Cara Menjaga Kulit Muka Dengan 5 Langkah Mudah

Bagaimana   cara menjaga kulit muka dengan 5 langkah mudah? Anda mesti nak tahu kan cara-caranya. Saya pun suka nak share tentang cara menjaga kulit muka yang mudah ini kerana satu sebab kita tak cukup masa nak duduk depan cermin lama-lama dengan nak layan karenah anak-anak dan juga kerja rumah.

 

Cara Menjaga Kulit Muka Dengan 5 Langkah Mudah
Cara Menjaga Kulit Muka Dengan 5 Langkah Mudah

 

Cara Menjaga Kulit Muka Dengan 5 Langkah Mudah

 

  1. Pastikan produk penjagaan muka yang organic dan selamat

 

Dalam usaha menjaga kulit muka dengan mudah pun,  paling penting perlu memastikan produk penjagaan muka yang digunakan merupakan produk yang organik dan selamat. Jika mengandungi Hydroquinone, Paraben dan pelbagai lagi bahan yang meninggalkan kesan jangka masa panjang kepada kesihatan, ia tidak bagus juga kepada kesihatan kita. Jadi, penting pemilihan produk penjagaan muka yang organik dan selamat.

 

  1. Cuci muka pada masa yang sesuai

 

Bila dah ada produk yang bagus dan berkesan, boleh la mula langkah menjaga kulit muka dengan mudah ni. Anda kena cuci muka pada masa yang sesuai.  Anda cuci muka berapa kali sehari? Cuci muka ni macam gosok gigi, sekurang-kurangnya 2X sehari. Pertama, selepas bangun dari tidur. Mandi awal pagi dan cuci la muka masa tu. Kali kedua, sebelum tidur pada waktu malam. Mudah jer kan? Jika anda jenis yang kulit berminyak dan berjerawat, boleh cuci muka 3X sehari iaitu masa tengah hari untuk atasi kulit berminyak. Jika kulit anda jenis kering, cukup dengan 2X sahaja sehari. Anda jenis kulit yang macam mana?

 

  1. Pakai masker untuk kulit muka

 

Cara jaga kulit muka dengan mudah seterusnya ialah dengan pakai masker.  Masker pun ada banyak jenis di pasaran. Orang Korea berkulit cantik, salah satu penjagaan kulit mereka ialah menggunakan masker. Ada juga orang buat masker sendiri dengan blander buah-buahan dan sayur-sayuran seperti lobak, pisang, epal, timun, tomato dan banyak lagi. Terpulang kepada anda. Tapi, saya guna Vitamin C Shaklee je untuk buat masker. Sebiji, potong dua kemudian rendam dengan sedikit air.  Biar sekejap, dah hancur boleh lenyek dan sapu ke muka sampai rata. Tunggu sampai kering. Lepas tu basuh muka seperti biasa dengan air. Saya rasa wow sangat.

Baca Juga :   Harga Set Menyusu Shaklee Untuk Susu Berkualiti

 

  1. Gunakan pelembap muka yang sesuai

 

Nak jaga kulit muka dengan mudah pun kena ada pelembap juga tau. Kulit perlukan kelembapan yang sewajarnya terutamanya untuk kulit yang kering dan selalu mengelupas. Bagi kulit berjerawat, pastikan pelembap yang sesuai dengan kulit anda. Sebab tu dalam Set Kecantikan YOUTH ada pilihan pelembap untuk kulit kering dan juga kulit berminyak.

 

  1. Sapu moisturizer yang ada SPF

 

Penjagaan kulit muka yang mudah kelima ialah penggunaan Moisturizer yang mengandungi SPF. Moisturizer  yang mengandungi SPF ni penting untuk membantu melindungi kulit kita dari sinaran UV yang boleh merosakkan kulit wajah dengan sunburn, kulit kemerahan kepanasan dan jeragat jika selalu gerdedah dengan sinaran UV.

Tips ini sentiasa saya amalkan sepanjang hari walau pun sibuk dengan pelbagai tugas di pejabat dan tugas sebagai seorang ibu di rumah. Langkah-langkah di atas tu tidak ambil masa yang lama untuk penjagaan muka yang mudah dan selamat. Hasilnya, kita kan mendapat kulit muka yang cantik dan menarik. Seterusnya akan membantu meningkatkan keyakinan kita depan suami dan juga yakin untuk bekerja. Nak cakap betapa pentingnya menjaga kulit muka dengan mudah ni.

 

 

 

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257
Telegram : Azlinasss

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.