Ibu

Tips Awet Muda Dulu, Kini dan Selamanya

Info Sihat Cantik : Tips Awet Muda Dulu, Kini dan Selamanya

“Umur Puan berapa?”

“Saya 50 tahun.” ” Apa tips awet muda yang puan amalkan?”

“Yeke? Kenapa Puan nampak begitu muda? Macam 30 tahun saja!”

Kemudian anda tersipu-sipu malu apabila mendapat pujian sebegitu. 

Pernah berlaku situasi begini pada anda? Pastinya kerana wajah yang kelihatan awet muda menimbulkan reaksi sebegitu. Acapkali jawapan yang sama juga anda akan dengar. Wajah anda mengatasi usia sebenar. Ramai wanita inginkan wajah yang cantik, mulus dan bersih. Apa lagi, kelihatan awet muda atau ‘baby face’ merupakan bonus yang paling besar setiap wanita. Tetapi bagaimana mahu mendapatkan wajah yang kelihatan awet muda? Terdapat beberapa tips yang boleh anda amalkan bagi mendapatkan wajah idaman anda.

 

Tips Awet Muda

Tips Awet Muda

Tips 1 – Tidur

Anda perlu pastikan anda mendapat tidur yang cukup. Ketika badan berasa letih, tidur merupakan terapi yang terbaik untuk anda berasa segar semula. Tidur yang bagus apabila anda mencapai had antara 5-6 jam sehari. Tidur yang tidak cukup boleh memberi kesan kepada wajah anda seperti kelihatan lesu dan tidak bermaya. Namun begitu, elakkan tidur berlebihan atau terlalu lama ya!

Tips 2 – Bersenam

Senaman perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Hal ini bagi mengekalkan stamina pada tubuh badan anda termasuk wajah. Badan yang sihat akan memberi kesan kepada semua anggota badan. Oleh itu, pastikan anda bersenam secara konsisten. Bukan sahaja badan cergas bahkan wajah anda turut akan kekal awet muda!

Tips 3 – Fikiran yang Positif

Jarang sekali wanita mengambil berat bahagian ini. Tahukah anda apabila anda berfikiran positif anda mewujudkan satu aura yang mampu memberi kesan poisitif kepada diri anda malah boleh dilihat  melalui wajah anda? Oleh itu, pentingnya bagi mempunyai fikiran yang positif sekaligus dapat memberi impak kepada wajah anda. Mengekalkan wajah awet muda bukan sekadar menjaga pemakanan, tidur yang cukup dan sebagainya. Namun begitu, penerapan mempunyai pemikiran yang positif juga perlu.

Tips 4 – Pemakanan yang seimbang

Setiap wanita yang menginginkan wajah kelihatan awet muda perlu mementingkan pengambilan makanan yang seimbang.  Anda perlu makan makanan yang sihat agar memberi kesan kepada tubuh. Diet anda perlu seimbang dan makan empat kali sehari dalam kuantiti yang sedikit. Anda juga digalakkan mengambil buah-buahan seperti avocado. Avocado kaya dengan antioksida dalam mencegah penuaan. Selain itu, buah avocado turut membantu meningkatkan sistem imunisasi, melambatkan proses penuaan dan menggalakkan sistem saraf yang sihat!

Tips 5 – Tidak kepada rokok

Menurut dermatologist Dr. Nipun Jain dari Sri Balaji Action Medical Institute mengatakan bahawa kerosakan pada rambut dan kulit disebabkan merokok yang boleh membuatkan anda jauh lebih tua daripada usia sebenarnya. Bukan sahaja merbahayakan kesihatan malah merokok mampu merosakkan struktur kulit. 45% faktor penuaan disumbangkan oleh tabiat merokok. Jadi, jangan merokok!

Tips 6 – Minum air masak

Pakar perubatan sentiasa mengingatkan bahawa setiap orang dikehendaki mengamalkan minum air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Air kosong yang diminum sebanyak 3 liter sehari dapat meremajakan kulit anda. Pengambilan air masak yang mencukupi dapat membantu anda daripada terkena dehidrasi bahkan menjadi rawatan kecantikan yang berkesan iaitu mengelakkan kedutan pada kulit sekaligus mengekalkan kelembapan pada wajah.

Tips 7 – Memilih produk yang bersesuaian

 Sebagai seorang wanita yang mementingkan kecantikan dan kesihatan yang sihat, anda perlu bijak memilih produk kecantikan yang hendak digunakan. Anda perlu pastikan produk untuk wajah dan perawatan kulit yang dipilih mempunyai antioksidan serta vitamin E. Pemilihan warna yang ringan dan formula yang kurang bahan kimia perlu dititikberatkan dalam membeli mana-mana produk kecantikan. Sekiranya tidak anda akan mendapat kesan yang tidak dingini!

Makanan Tambahan Terbaik Untuk Kulit Awet Muda

Vivix – Tinggi antioksida untuk atasi kedutan

ESP – Protein lengkap dengan 9 asid amino untuk penjagaan kesihatan maksimum untuk kulit tegang

Vitamin C – Kesihatan kulit semakin cerah

Vitamin E – Kesihatan struktur kulit lebih licin dan sihat

 Moga setiap tips ini membantu anda bagi mendapatkan tubuh atau wajah yang awet muda. Bukan sekadar kelihatan awet muda tetapi mengekalkan tahap kesihatan yang baik dan konsisten. Selamat mencuba!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh