Harga Set Bersalin atau Set Berpantang Shaklee Terkini 2019

Tengah cari set bersalin atau tengah google set berpantang Shaklee? Saya nak share dengan anda tentang kelebihan atau  manfaat serta harga set bersalin atau set berpantang shaklee yang terkini 2019 serta apa yang ada dalam set bersalin atau set berpantang Shaklee.

set bersalin shaklee terkini 2018
set bersalin shaklee terkini 2019

Set Bersalin atau Set Berpantang Shaklee

Saya senaraikan produk yang ada dalam set ini mengikut keutamaan ialah :

  1. Sustained Release Vita-C Plus
  2. OsteMatrix
  3. Vita Lea Iron Formula
  4. B-Complex
  5. ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour
  6. OmegaGuard
  7. Alfalfa Complex

Set Bersalin atau Set Berpantang Shaklee yang disenaraikan di atas mempunyai banyak manfaat dan kelebihan untuk ibu selepas bersalin. Antara kelebihan set ini untuk ibu selepas bersalin dan melalui hari-hari berpantang ialah :

Sustained Release Vita-C Plus

Vita-C Shaklee sebiji mempunyai khasiat 7 biji buah oren. Vita-C ini berfungsi untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka selepas bersalin seperti luka jahitan luaran dan luka rahim bahagian dalaman. Selain itu, Vita-C membantu dari segi ketahanan badan kita supaya dapat mengelakkan dari terkena flu dan demam selepas bersalin. Ia juga sangat menyumbang ke arah kecantikan kulit kerana ia berfungsi membentuk kolagen dari dalam.

OsteMatrix

OsteMatrix mempunyai kandungan kalsium yang tinggi yang mana sangat penting kepada ibu untuk menambah kandungan kalsium yang banyak hilang semasa mengandung. Ia juga dapat membantu meningkatkan kualiti susu ibu dan memperbanyakkan susu ibu dalam usaha untuk membantu bayi Jaundis. Selain itu, OsteMatrix boleh membantu memulihkan saraf dan otot yang sakit selepas proses meneran bayi. Seterusnya ibu juga akan rasa lebih lega, tenang serta kualiti tidur yang baik selepas mengambil Ostematrik, apalagi jika diambil bersama dengan Vitamin B Complex. Perkara yang paling saya suka dengan Ostematrik jika diambil semasa berpantang ialah membantu masalah sembelit kerana ia adalah salah satu masalah sangat menakutkan bagi ibu selepas bersalin tertutamanya yang mempunyai banyak luka episotomi.

Baca Juga :   Fungsi OsteMatrix Shaklee

Vita Lea Iron Formula

Vita Lea Iron Formula ini adalah multivitamin yang mana mengandungi banyak kandungan zat iaitu 23 jenis vitamin dan mineral penting. Vita Lea Iron Formula dapat membekalkan zat dan nutrisi penting yang diperlukan dalam badan ibu untuk menampung keperluan yang tidak boleh dipenuhi dari makanan, terutamanya ibu-ibu yang mengamalkan pantang makanan sepenuhnya. Kandungan zat besi boleh membantu menggantikan darah yang banyak hilang semasa bersalin dan semasa tempoh berpantang dengan darah nifas. Kekurangan zat ini boleh menyebabkan ibu rasa tidak bermaya, penat, dan tiada semangat.

B-Complex

B-Complex boleh membantu meningkatkan tenaga ibu dengan baik sepanjang hari bersama dengan bayinya kerana vitamin B berfungsi menukarkan makanan dalam badan menjadi tenaga. Ia boleh membantu mengatasi tekanan perasaan atau stress ibu yang sedang berpantang. Stress semasa berpantang bahaya untuk ibu berpantang yang ‘mana boleh menyebabkan meroyan. Vitamin B juga berfungsi untuk membantu kendalikan sistem saraf, mencegah kerosakan sistem saraf dan memulihkan gangguan saraf.

ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour

ESP mengandungi protein yang tinggi yang mana boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka selepas bersalin. Selain itu, ESP boleh mengenyangkan dan memberi tenaga serta memulihkan tenaga setelah ibu banyak kehilangan tenaga. Kandungan protein yang tinggi dalam ESP mampu membantu memekatkan kandungan air susu ibu dan memperbanyakkan susu ibu. Pengambilan yang berterusan dapat membantu membina sel-sel baru dalam badan dan seterusnya membantu menyeimbangkan hormon dalam badan.

OmegaGuard

OmegaGuard boleh membantu ibu berpantang dengan membekalkan kandungan Omega 3 kepada badan dan meningkatkan kesihatan ibu dan bayi, terutamanya bayi yang menyusu dengan susu ibu. Minda anak juga cepat berkembang dengan DHA yang ada dalam OmegaGuard. Selain itu, membantu ibu menguruskan badan dalam masa yang sama dapat menyusu bayi dengan nutrisi yang lengkap untuk bayi.

Baca Juga :   Manfaat Berpantang

Alfalfa Complex

Alfalfa Complex boleh dianggap sebagai jamu moden kerana ia membantu ibu dalam pantang dengan melegakan sakit badan selepas bersalin, membuang angin dalam badan,  melegakan masalah sembelit semasa berpantang, dan juga boleh meningkatkan jumlah air susu ibu.

Harga Set Bersalin atau Set Berpantang Shaklee 

Harga set bersalin atau set berpantang shaklee mengikut citarasa pilihan pengguna dan berdasarkan kemampuan boleh guna pengguna dengan produk ini. Semoga ia dapat membantu anda membuat pilihan berdasarkan keperluan dan kemampuan. Dengan harapan ibu sentiasa sihat dan cergas walaupun selepas bersalin.

harga set bersalin shaklee basic terkini 2018
harga set bersalin shaklee basic terkini 2019
arga set berpantang shaklee terkini 2018
harga set berpantang shaklee terkini 2019
harga set bersalin shaklee premium terkini 2018
harga set bersalin shaklee premium terkini                                             2019

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by