Tips Kulit Licin dan Cantik

Ramai yang impikan kulit yang licin dan cantik, perkongsian di sini tentang tips kulit licin dan cantik. Terdapat banyak faktor yang melibatkan kesihatan kulit seperti faktor penuaan, stress, sinaran cahaya matahari, pencemaran udara, kekurangan zat dan juga dehidrasi.

 

Faktor-faktor ini yang menyebabkan terjadinya masalah kulit seperti kedutan, bintik-bintik, garisan halus, jeragat, kering, mengelupas dan tidak anjal. Masa peringkat pra menopaus dan semasa menopaus sangat menggangu kesihatan kulit dalam kalangan wanita kerana gangguan hormon yang dialami pada peringkat ini. Tips kulit licin dan cantik boleh kita aplikasikan seperti di bawah :

 

set kulit licin dan cantik
set kulit licin dan cantik

Tips Kulit Licin dan Cantik

Memperbaiki struktur kulit dari dalam

 

Bagaimana cara untuk kita memperbaiki struktur kulit dari dalam dengan menambah kekurangan yang menjadi keperluan kulit untuk sentiasa sihat, licin dan cantik. Apabila penuaan bertambah, badan akan kekurangan kolagen dan akan timbul pelbagai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi organ yang lain juga. Oleh sebab itu, penting untuk individu yang rasa kekurangan sesuatu dengan kesihatan kulit mengambil kolagen dan makanan yang tinggi kandungan asid lemak Omega 3 dalam diet harian. Air masak juga perlu diminum secukupnya mengikut keperluan tubuh badan.

 

Membuat perubahan dengan gaya hidup untuk kesihatan kulit yang lebih baik

 

Memastikan masa anda tidur adalah masa tidur yang cukup serta tidur yang berkualiti. Tidur yang cukup dan berkualiti membantu kefungsian badan meningkatkan kesihatan kulit yang cantik. Begitu juga dengan aktiviti fizikal yang sihat seperti senaman yang mampu meningkatkan kestabilan hormon, menghalang kerosakan sel-sel kulit dan keradangan pada kulit. Sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

 

Penjagaan pembersihan kulit

Baca Juga :   Tanda-Tanda Hamil Anak Perempuan

 

Cuci kulit anda secara berkala dan menggunakan produk yang sesuai untuk membangunkan kulit yang sihat. Terlalu kerap membersih juga tidak sesuai untuk kulit kerana boleh menyebabkan pengeluaran minyak yang berlebihan dan seterusnya ada kesan seperti jerawat pada belakang, dada, leher, dan juga muka. Oleh sebab itu, bersihkan kulit sebanyak dua kali sahaja sehari dan pastikan menggunakan produk yang sesuai dan selamat untuk kulit anda. Jika anda memakai alat solek, pastikan ia dibersihkan sebaiknya.

 

Penjagaan kulit bibir

 

Jika kulit bibir anda jenis yang kering, pecah-pecah, dan sentisif, anda digalakkan untuk memberus gigi perlahan-lahan dan menggunakan air suam untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Jika terdapat kulit bibir yang mengelupas, jangan ditarik atau dikupas kerana dikhuatiri luka pada kulit bibir dan sakit. Pastikan pakai pelembap bibir yang sesuai sebagai intensif rawatan kepada kulit bibir. Jika anda memilih memakai gincu juga, pastikan gincu yang sesuai dengan kulit bibir anda. Sebelum memakai gincu, pakai pelembap bibir terlebih dahulu.

 

Menjaga kulit tangan dan kaki dengan vitamin dan antioksidan

Penjagaan yang khusus untuk kulit tangan dan kaki juga perlu kerana bahagian badan yang paling banyak bergerak setiap hari. Anda perlu menggunakan krim atau losyen yang tinggi antioksidan yang mengandungi vitamin A, C dan E, minyak kelapa, mentega shea untuk memberi perlindungan kawasan kulit tangan dan kaki yang mungkin kasar. Selain pengunaan krim dan losyen yang tinggi vitamin, makanan yang tinggi kandungan antioksidan juga penting untuk menjaga kesihatan kulit tangan dan kaki yang licin dan cantik sepanjang masa.

 

Melindungi kulit dari sinaran cahaya matahari dengan moisturizer

Baca Juga :   Harga Set Kulit Cantik Shaklee Terbaik Masa Kini

 

Kulit memerlukan krim perlindungan dari sinaran cahaya matahari supaya menghalang sianaran dari terus terkena lapisan kulit yang boleh menyebabkan kulit gelap, bintik-bintik coklat pada kulit, dan kerosakan pada tekstur kulit.  Pastikan moisturizer yang diambil mengandungi SPF.

 

Dapatkan rawatan kulit di SPA

 

Kulit juga memerlukan rawatan khusus untuk menjamin kesihatan dan keanjalannya. Bagi masa untuk kulit bernafas dan rehat serta mendapatkan rawatan seperti scrub dan mandi herba untuk membuang sel-sel kulit mati yang ada di seluruh badan dan memberi ruang kepada kulit untuk membina sel baru dan akan Nampak lebih licin dan cantik.

 

Jika anda memerlukan konsultasi untuk set kulit licin dan cantik atau produk selamat untuk kulit cantik boleh berhubung dengan saya seperti di bawah.

 

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by