Pencuci Muka Yang Berkesan Untuk Kulit Kering

Hari ni kita nak sharing tentang pencuci muka yang berkesan untuk kulit kering. Sebab saya pun jenis yang kulit kering. Kulit kering juga sensitif kerana mudah mengelupas dan cepat tercedera. Penting sangat untuk menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit.

Tanda-tanda Kulit Muka Kering ;

  • Kulit muka yang selalu mengelupas, kelebihannya tiada jerawat.
  • Tona kulit tidak sekata.
  • Terasa tidak selesa selepas mencuci muka menggunakan pencuci muka terutamanya pencuci yang banyak buih.
  • Terasa pedih apabila menggunakan toner.
  • Mudah wujud garisan halus di bahagian kulit muka.

 

Punca Kulit Muka Kering,

  • Punca kulit menjadi kering kebiasaannya disebabkan oleh ;
  • Salah guna pelembap untuk kulit kering.
  • Pencuci muka yang tidak sesuai dengan kulit muka yang kering.
  • Udara yang kering dan panas.
  • Mandi dengan menggunakan air panas.

 

Kesan Kulit Muka Kering ;

  • Kita akan rasa tidak selesa dan terasa tegang tetapi nyeri pada kulit.
  • Kulit muka akan kelihatan bertompok-tompok tidak sekata warna kulit kerana kesan pengelupasan.
  • Kulit cepat luka dan mudah merekah kulit. Bukan sahaja tidak cantik kelihatan tetapi sakit dan pedih.
  • Tidak yakin untuk tampil terutama  apabila berhadapan dengan orang ramai.
  • Masalah dengan pemilihan produk kosmetik yang sesuai dengan kulit muka terutamanya pencuci muka yang sesuai untuk kulit kering.

 

Cara Atasi Kulit Muka Kering ;

  • Pastikan anda menggunakan produk kecantikan yang sesuai dengan kulit muka anda. Jadi buat pilihan yang tepat dan sesuai.
  • Pastikan cara guna produk dengan betul mengikut teknik yang disarankan untuk keberkesanan yang maksimum. Disiplin penggunaan juga kena jaga untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik.
  • Selain itu, pemakanan pun kena jaga juga sebab untuk atasi kulit yang kering, nutrisi untuk kulit juga perlu. Macam mana sel-sel kulit nak tumbuh dengan sihat tanpa zat yang cukup. Kulit yang lengkap nutrisi akan sentiasa lembap dan berseri.
  • Amalkan gaya hidup sihat dengan minum air yang cukup dan senaman   seperti yang disarankan.
  • Elakkan stress juga kerana stress juga akan menyebabkan hormone yang tidak stabil serta mendatangkan kesan yang tidak baik kepada kulit.
  • Elakkan juga mandi dengan suhu air yang terlalu panas kerana selepas mandi atau mencuci muka, kulit akan menjadi terlalu kering dan merosakkan pH kulit anda.
Baca Juga :   Cabaran Ibu Menyusu dan Mengatasinya

Bagaimana Pencuci Muka Yang Sesuai Untuk Kulit Kering?

Luminous Gel Oil Cleanser

Pencuci Muka Yang Sesuai Untuk Kulit Kering
Pencuci Muka Yang Sesuai Untuk Kulit Kering

Kandungan

Vital Repair+® Complex, Muscadine Grape Extract, Exfoliating Green Algae Complex.

Terdapat 3-dalam-1 dengan pembersih tanpa sabun, pH yang seimbang kepada gabungan yang dipatenkan iaitu vitamin dan polyphenols serta pengelupasan alga untuk menggilap perlahan-lahan, membersihkan, dan menyediakan kulit anda. Ia akan membuatkan anda rasa menghadapi dunia dengan cahaya kerana dilahirkan dengan kulit baru yang lebih cantik.

Kesan penggunaan Set YOUTH sepenuhnya

 

Kesan Terbaik Penggunaan Pencuci Muka YOUTH
Kesan Terbaik Penggunaan Pencuci Muka YOUTH

Bagaimana anda ingin dapatkan pencuci muka yang sesuai untuk kulit kering ini? Anda boleh klik link di bawah untuk pembelian menggunakan kad kredit.

 

 

Bagi mendapatkan konsultasi secara percuma dan penerangan lebih lanjut tentang pencuci muka yang sesuai untuk kulit kering ini boleh berhubung di telegram atau whatapp seperti di bawah.

 

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257
Telegram : Azlinasss

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.