Cara Atasi Jeragat Dengan Berkesan dan Selamat

Masalah jeragat? Bagaimana cara atasi jeragat dengan berkesan dan selamat? Rata-rata wanita berusia 30 tahun dan ke atas akan mengalami masalah tersebut. Namun begitu, jangan terkejut sekiranya masalah ini juga boleh berlaku kepada para gadis.

cara atasi jeragat dengan berkesan dan selamat
cara atasi jeragat dengan berkesan dan selamat

Masalah jeragat ini merupakan masalah kulit yang sangat biasa dalam kalangan penduduk Asia. Pun begitu, masalah ini perlu diatasi dengan berkesan. Hal ini disebabkan, wajah yang berjeragat sering mengakibatkan seseorang gadis atau wanita berasa malu sekaligus membuatkan mereka hilang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai.

Terdapat beberapa cara berkesan yang boleh diamalkan setiap wanita bagi menghilangkan masalah jeragat. Kini setiap gadis dan wanita tidak perlu risau akan masalah kulit pada wajah lagi. Tetapi sebelum itu, mari kita ketahui punca-punca timbulnya jeragat. Secara ringkasnya, jeragat terhasil melalui sinaran UV iaitu kulit terdedah kepada sinaran matahari. Bukan itu sahaja, sikap malas bagi membersihkan muka selepas memakai make-up juga menjadi punca timbulnya jeragat. Tidak memakai pelindung UV ketika atau di luar rumah. Malahan, jeragat juga terhasil daripada perubahan hormon yang tidak menentu atau tekanan perasaan.

Di sini kita nak kongsi tips atau cara berkesan yang boleh membantu wanita dan para gadis mengatasi masalah jeragat ialah:

1.  Jus Lemon

Seperti sedia maklum, lemon mampu membantu menggantikan kulit baru dan memudahkan pertumbuhan sel. Lemon juga membantu menghilangkan minyak berlebihan kerana sifat astringen dan kaya dengan asid alpha hydroxy.  Pastikan lemon yang dipilih dalam keadaan segar.

Caranya, anda perlu mencelupkan bebola kapas ke dalam jus lemon dan letakkan jus pada kulit muka. Cuci muka anda menggunakan air sejuk selepas 15 minit sehingga 20 minit. Rutin ini perlu diulang setiap hari sebaik-baiknya sebelum tidur. Pengamalan yang baik apabila anda konsisten selama 3 bulan sekurang-kurangnya. InsyaAllah, hasil yang baik akan anda peroleh! Cubalah!

Baca Juga :   Menangani Stres Dengan Bijak

2.  Baking Soda

Menggunakan baking soda atau soda penaik merupakan salah satu cara yang berkesan. Baking soda baik untuk membersihkan kotoran, sel-sel kulit mati dan pengelupasan sel-sel berminyak. Malah, ianya juga dapat menyeimbangkan pH pada kulit.

 Cara bagi menggunakan baking soda ialah campur sedikit air ke dalam satu sudu baking soda untuk membuat pes yang tebal. Biarkan beberapa minit selepas anda sapu pada kawasan wajah yang berjeragat. Kemudian bersihkan muka menggunakan air sejuk. Ulangi rutin ini dua atau tiga kali seminggu bagi mendapatkan hasil yang terbaik! Tetapi awas! Anda sama sekali dilarang menggunakan baking soda sekiranya ada mempunyai kulit yang sensitif.

3.  Kerap mencuci muka

Kedengaran agak mudah namun inilah rutin yang kerap ditinggalkan. Anda perlu mengambil berat soal kebersihan sementalah lagi bahagian wajah yang sangat sensitif. Anda digalakkan membersihkan muka sehari dua kali dengan pencuci muka yangbersesuaian. Jeragat terbentuk melalui lebihan minyak, bakteria dan sel-selkulit yang mati dan pencuci muka dapat mengatasi pembentukan bahan-bahan tersebut.

  Namun begitu, jangan pula memakai pencuci muka sehingga wajah anda terasa kering. Hal ini boleh menghasilkan jeragat yang lebih banyak!

4.  Pengambilan makanan tambahan terkawal

Makanan tambahan yang dapat membantu mengatasi masalah jeragat seperti Vitamin C, Vitamin E, GLA complex, dan ESP. Makanan tambahan ini membantu tubuh badan membekalkan nutrisi yang cukup untuk tubuh menjana kesihatan yang maksimum termasuk untuk kulit yang cantik dan menarik. Produk Shaklee ini merupakan makanan tambahan yang diyakini kerana mempunyai kajian yang lengkap dan diyakini selamat untuk kesihatan. Bagaimana  vitamin atau makanan tambahan ini dapat membantu anda dalam usaha mengatasi jeragat yang anda alami ialah :

Baca Juga :   Citronella Tropika Losyen Kelapa Dara

Vitamin C – kaya dengan antioksidan yang dapat membantu mencerahkan kulit, memperbaiki tekstur kulit yang kusam, melindungi kulit dari radikal bebas, meningktkan sintesis kolagen di bawah kulit, mengurangkan proses pigmentasi disebabkan sinaran UV serta mengurangkan garis halus       dan kedutan pada kulit.

Vitamin E –mampu membantu meningkatkan kesihatan kulit dengan kandungan anti oksidan yang juga tinggi sehingga membantu memulihkan kulit berjeragat, menghilangkan parut serta melicinkn kulit.

GLA Complex –membantu menyeimbangkan hormon terutama jika masalah jeragat timbul disebabkan ketidak seimbangan hormon. GLA Complex ini membantu menguatkan kuku dan juga rambut serta menjadikan kulit lebih sihat dan berseri dan memperlahankan proses penuaan.  

ESP – mempunyai kandungan protein yang sihat untuk membantu menjadikan kulit muka menjadi cantik, halus, gebu dan berseri, membantu menghilangkan parut jerawat, serta menganjalkan kulit.

Cuba amalkan cara yang disarankan bagi mengatasi masalah jeragat yang timbul. Sekiranya amalan tersebut masih tidak berkesan, anda disyorkan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan selanjutnya. Jadi sekiranya anda mahu hasil yang baik maka anda perlu bertindak bagi mendapatkan wajah yang mulus dan sihat! Selamat mencuba!

Bagaimana cara untuk dapatkan produk ini, anda boleh membuat pembelian dengan menggunakan kad kredit di sini

Atau anda boleh hubungi saya secara terus di link di bawah. Terima kasih kerana membaca dan sudi menghubungi pihak kami. 

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
×
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah