Ibu

Tips Penjagaan Wajah Yang Betul dan Berkesan

Mencuci muka perkara yang mudah. Apapun tanpa tips penjagaan yang betul dan berkesan anda tidak akan mendapatkan hasil seperti yang diharapkan. Anda boleh letak air pada muka, letak pencuci muka, urut dan bilas. Tetapi untuk mendapatkan kesan yang maksimum, kita perlu ikuti tips penjagaan wajah yang betul dan berkesan ini.

tips penjagaan wajah yang betul dan berkesan

tips penjagaan wajah yang betul dan berkesan

Tips 1: Cuci muka anda sebelum tidur

Mencuci muka pada waktu malam adalah perkara yang penting untuk menjaga kesihatan kulit wajah terutamanya jika anda memakai alat solek pada waktu siang. Pada waktu siang, kulit kita terdedah dengan kotoron alam sekitar seperti asap, habuk dan debu yang melekat di kulit muka. Jika ia tidak dibersihkan, boleh menyebabkan kerengsaan kulit, keradangan dan timbulnya jerawat.

Tips 2: Ponteng Mencuci Muka Pada awal Pagi

Kebiasaannya pada awal pagi, nak cepat ke tempat kerja dan meneruskan aktiviti harian yang lain, kita melangkau aktiviti mencuci muka di awal pagi. Padahal, ia membantu kulit anda sihat kerana bersih dari kuman yang mungkin hinggap di muka anda semasa anda tidur sama ada dari bantal dan tilam anda, rambut anda atau air liur basi anda sendiri. Walaupun anda mencuci muka dengan cepat, ia membantu kulit anda bersih dan segar dari awal pagi.

Tips 3: Menggunakan air yang bersuhu tinggi semasa mencuci muka

Pada awal pagi, jika anda mandi menggunakan air panas, ia tidak sesuai digunakan untuk anda mencuci muka kerana kulit muka adalah kulit yang sensitif. Suhu yang melampau, seperti pancuran mandian air panas boleh menyebabkan gangguan saluran darah dan kerosakan tisu halus. Di samping itu, air panas secara semulajadi menghalang minyak di kulit yang membantu mengekalkan keanjalan kulit. Ini menyebabkan kulit anda akan kering dengan lebih cepat dan menjadi lebih gatal dan tidak stabil sepanjang masa. Sebaliknya, gunakan air suam untuk mencuci muka anda.

Tips 4: Menggunakan pembersih wajah anda untuk membuang solekan

Anda mungkin tahu bahawa tidur tanpa mencuci solekan akan menyebabkan jerawat dan masalah kulit muka yang lain. Perkara yang perlu anda ambil perhatian serius ialah, pastikan jenis alat solek yang anda pakai. Jika alat solek jenis kalis air, cuci dulu dengan teliti menggunakan Pencuci Solekan berasaskan minyak. Kemudian, cuci muka dengan pencuci muka seperti biasa.

Tips 5: Menggunakan kain tuala atau tisu yang sama untuk lap muka

Selepas mencuci muka dari alat make up, anda lap muka dengan tuala muka. Kemudian, selepas mencuci muka dengan pencuci muka, anda lap muka dengan menggunakan kain tuala yang sama. Kain jika ditelakkan di dalam suhu bilik pula, kita tidak sedar pertumbuhan kulat dan bakteria. Oleh sebab itu, kain lap muka perlu berbeza dengan kain lap badan dan perlu ditukar setiap masa. Pakar-pakar mengatakan bahawa menggunakan semula tuala sama berulang-ulang kali menyebarkan lebih banyak bakteria dan acuan ke muka anda

Tips 6: Menggunakan pencuci muka yang tidak sesuai dengan jenis kulit

Pemilihan pencuci muka yang tidak sesuai dengan jenis kulit juga akan menimbulkan kesan yang tidak baik untuk kulit atau tiada kesan yang anda harapkan. Terdapat banyak produk pencuci muka yang ada di pasaran, tetapi tidak semua sesuai dengan kulit muka anda. Jika anda mempunyai kulit jenis berminyak dan berjerawat, anda sesuai menggunakan pencuci muka berbuih atau berasaskan Asid Sasilik untuk mengeluarkan minyak berlebihan dan kotoran. Sebaliknya, jika kulit anda jenis yang kering, guna pencuci muka yang membantu kelembapan kulit anda dan mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari.

Tips 7: Menggunakan sabun mandi untuk mencuci muka

Jika anda rasa anda cukup bertuah kerana tidak mempunyai kulit yang sensitif, anda hanya menggunakan sabun mandi untuk mencuci muka anda. Sabun mandi ketulan ini boleh menyebabkan keradangan kulit dan merah kesan daripada saluran darah pecah. Oleh sebab itu, disarankan supaya anda menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan pH kulit muka anda. Sebaiknya cari pencuci muka organic untuk menjamin kulit lembut dan sihat dan selamat digunakan dua kali sehari sekurang-kurangnya.

Tips 8: Jenis kain yang digunakan untuk lap muka

Kain yang digunakan juga perlu dipastikan jenis kain yang sesuai atau pun tidak. Contohnya jenis kain yang lembut dan mudah menyerap air.

Tips 9: Menyapu muka anda dengan tuala mandi

Apabila selesai mandi, anda menggunakan tuala mandi untuk menyapu badan dan juga muka anda. Tanpa anda sedari, anda menyebarkan bacteria dari badan ke bahagian muka. Saranan supaya anda menggunakan kain tuala badan dan lap muka adalah kain yang berbeza.

Tips 10: Menyental dan mencuci muka berbuih terlalu lama

Tempoh masa anda mencuci muka dan cara anda mencuci muka juga perlu diambil kira. Tempoh 20 hingga 30 saat sudah mencukupi untuk kesan yang positif kepada kulit muka anda. Terlebih mencuci boleh menyebabkan pengelupasan kulit muka, kulit menjadi merah dan pedih.  Pakar dermatologi mengesyorkan supaya mencuci muka menggunakan air suam, menggunakan hujung jari untuk memijat kulit muka menggunakan pencuci muka dengan pergerakan membulat. Dalam masa yang sama, pastikan mencuci di bahagian zon T dan zon U kerana kebiasaan bahagian ini orang cenderung mengabaikan pembersihannya. Kemudian, bilas dan lap muka sehingga kering menggunakan tuala yang lembut dan bersih.

Tips 11: Menggunakan Scrub muka lebih daripada sekali seminggu

Scrub muka penting untuk membantu membuang sel-sel mati yang berkumpul di permukaan kulit. Namun, terlebih scrub boleh menyebabkan permukaan kulit menjadi radang dan rengsa. Jadi, dicadangkan scrub kulit muka cukup sekali seminggu sahaja.

Tips 12: Kerap mencuci muka

Cadangan untuk mencuci muka dua kali sehari iaitu pagi dan malam, kecuali jika melakukan aktiviti fizikal atau kerja berat seperti senaman yang menyebabkan perpeluhan yang berlebihan. Mencuci muka anda lebih dari dua kali sehari untuk membuang kuman bukanlah satu keperluan yang sebenar bagi individu, kecuali mereka terdedah kepada jangkitan atau kulit bermasalah. Pencucian yang berlebihan akan menyebabkan kulit kering atau penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kerana bergantung kepada jenis kulit. Jika anda tidak memakai alat solek yang tebal, bersenam atau menggunakan pelindung matahari yang berat, anda disarankan untuk mencuci muka dua kali sehari.

Tips 13: Mencuci muka selepas menggunakan Mask

Mask atau topeng muka yang anda gunakan telah memberi arahan supaya anda mencuci muka sebelum menggunakan mask tersebut. Ini kerana rawatan mask memerlukan kulit muka yang bersih sepenuhnya supaya bahan-bahan dalam mask merawat kulit muka dengan baik. Oleh yang demikian, biarkan kulit anda mendapat penghidaratan dan manfaat daripada bahan mask tersebut.

Tips 14: Penyalahgunaan toner

Ada antara kita yang menganggap toner adalah agen untuk pembersihan seperti pencuci muka. Toner digunakan selepas mencuci muka untuk membuang sel kulit mati yang mengelupas, menghidrat dan menyuburkan untuk kulit yang lebih sihat dan bersinar.

Tips 15: Tidak menggunakan pelembab selepas mencuci muka

Selepas mencuci muka, anda disarankan untuk menggunakan pelembap. Ini kerana, pelembap berfungsi untuk membaiki sel-sel permukaan kulit muka supaya tidak mengalami dehidrasi. Pelembab mengandungi bahan-bahan utama yang menjaga atau melindungi kulit anda, memastikan permukaan kulit yang bersih dan tidak terhidrat. Pada waktu siang, pastikan pelembap yang anda ambil mengandungi SPF supaya melindungi kulit dari sinaran cahaya matahari. Ini kerana pantulan sinaran cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit atau pun kulit yang tidak sihat seperti timbulnya jeragat.

Jika anda inginkan pencuci muka yang terbaik, boleh berhubung dengan saya untuk konsultasi penjagaan kulit yang lebih sihat dan sempurna.

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh