Petua Atasi Tona Kulit Tidak Sekata Secara Semulajadi

Atasi Tona Tidak Sekata Dengan Cara Semulajadi

Perkongsian tentang petua atasi tona kulit jadi tidak sekata secara semulajadi. Kulit yang cantik, warna sekata, licin, gebu, berseri sentiasa  menjadi idaman semua orang terutama wanita. Saya sendiri pun inginkan kulit yang sebegitu. Ia akan buat kita lebih yakin.

Punca Tona Kulit Tidak Sekata

Tona kulit tidak sekata sering terjadi kepada wanita mengandung atau menopause. Hal ini, disebabkan mereka sedang mengalami perubahan pada beberapa jumlah hormon. Namun begitu, masalah ini juga boleh berlaku pada mana-mana wanita selain wanita mengandung dan wanita yang menopause. Tona kulit tidak sekata sememangnya boleh menganggu emosi kebanyakan wanita di luar sana. Kulit akan kelihatan suram, tidak bermaya, nampak lebih tua daripada usia sebenar dan kelihatan seperti orang yang kepenatan dan tidak bertenaga.

Antara faktor yang menjadi punca kepada tona kulit tidak sekata ialah sinaran cahaya matahari. Kulit boleh berubah menjadi gelap disebabkan pancaran matahari secara langsung. Sekiranya terdedah terlalu lama, boleh menyebabkan pigmentasi pada kulit dan menyebabkan kusam, kering dan berminyak. Hal ini menyebabkan timbulnya bintik-bintik hitam atau melisma pada kulit.

Selain itu, ketidaksesuaian produk kecantikan yang diambil. Perubahan berlaku akibat tindak balas sensitif kulit pada bahan yang terdapat dalam produk kecantikan. Selain itu, hormon yang tidak menentu juga boleh mengakibatkan berlakunya tona kulit tidak sekata pada wajah wanita. 


Kaedah Atasi Tona Kulit Tidak Sekata Secara Semulajadi

Berikut merupakan tips bagi mengatasi masalah tona kulit tidak sekata yang dialami oleh kebanyakan wanita dengan kaedah semulajadi yang senang diperoleh di sekeliling.

  1. Lemon

Rata-rata tidak asing akan kebaikan serta fungsi yang terdapat dalam lemon. Air perahan lemon dapat mempercepatkan proses kulit menjadi rata dan membantu menghilangkan minyak yang berlebihan. Kulit berminyak mengakibatkan bintik hitam dan menghasilkan jerawat. Caranya ialah sapukan air perahan lemon dan seratakan pada kulit. Biarkan kering beberapa minit. Setelah itu, bilas muka sehingga bersih. Ia sangat sesuai untuk kulit yang jenis berminyak.

Baca Juga :   Minuman Dalam Pantang Bersalin

2.  Kentang dan Lemon

Selain lemon yang tinggi kebaikannya, kentang juga salah satu sumber yang dapat memberi manfaat kepada wajah. Kentang mempunyai vitamin C dan vitamin D yang dapat mencegah penuaan pada kulit, meratakan warna kulit serta membuang sel mati. Potong kentang dengan halus yang telah dicuci bersih dan tambahkan dengan perahan air lemon. Kacau sehingga rata. Kemudian, sapukan ke kulit wajah. Lakukannya setiap dua hari sekali secara rutin.  

3.  Oatmeal

Oatmeal dapat menghilangkan inflamasi yang disebabkan oleh panahan matahari, kulit kering atau alnergi serta kesan-kesan kemerahan. Kisar atau haluskan oatmel dan campur dengan sedikit air. Gunakan oatmel sebagai skrub muka. Ia sesuai untuk semua jenis kulit.

4.  Minum air masak

Minum air masak secukupnya mengikut keperluan badan dapat menjaga hidrasi kulit dan melakukan rawatan muka secara rutin. Wajah anda akan kekal lembap dan tidak kering sekiranya pengambilan ini menjadi kebiasaan dan air cukup sebagai bendalir di dalam badan.

5.  Pencuci muka yang bersesuaian

Guna pencuci muka yang sesuai untuk wajah anda. Sekiranya anda tersalah memilih pencuci muka yang sesuai untuk wajah boleh menyebabkan kulit anda berubah atau kemerah-merahan. Anda juga disarankan menyapukan pelembap setiap hari selepas mencuci wajah supaya kulit sentiasa cerah dan tona kulit kembali sekata.

6.  Skrub muka dan sunblock

 Anda disarankan menggunakan skrub muka dengan pemakaian masker yang sesuai dengan kulit anda. Selain itu, anda digalakkan untuk memakai krim pelindung matahari (sunblock) ketika keluar dari rumah. Kebanyakan wanita sering mengabaikan penggunaan sunblock. Namun begitu, penggunaan ini dapat mencegah berlakunya tona kulit yang tidak sekata. SPF Sunblock yang paling sesuai digunakan untuk wanita di Malaysia ialah sunblock yang mengandungi SPF 30 ke atas.

Baca Juga :   3 Tanda Kemurungan Selepas Bersalin


Produk Semulajadi Yang Dapat Membantu Atasi Tona Kulit Tidak Sekata

Saya sendiri terlibat dalam usaha memulihkan kesihatan kulit wajah dari 2015. Saya banyak terlibat dengan punca masalah kulit, pilihan produk yang ada, cara berkesan penggunaan dan konsultasi seterusnya. Dalam usaha untuk memulihkan kulit wajah yang bermasalah, anda perlu konsisten dengan produk di bawah untuk menjamin keberkesanannya.

ESP

ESP banyak membantu anda dalam pembinaan sel dalam tisu kulit untuk memulihkan kulit menjadi lebih baik. Kandungan ESP dengan asid amino yang sangat penting untuk kulit dan sihat diambil walhal oleh ibu hamil.

Vita C Plus Sustained Released

SR Vitamin C Plus ini mempunyai kelebihan tersendiri dan berbeza dengan yang lain kerana 1 biji 500 mg bertahan 5 jam di dalam darah dengan sekali pengambilan. Vitamin C boleh membantu pembinaan kolagen secara semulajadi di dalam kulit untuk kulit kelihatan lebih muda dari sepatutnya. Banyak lagi kelebihan dan manfaat SR Vita C Plus ini jika diambil dengan konsisten.

Vitamin E Complex

Vitamin E sangat terkenal untuk kulit. Vitamin E Complex membantu dari dalam kulit untuk membina sel kulit yang lebih sihat dan cantik.

Set Kecantikan YOUTH

Set Kecantikan YOUTH ini antara produk kecantikan dari sumber vitamin dan semulajadi serta kajian saintifik dermatologi untuk penjagaan kulit yang selamat dan berkesan.

Konsultasi Atasi Tona Kulit Tidak Sekata, anda boleh berhubung dengan saya

Whatapp0199236257

Pembelian Online

Untuk pembelian secara online menggunakan kad kredit atau kad debit, boleh klik logo di bawah dan arahan yang dinyatakan. Jika perlukan bantuan, boleh berhubung dengan saya.


Oleh itu, semoga artikel kali ini dapat membantu anda mengatasi masalah tona kulit tidak sekata yang sering dialami oleh setiap wanita. Penjagaan pada wajah bukan sekadar menitikberatkan kecantikan sahaja malah bagi mendapatkan wajah yang segar dan sihat serta bertenaga sepanjang hari.

Baca Juga :   Tips Awet Muda Dulu, Kini dan Selamanya

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by