat, Ibu disarankan agar menunjukkan kartun kegemaran kepada kanak-kanak. Contoh kartun yang paling sesuai untuk ditunjukkan ialah Popeye. Sebelum Popeye berlawan, watak tersebut akan makan bayam dan terus menjadi kuat! Ibu boleh menceritakan kepada anak-anak bahawa dengan memakan sayur, anak-anak juga boleh menjadi kuat seperti Popeye. Oleh itu, anak-anak akan berasa terpengaruh, bersemangat dan teruja untuk mencontohi Popeye dan makan sayur-sayuran.

4.  Makan Bersama

Ibu bapa merupakan model terdekat kepada anak-anak. Oleh itu, Ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik seperti makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Sekiranya Ibu bapa sendiri tidak memakan sayur dan buah, bagaimana pula mahu berikan galakan kepada kanak-kanak. Pastikan anda memberi contoh dengan makan sayur dan buah kepada anak-anak. Oleh itu, anak anda akan terikut-ikut dan ingin mencuba memakannya.

5.  Berikan pujian

Kanak-kanak suka dengan pujian. Setiap kali mereka berjaya menghabiskan makanan yang berkhasiat, anda perlu memuji anak anda. Hal ini disebabkan dengan pujian anak-anak akan berasa gembira sekaligus galakkan kepada mereka untuk makan makanan berkhasiat. Ibu bapa yang sentiasa memuji anak-anak mereka dapat membentuk persekitaran yang positif kepada kanak-kanak.

Tips tersebut boleh dilakukan oleh setiap Ibu bapa. Membentuk kanak-kanak yang sukar makan bukanlah mudah namun begitu sekiranya Ibu bapa bijak dalam psikologi anak serta menggunakan cara yang betul, pasti masalah sukar makan dapat diatasi. Selamat mencuba!

Kesan Anak Susah Makan

Berat badan tidak bertambah

Biasa perkembangan fizikal anak akan bertambah mengikut bulan dan tahun perkembangan fizikalnya. Kalau dalam buku klinik ada graf perkembangan fizikal kanak-kanak dari segi ketinggian, berat badan dan juga BMI.

Kekurangan zat / malnutrisi

Anak akan kekurangan zat yang penting dan diperlukan dalam tubuh untuk perkembangan fizikal dan mental mereka. Jika mereka kekurangan zat dalam badan, mereka akan cepat demam dan mudah terkena jangkitan selesema.

Kekurangan tenaga

Anak yang tidak mahu makan, akan kekurangan tenaga. Apabila badan mereka penat dan letih, mereka akan meragam dan menangis tidak ketentuan. Sangat berbeza dengan anak-anak yang makan dengan makanan tinggi kandungan zat.


Vitamin Kanak-Kanak Untuk Membantu Anak Susah Makan atau Makan Memilih

Mealshake

Mealshake berbentuk serbuk yang boleh dicampur dalam minuman kana-kanak seperti air susu, milo, jus buah-buahan dan minuman yang lain yang sesuai untuk kanak-kanak. Kandungannnya merupakan multivitamin lengkap yang sangat sesuai untuk anak-anak yang mempunyai masalah makan dan juga dapat bantu anak atasi masalah sembelit.

Vitalea

Vitalea untuk kanak-kanak ini bernetuk tablet dengan perisa buah anggur dan rasanya sangat sedap. Biasanya sangat digemari oleh kanak-kanak. Ia sangat sesuai untuk kanak-kanak yang tidak suka makan sayur dan buah kerana zat yang ada dapat menampung keperluan zat sayur dan buah-buahan  yang tidak diambil oleh kanak-kanak.

Chewable Vita C

Chewable Vita C juga berbentuk tablet dengan rasa lemon. Juga rasa sedap. Kandungan sangat sesuai untuk kanak-kanak untuk melengkapkan kesihatan mereka supaya imun dengan penyakit seperti demam, batuk, selesema dan penyakit berjangkt yang lain.

OmegaGuard

OmegaGuard berbentuk kapsul yang mana kandungannya seperti minyak kerana ia merupakan minyak ikan yang kaya dengan DHA dan EPA yang sesuai untuk perkembangan otak kanak-kanak.

Bagi pembelian menggunakan kad kredit/kad debit boleh buat pembelian dengan link di bawah dan mengikut arahan yang dinyatakan. Untuk mendapatkan bantuan atau konsultasi boleh berhubung terus dengan kami. Terima kasih.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh