Cara Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan dan Selamat

Jerawat merupakan perkara biasa tapi kerisauannya yang luar biasa. Bagaimana cara hilangkan jerawat dengan berkesan dan selamat? Banyak cara dan kaedahnya tapi perkara yang yang paling utama ada kehendak untuk cantik, ada kerajinan untuk menjaga kecantikan dan seterusnya ada produk yang berkesan dan selamat digunakan.

Cara Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan & Selamat
Cara Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan & Selamat

Apa Punca Jerawat?

Kestabilan Hormon

Hormon yang tidak stabil boleh menyumbang kepada pertumbuhan jerawat. Kebiasaannya hormon testosterone yang berlebihan menyebabkan timbulnya jerawat. Oleh sebab itu, jerawat selalu tumbuh pada masa haid dalam kalangan wanita. Semasa proses menstruasi, kestabilan hormon sangat tergugat. Hormon ini akan mempengaruhi sel kulit dalam menjana kelenjar minyak yang menyebabkan sumbatan pori-pori kulit.

Sumber Makanan

Pemakanan juga salah satu punca wujudnya jerawat pada kulit wajah yang mulus. Makanan yang dimakan dan dicerna akan digunakan semua   zat san nutrisi oleh tubuh badan. Jika ianya tidak sesuai untuk kecantikan dan kesihatan kulit, perkara ini yang menyebabkan terjadinya perkara yang kita tidak mahu seperti jerawat. Antaranya seperti makanan yang tinggi kandungan minyak dan terlalu pedas.

Jangkitan Bakteria

Bakteria juga wujud di bawah kulit yang mana apabila kulit tersumbat dalam folikel liang roma. Oleh sebab itu jerawat boleh terjangkit di bahagian kulit yang lain jika kita menyentuh jerawat. Ada juga jerawat yang menyebabkan kulit bernanah. Semua itu berpunca dari bakteria yang membiak di bawah bahagian kulit. Jadi berhati-hati apabila picit jerawat atau menyentuh jerawat.

Tekanan Perasaan atau Stress

Stress atau tekanan perasaan sangat mempengaruhi kestabilan hormon. Jika hormon tidak stabil, seterusnya akan menimbulkan jerawat. Selain itu, bila stress individu kurang menjaga tentang  kecantikan dan perkara yang mungkin dianggap remeh temeh hingga meninggalkan kesan kepada kulit wajah dengan jerawat.

Baca Juga :   Tips Kulit Licin dan Cantik

Alat Kosmetik

Penggunaan alat kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit wajah atau pun kandungan dalam alat kosmetik yang berbahaya kepada kulit wajah sehingga menimbulkan kesan jerawat.  Oleh sebab itu, pilih alat kosmetik dan produk yang diyakini selamat dan tiada kandungan bahan-bahan yang boleh membahayakan kesihatan dalam jangka masa yang panjang.

Pakaian Tidak Bertukar

Anda perlu maklum bahawa memakai baju yang sama selepas mandi juga boleh menyebabkan timbulnya jerawat seperti jerawat di belakang. Ini kerana, badan mengeluarkan peluh dan telah diserap di baju. Kemudian, baju yang sama dipakai selepas mandi tanpa diganti sehingga dua atau tiga hari, bakteria akan berkembang biak di kulit dan masuk ke liang roma dan menyebabkan jerawat timbul. Oleh yang demikian, pastikan baju yang anda pakai bebas dari bakteria. Sekiranya baju berbau sudah tentu terdapat bakteria di pakaian tersebut.

Bahan-bahan Berbahaya Untuk Jerawat

  • Silicon
  • Petrokimia – Paraffin Wax
  • Mineral Oil
  • Toluene
  • Benzene
  • Phenoxyethanol
  • Polyethylene glycol atau biasa disingkat PEG
  • Paraben
  • Methylparaben
  • Propylparaben
  • Ethylparaben
  • Butylparaben
  • Eksfolian
  • Akrilik  – acrylic/ acrylates copolymer / acrylate crosspolymer / acid methacrylic / acid 2-ethylhexyl-acrylate
  • Talcum zat mineral
  • Alcohol
  • Phthalates
  • Parfume
  • Ethylene oxide menghasilkan myreth, oleth, laureth, ceteareth.
  • EA (diethanolamine) atau MEA (ethanolamine).
  • Butanol contohnya butyl alcohol, butyl paraben, butyl eneglycol.
  • Ethanol  contohnya ethyl alcohol, ethylene glycol, ethylene dichloride, EDTA (ethylene-diamine-tetracetatic acid), ethylhexylglycerin.
  • Propyl contohnya seperti isopropyl alcohol, propylene glycol, propyl alcohol, cocamidopropyl betaine.
  • Methanol   contohnya methyl alcohol, methyl paraben, methyl cellulose.

 

Cara Atasi Jerawat

  • Banyak minum air kosong yang ditapis selamat dari kandungan bahan air yang berbahaya.
  • Selalu bersenam sehingga mengeluarkan peluh supaya liang roma tidak tersumbat semasa proses perpeluhan.
  • Makan makanan yang seimbang dengan amalkan cara makan suku, suku, separuh iaitu suku ikan, suku nasi dan separuh sayur dan buah-buahan.
  • Amalkan pengambilan vitamin berdasarkan keperluan dan kepentingan kesihatan dengan bimbingan.
  • Elakkan memicit jerawat dan menyentuh muka semasa jerawat banyak timbul di bahagian wajah.
  • Gantikan alat solek seperti berus bedak setiap 6 bulan untuk mengatasi masalah bacteria.
  • Gunakan produk kecantikan atau set alat penjagaan wajah dan diri yang selamat dari bahan berbahaya dalam jangka masa pendek mahupun jangka masa yang panjang.   Walaupun nak cantik, biarlah cantik dengan selamat.
  • Tidur pada  masa yang sepatutnya dan masa tidur yang cukup serta berkualiti.
Baca Juga :   Senarai Makanan Dalam Pantang

Cara Hilangkan Jerawat Dengan Shaklee Yang Selamat dan Berkesan

  1. Jaga pemakanan yang sihat dan seimbang
  2. Selalu bersenam
  3. Tidur yang cukup
  4. Ambil vitamin untuk menjaga kesihatan kulit
Set Jerawat Selamat & Berkesan
Set Jerawat Selamat & Berkesan

Vitamin C Membantu Cara Hilangkan Jerawat Dengan Selamat dan Berkesan 

Vitamin E Membantu Cara Hilangkan Jerawat Dengan Selamat dan Berkesan 

GLA Complex Membantu Cara Hilangkan Jerawat Dengan Selamat dan Berkesan 

ESP Membantu Cara Hilangkan Jerawat Dengan Selamat dan Berkesan 

Testimoni Pengguna Shaklee Untuk Atasi Jerawat

Testimoni Set Jerawat Shaklee By Ireach
Testimoni Set Jerawat Shaklee By Ireach

 

Testimoni Set Jerawat Shaklee By Ireach
Testimoni Set Jerawat Shaklee By Ireach

Untuk pembelian menggunakan kad kredit boleh klik gambar di bawah.

Untuk dapatkan konsultasi percuma, pendaftaran keahlian dan harga yang lebih baik, boleh hubungi whatapp atau telegram seperti di bawah.

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257
Telegram : Azlinasss

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.