Cara Memutihkan Kulit Tangan dan Badan

Rasa ingin Nampak kulit putih berseri menjadi idaman ramai orang. Jadi nak lah share kat sini cara memutihkan kulit tangan dan badan dengan cara yang tidak mendatangkan kesan berbahaya kepada kesihatan malah akan mendatangkan kesihatan kepada fungsi tubuh badan juga.

cara memutihkan tangan dan badan
cara memutihkan tangan dan badan

Bagaimana Cara Memutihkan Kulit Tangan dan Badan?

Boleh ker kulit hitam bertukar menjadi putih? Ye, boleh dengan usaha yang berterusan dan tekal inginkan kulit tangan yang putih. Bagaimana caranya untuk memulihkan kulit tangan dan badan?

Kulit putih dan cantik boleh diusahakan dengan kaedah yang sihat dan perlu berterusan. Inginkan kulit yang cantik jadi perlu rajin berusaha untuk dapatkan kulit yang cantik. Formulanya rajin. Adakah anda rasa anda rajin untuk berusaha memutihkan kulit tangan dan badan? Caranya mudah dan senang sahaja dicapai kerana ia berada di sekeliling anda. Hanya memerlukan kerajinan dan usaha untuk membuatnya.

Sentiasa memakai masker kulit

Masker kulit ni boleh dibuat dengan menggunakan bahan-bahan disekeliling anda seperti buah limau nipis, buah limau kasturi, atau limau purut, buah apel, atau apa-apa jenis buah yang senang untuk anda perolehi. Kisar buah-buahan tersebut dan campur dengan madu. Kemudian anda boleh melulurkan ke seluruhan badan anda sehingga 20 minit dan bilas dengan air biasa. Ia harus dilakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Gunakan sabun mandi

Setiap kali mandi, pastikan anda memakai sabun mandi untuk membersihkan badan. Pastikan juga jenis sabun mandi yang sesuai dengan kulit anda dan pH yang sesuai dengan jenis kulit. Sabun yang tidak sesuai akan menimbulkan kesan seperti gatal pada kulit dan kesan alergik yang lain.

Losyen badan

Losyen badan juga sangat penting dalam usaha untuk memutihkan kulit tangan dan badan. Ini kerana kulit tangan banyak terdedah kepada sinar UV yang boleh menyebabkan kulit tangan kelihatan lebih gelap berbanding kulit bahagian badan yang lain dan juga kulit muka sekiranya anda memakai moisturizer yang mengandungi SPF di kulit muka. Tapi tangan anda tiada apa-apa perlindungan. Kulit tangan dan badan anda juga memerlukan perlindungan seperti losyen yang mengandungi SPF. Losyen juga perlu dipilih mengikut kesesuaian dengan kulit anda dan pastikan tiada bahan berbahaya kepada kesihatan anda seperti produk yang mengandungi paraben, dan bahan-bahan yang boleh memudaratkan kesihatan kulit dalam jangka masa yang panjang.

Baca Juga :   Set Kesuburan Terbaik Membantu Cepat Hamil

Sental kulit tangan dan badan

Sental kulit tangan dan badan ini setiap kali mandi. Biasanya semasa kita beraktiviti dan bekerja, kita mengalami perpeluhan dan juga berlaku sel-sel kulit mati. Jadi, setiap kali mandi perlunya kita menyental kulit tangan dan seluruh bahagian badan untuk mengeluarkan sel kulit mati yang mana dipanggil juga sebagai daki. Kemudian, bersihkan dengan air biasa anda mandi.

Sumber nutrisi yang lengkap

Pemakanan juga membantu untuk mendapatkan kulit tangan dan badan yang putih, gebu dan sihat. Sihat yang paling penting sebenarnhya. Cuma orang cakap klu kulit putih ni cantik. Cantik tu subjektif sebenarnya. Apapun saya nak kongsi yang nutrisi  atau pemakanan juga membantu untuk dapatklan kulit putih. Kalau tak percaya cuba tanya atau interview artis-artis, macam mana kulit mereka boleh jadi cantik. Namun, perkara yang paling penting untuk cantik, biarlah cantik secara sihat dan menggunakan produk yang tidak ada kesan berbahaya kepada kesihatan seperti Vitamin C Shaklee, ESP, Vitamin E, GLA dan B Complex. Semua nutrisi ini dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan kulit jika diamalkan berterusan disamping penjagaan luaran juga.

Bagaimana cara untuk mendapatkan Sustained Release Vita C Shaklee, Vita E,  ESP, GLA dan B Complex Shaklee?

Untuk pembelian secara online dan menggunakan kad kredit, anda boleh klik gambar di bawah

 

Sekiranya anda ingin dapatkan konsultasi dan pembelian dengan kami, boleh berhubung dengan klik link di bawah.

 

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257
Telegram : Azlinasss

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.