Cara Membuat Tubuh Berisi Dengan Sihat

Ramai orang ingin kuruskan badan, namun tidak kurang juga yang ingin tahu cara membuat tubuh berisi serta gemuk dengan sihat dan kadar yang sepatutnya untuk memaksimumkan tahap kecantikan dan kesihatan. Jika terlalu kurus juga, kurang daya tarikan tidak kira sama ada lelaki mahupun wanita.

meningkatkan badan berisi
meningkatkan badan berisi

Bagaimana Membuat Tubuh Berisi Dengan Sihat

Makan Lebih

Makan lebih ialah makan dengan kadar tinggi jumlah kalori berbanding jumlah kalori yang digunakan dalam setiap menu harian. Ia bukan bergantung kepada anda rasa bahawa anda telah mengambil jumlah makanan yang banyak, tetapi ia bergantung kepada jumlah kalori makanan yang anda ambil dan tidak digunakan. Ini kerana lebihan kalori dalam badan yang akan membentuk lapisan lemak di bawah kulit. Seterusnya akan membantu anda membuat tubuh anda kelihatan berisi dan gemuk dengan comel.

Kesilapan Dalam Usaha Meningkatkan Berat Badan

Orang kurus biasanya rasa mereka boleh makan apa sahaja makanan, tanpa disedari mereka mengambil makanan ringan yang mengenyangkan mereka namun, ia tidak membantu dalam usaha meningkatkan berat badan. Hakikat dan realitinya orang berbadan kurus tidak makan dengan kadar yang banyak berbanding dengan  orang yang berbadan besar.

Begitu juga dengan tahap selera makan yang sangat rendah.  Selera makan perlu ditingkatkan untuk membantu pengambilan jumlah makanan yang banyak. Perbezaan yang ketara anda yang kurus dengan orang yang badan mereka berisi ialah gaya pemakanan anda yang sangat berbeza.

Percaya bahawa badan anda juga mampu berisi seperti orang lain. Kepercayaan bahawa anda tidak mampu berisi seperti orang lain kerana kadar metabolisme badan anda yang tinggi. Kepercayaan baru yang harus anda percaya dan faham ialah  makan lebih banyak berbanding dengan pengunaan kalori supaya jumlah kalori yang lebih masih dapat disimpan di dalam badan. Anda akan mendapat berat badan yang diimpikan.

Baca Juga :   5 Kaedah Memupuk Anak Soleh dan Solehah

Cara Makan Meningkatkan Berat Badan

Makan lebih banyak. Makan lebih banyak kalori daripada keperluan kalori dalam badan anda. Berapa banyak bergantung pada tahap metabolisme dan aktiviti anda. Tetapi jika anda tidak berjaya mendapat berat badan impikan, kalori anda belum cukup atau dengan kata lain  anda tidak cukup mengambil jumlah makanan.

Saranan pemakanan ialah bangun lebih awal, mesti mengambil makanan untuk sarapan pagi, dan makan 3-4 kali sehari.

Makan makanan yang tinggi kalori seperti daging.

Makanan tinggi karbohidrat dan lemak dalam setiap hidangan.

Makan lebih protein kerana otot anda memerlukan protein untuk membina sel otot anda bertambah besar lebih-lebih lagi selepas anda melakukan senaman. Antara makanan yang tinggi protein seperti daging, ayam, ikan, telur.

Setiasa konsisten dengan amalan pemakanan anda yang tinggi kalori tersebut. Mungkin permulaan anda boleh mengambil 500kcal / hari tambahan supaya badan anda mempunyai masa untuk membiasakan diri untuk makan lebih banyak makanan, kemudian baru ditambah menjadi 1000kcal / hari dan hingga 1500kcal dalam masa tiga hari yang akan datang.

Sukar untuk makan kalori setiap hari pada awalnya. Tetapi perut anda akan meregang apabila anda makan lebih banyak makanan. Dalam masa dua minggu, anda akan mempunyai masa yang lebih mudah untuk memakan kalori yang berlebihan. Anda sebenarnya akan menjadi lebih lapar sentiasa. Tetapi minggu pertama biasanya yang paling sukar. Anda mungkin rasa tidak perlu makanan yang banyak selain kebiasaan anda amalkan.

Makanan tambahan yang boleh anda amalkan dengan mengambil Meal Shake, vitamin B dan vitamin C.

Pantau Perkembangan

Anda perlu memantau dan melihat perkembagan berat badan anda setiap minggu. Sebaik-baiknya ia dilakukan setiap minggu selepas anda bangun tidur dan membuang air. Kesilapan sekiranya anda mengukur berat badan anda setiap hari kerana ia akan mengelirukan anda dengan perubahan yang tidak statik setiap masa.

Baca Juga :   Set Penjagaan Kulit Cantik dan Selamat : Youth

Tetapkan matlamat kenaikan berat badan yang anda inginkan dalam masa seminggu. Misalnya peningkatan sebanyak 0.5 kg dalam masa seminggu. Sekiranya belum berjaya, anda pperlu teruskan dengan jumlah kalori yang sama untuk minggu yang seterusnya. Ulangi sehingga anda mendapat berat badan yang telah anda tetapkan.

Karbohidrat dan lemak penting untuk mendapatkan berat badan. Apa yang paling penting ialah anda makan lebih banyak kalori daripada kalori yang digunakan badan anda.  Kandungan protein sangat penting untuk membina otot.

Jangan membuat kesilapan mengelakkan karbohidrat atau lemak kerana anda takut mendapatkan lemak. Karbohidrat dan lemak mempunyai lebih banyak kalori berbanding  protein. Jika anda mengelakkannya, anda membuatnya lebih keras dan lebih mahal untuk menaikkan berat badan. Kebanyakan orang tidak boleh mendapat otot dan berat badan tanpa lemak.

Meningkatkan cara makan anda dengan bangun awal dan makan sarapan pagi. Ramai orang kurus makan apa-apa je untuk sarapan pagi, makan nasi pada tengah hari, kemudian pizza, roti atau biskut untuk makan malam. Waktu makan mereka kurang daripada 10 jam. Itulah sebabnya mereka tidak dapat menaikkan berat badan – hanya dua kali makan dengan kalori sifar sebelum tengah hari.

Anda memerlukan lapan jam masa untuk  tidur. Baki  masa yang tinggal ialah 16 jam untuk makan. Lebih mudah untuk mendapatkan berat badan jika anda menggunakan masa makan dalam tempoh 16 jam dengan kalori yang tinggi.   Berikut adalah contoh pelan makan untuk meningkatkan  berat badan :

Sarapan pagi pada jam 7.00 pagi – Nasi, gandum, kismis, yoghurt, atau susu

Minum pagi pukul 10.00 pagi – Kekacangan campuran, pisang, biskut atau kuih

Makan tengah hari pada pukul 1.00 tenghari – Nasi, ayam, pasta, sayur dan buah-buahan

Baca Juga :   Hidup Sihat Tanpa Rokok Dengan Vivix Shaklee

Minum petang  pada pukul 4.00 petang – Buah-buahan kering, Kuih atau biskut

Makan malam pada pukul 7.00 malam – Nasi + ikan + sayur +  buah atau  Steak dengan kentang

Pelan makan ini sukar jika anda hanya makan  tengah hari dan biasa makan malam sahaja. Anda perlu makan lima makanan kecil setiap dua jam, atau tiga +1000 kalori setiap tiga jam. Biasanya orang kurus tidak mempunyai selera makan yang besar dan perutnya kecil.

 

Kuantiti makanan penting untuk mendapatkan berat badan. Tetapi kualiti makanan juga sangat penting untuk dititikberatkan. Makanan berkualiti akan membantu meningkatkan berat badan anda dengan sihat.

 

 

 

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.