Menu Makanan Berpantang Bersalin Pembedahan atau Czer

Perkongsian kali ni tentang menu makanan berpantang bersalin pembedahan atau czer yang mana sebagai persediaan kepada bakal ibu yang akan bersalin dan juga sedang berpantang bagi menjalani hari-hari berpantang dengan tenang dan selesa walaupun sedang sakit bersalin secara pembedahan atau czer. Bukan sahaja membantu ibu yang sedang berpantang tetapi memudahkan suami yang sedang menjaga isteri sedang bersalin pembedahan atau czer untuk menyediakan menu yang terbaik untuk isteri tersayang.

 

Menu Makanan Berpantang Bersalin Pembedahan atau Czer
Menu Makanan Berpantang Bersalin Pembedahan atau Czer

Antara menu makanan berpantang bersalin pembedahan atau czer ialah :

Ikan Gelama Steam

Bahan :

Ikan gelama – 1 ekor

Sedikit garam

Halia – 3 hiris

Bawang putih – 1 ulas

Tomato – 1 biji

Daun sup dan daun bawang – secukupnya

Cara-caranya :

Lumurkan garam pada ikan gelama yang telah dibersihkan dan diletakkan di dalam bekas steam. Masukkan halia, bawang putih, dan tomato dan daun sup serta daun bawang yang telah dihiris. Masak steam sehingga ikan masak. Boleh dihidangkan kepada ibu yang sedang berpantang bersama dengan nasi panas dan lembut.

  • Ikan boleh ditukar dengan ikan yang boleh dimakan oleh ibu semasa berpantang seperti ikan tenggiri, ikan haruan, ikan selar, ikan kerisi, ikan senangin, ikan jenahak atau ikan putih, ikan kerongan ( ikan jaket) dan ikan kembung bergantung pada penerimaan individu sebab ada orang sesuai dan ada orang rasa gatal dan tidak sesuai.

Ikan Tenggiri Bakar Lada Hitam

Bahan-bahan :

2 keping Ikan Tenggiri

Garam – secukup rasa

Halia – 2 hiris

Bawang putih – 1 ulas

Lada hitam – 5 biji

Cara-cara :

Garam ditumbuk bersama dengan halia, bawang putih dan lada hitam.  Kemudian dilumurkan pada ikan tenggiri, kemudian panggang ikan tenggiri sehingga masak dan boleh dihidangkan kepada ibu yang sedang bersalin dengan nasi panas dan juga ulam atau kuah sup ayam.

Baca Juga :   ESP Mixed Soy Protein Shaklee

 

Sup Ayam

Bahan-bahan :

Dada ayam – 1 keping dipotong dadu atau kecil-kecil

Air  – 3 cawan

Halia –  2 hiris

Bawang putih – 1 ulas

Lada hitam – 5 biji

Cara-cara :

Ayam yang telah dipotong direbus dengan air. Kemudian, masukkan halia, bawang putih dan lada hitam yang telah diketuk serta garam secukupnya. Sebelum dihidangkan, boleh masukkan hirisan daun sup dan daun bawang untuk meningkatkan rasa dan aroma sup. Hidangkan dengan nasi dan ulam pegaga.

 

Masak Sup Sayur Peria

Bahan-bahan :

Peria kecil – 3 biji ( jika besar separuh sahaja)

Air – 1 cawan

Bawang merah – 1 ulas

Bawang putih – 1 ulas

Lada hitam – 5 biji

Garam – secukup rasa

Cara-cara :

Air direbus bersama dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam yang telah ditumbuk. Setelah air mendidih, masukkan peria yang telah dihiris kecil-kecil bersama dengan garam secukup rasa.

 

Ayam/ Daging Bakar Lada Hitam

Bahan-bahan :

Ayam – 1 ketul dada

Garam – secukup rasa

Kunyit hidup – 1 cm

Bawang putih – 1 ulas

Lada hitam – 5 biji

Cara-cara :

Semua bahan ditumbuk kecuali ayam, selepas itu dilumurkan pada daging ayam dan dibakar sehingga masak. Kemudian, dihidangkan dengan nasi yang baru masak.

Zat Keperluan Ibu Berpantang Pembedahan atau Czer

menu makanan berpantang
menu makanan berpantang

Ibu yang sedang berpantang bersalin secara normal atau pembedahan memerlukan nutrisi atau zat yang lengkap untuk menjamin proses penyembuhan kesan bersalin pulih sepenuhnya dan membekalkan tenaga kepada ibu supaya menjalani hari-hari berpantang dengan perasaan yang gembira dan seronok bersama bayinya yang comel.

Selain dari menu makanan di atas yang boleh membantu ibu-ibu melengkapkan nutrisi mereka untuk membantu proses pemulihan terutamanya bersalin secara pembedahan dengan set bersalin shaklee.

Baca Juga :   Panduan Pilih Pam Susu

OsteMatrix

Ostematrik membantu ibu berpantang dengan kandungan kalsium, magnesium serta vitamin D.  Vitamin D membantu menyerap kalsium dan magnesium dengan baik di dalam darah. Pengambilan OsteMatrix ini membantu ibu berpantang mengatasi masalah sembelit serta mengatasi rasa sakit gigi serta membantu tulang menjadi lebih kuat.

Vitamin C

menu makanan dalam pantang
menu makanan dalam pantang

Vitamin C membantu memulihkan luka ibu yang sedang bersalin terutamanya bersalin secara pembedahan. Vitamin C ini tinggi kandungan antioksida dan membantu meningkatkan sistem imunisasi ibu. Selain itu, membantu meningkatkan pengeluaran air susu ibu.

ESP – Energizing Soy Protein

ESP mampu memberi nutrisi kepada ibu berpantang dengan 20 jenis asid amino yang sangat membantu ibu berpantang dalam usaha memulihkan luka dengan pembinaan sel-sel baru. Selain itu, ESP membantu ibu dalam meningkatkan tenaga dan mengatasi rasa penat dan lesu semasa berpantang.

 Vitamin B Complex

Vitamin B Complex membantu meningkatkan tenaga ibu dan juga mengatasi masalah stress.

Vitalea

Vitalea mempunyai 12 jenis kandungan vitamin dan 7 jenis mineral yang lengkap untuk tubuh ibu mendapatkan nutrisi yang lengkap untuk membantu memulihkan tenaga dan mempercepatkan proses penyembuhan luka dan tenaga yang hilang. Nutrisi yang lengkap ini juga membantu meningkatkan jumlah air susu ibu dan untuk membekalkan nutrisi yang lengkap kepada bayi yang mana air susu berkualiti sangat membantu bayi dalam mengurangkan kuning bayi.

Alfalfa Complex

Membantu menambah susu ibu dan mencuci rahim ibu yang sedang berpantang walaupun berpantang secara pembedahan.

Testimoni Pengguna Makanan Berpantang Pembedahan atau Czer

 

luka cepat sembuh dengan set berpantang shaklee
luka cepat sembuh dengan set berpantang shaklee

 

susu banyak
susu banyak

 

bayi kenyang minum susu ibu
bayi kenyang minum susu ibu

Untuk konsultasi yang lebih lanjut boleh berhubung dengan klik no telefon di bawah.

 

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by