Set Kesuburan Terbaik Membantu Cepat Hamil

Kini terdapat banyak pengetahuan saintifik tentang penggunaan pemakanan tambahan iaitu set kesuburan dan kesan-kesannya yang bermanfaat pada kesuburan lelaki dan perempuan. Set Kesuburan yang terbaik membantu cepat hamil pasangan yang ingin mendapatkan zuriat. Seperti yang anda akan lihat, SUPPLEMEN ini boleh menjadi amat berkesan dalam menyeimbangkan semula hormon anda, serta memperbaiki kesihatan kedua-dua pasangan secara keseluruhan, yang begitu penting untuk membantu cepat hamil.

 

set kesuburan terbaik
set kesuburan terbaik

Antara keperluan nutrien bagi pasangan  yang ingin cepat hamil :

Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa vitamin dan mineral tertentu boleh meningkatkan peluang untuk hamil. Bagi memaksimumkan peluang untuk mengandung, kedua-dua pasangan perlu memastikan tahap kesihatan berada pada tahap yang optimum. Kaedah untuk mengatasi masalah kekurangan nutrisi dapat membantu meningkatkan pengeluaran sperma dan seterusnya meningkatkan peluang anda untuk hamil. Bagi merealisasikan situasi ini, nutrien yang betul dan dalam kuantiti yang betul akan membantu anda untuk menjamin kejayaan dalam matlamat anda dan pasangan.

Sekiranya anda mempunyai masalah untuk hamil, makanan tambahan sangat diperlukan kerana semua nutrien yang diperlukan tidak mencukupi dalam pemakanan yang diambil setiap hari. Antara keperluannya ialah ;

Asid Folik

Asid Folik sangat penting kepada ibu yang bakal hamil untuk bayi yang bakal dikandung mempunyai kekuatan yang tersendiri untuk hidup dengan sihat di dalam rahim. Asid Folik boleh mencegah spina bifida pada bayi anda.

Vitamin B

Vitamin B Komples juga penting untuk  menghasilkan bahan-bahan genetik DNA dan RNA, bukan sahaja telur tetapi juga sperma itu. Bersama-sama dengan vitamin B12, asid folik berfungsi untuk memastikan bahawa kod genetik bayi anda dalam keadaan elok. Ia tidak mencukupi dengan mengambil asid folik sahaja apabila anda cuba untuk hamil. Semua vitamin B adalah penting sepanjang tempoh pra kehamilan. Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan B6 kepada wanita yang mengalami masalah mengandung berlaku peningkatan kesuburan dan vitamin B12 dapat meningkatkan jumlah sperma.

Baca Juga :   Harga Set Kesuburan Shaklee Lelaki dan Wanita 2018

Zink

Zinc adalah nutrien yang paling banyak dikaji dari segi kesuburan untuk lelaki dan wanita. Ia merupakan komponen penting dalam bahan genetik dan kekurangan zink boleh menyebabkan perubahan kromosom. Kekurangan zink dalam sama ada anda atau pasangan, ia boleh mengurangkan kesuburan dan meningkatkan risiko keguguran. Zink perlu untuk badan anda menyeimbangkan hormon reproduktif, oestrogen dan progesteron. Kefungsiannya penting bagi pasangan anda kerana zinc ditemui dalam kepekatan yang tinggi dalam sperma. Zink yang diperlukan untuk membuat lapisan luar dan ekor sperma. Oleh itu, zink penting untuk kesihatan sperma dan menghasilkan bayi yang sihat.  Menariknya, beberapa kajian juga telah menunjukkan bahawa pengurangan zink dalam diet lelaki,  akan mengurangkan bilangan spermanya.

Selenium

Selenium adalah sejenis antioksidan yang membantu untuk melindungi tubuh anda dari serpihan kimia sangat reaktif yang dipanggil radikal bebas. Selenium boleh mengelakkan kerosakan kromosom, yang dikenali sebagai punca keguguran dan kecacatan kelahiran. Tahap selenium yang baik juga penting untuk memaksimumkan pembentukan sperma. Tahap selenium dalam darah yang rendah, didapati bilangan sperma lelaki tersebut juga rendah.

Omega 3, 6 & 9

Lemak penting Omega 3 mempunyai kesan yang mendalam terhadap setiap sistem badan, termasuk sistem reproduktif dan menyeimbangkan fungsi hormon yang sihat. Asid lemak Omega 3 juga mengawal keradangan yang boleh mengganggu rahim untu hamil. Omega 3 perlu kepada lelaki kerana sperma akan kaya dengan prostaglandins yang dihasilkan daripada lemak ini. Kekurangan prostaglandins akan menyebabkan bilangan sperma sedikit, kurang berkualiti, dan kecacatan pada sperma. Oleh yang demikian, Omega 3,6 dan 9 sangat diperlukan oleh pasangan yang ingin cepat hamil.

Vitamin E

Vitamin E merupakan  antioksidan kuat dan telah terbukti meningkatkan kesuburan apabila diberi kepada kedua-dua lelaki dan wanita. Kajian kepada pasangan yang menjalani rawatan IVF, mereka telah diberikan vitamin E, hasilnya menunjukkan pasangan ini mempunyai sperma yang lebih subur.

Baca Juga :   Harga Vivix Shaklee Selepas GST 0%

Vitamin C

Vitamin C juga sejenis antioksidan, dan kajian-kajian menunjukkan bahawa vitamin C dapat meningkatkan kualiti sperma, melindungi sperma dan DNA di dalamnya daripada kerosakan. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa beberapa jenis kerosakan DNA dalam sperma yang boleh menyukarkan untuk hamil dan ia boleh menyebabkan peningkatan risiko keguguran. Jika DNA rosak, mungkin ada masalah kromosom pada bayi, jika kehamilan diteruskan.

Usaha kaedah ini bertujuan untuk memulihkan ketidakseimbangan hormon dan menggalakkan proses ovulasi sekira ianya tidak berlaku. Selain itu, ia juga membantu meningkatkan kesihatan dan jumlah sperma yang berkualiti untuk menjamin kejayaan proses kehamilan. Selain itu, keseimbangan hormon progestron dan oestrogen dalam badan ibu boleh menyebabkan pendarahan. Kita hanya berusaha tetapi Allah SWT yang menentukan.

 

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.