Punca Lambat Hamil Yang Perlu Anda Tahu

punca lambat hamil
punca lambat hamil

Hamil cepat atau lambat bergantung kepada tahap kesuburan pasangan suami isteri dan rezeki ketentuan Allah SWT. Antara punca lambat hamil yang perlu pasangan tahu untuk membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh setiap pasangan yang mempunyai keinginan untuk mendapatkan anak. Antara punca lambat hamil ialah :

Apakah punca lambat hamil yang mempengaruhi masalah kesuburan?

Mengikut kajian dalam tempoh dua puluh tahun yang lalu, masalah kesuburan telah meningkat secara mendadak. Satu dalam enam pasangan didapati sukar untuk hamil dan satu per empat daripada kehamilan mengalami keguguran. Pada masa kini, ramai pasangan yang membuat rawatan kesuburan dalam usaha membantu mereka mendapatkan zuriat.

Kegagalan Ovulasi dan Endometriosis

Apakah faktor utama yang mempengaruhi masalah kesuburan? Ia tidak dapat dinyatakan dengan tepat sehingga doktor membuat penyiasatan terperinci ke atas kedua-dua pasangan tersebut. Terdapat punca kebiasaan seperti kegagalan ovulasi, endometriosis tetapi ada juga masalah kandungan sperma yang sedikit dan lemah.

Gaya Hidup Tidak Sihat

Namun, sejauhmana keberkesanan untuk mendapatkan zuriat bergantung juga kepada gaya hidup, amalan pemakanan dan emosi yang stabil ke arah membina sebuah keluarga yang sihat dalam semua aspek. Gaya hidup ang tidak sihat seperti kurang bersenam juga akan menyebabkan masalah kesihatan yang mengganggu proses kehamilan.

Oleh itu, apa pilihan yang anda ada untuk kesuburan anda dan pasangan anda? Berdasarkan fakta, kajian di negara barat menunjukkan bahawa pasangan yang mempunyai masalah kesuburan pada awalnya dan telah berusaha dengan membuat perubahan dengan gaya hidup, diet dan mengambil makanan tambahan, 80 peratus daripada golongan ini berjaya melepasi situasi masalah mereka. Kebanyakan mereka mengambil masa sekurang-kurangnya 3 bulan untuk mengandung. Telur juga mengambil masa 3 bulan untuk matang, sama ada ovulasi pada wanita mahupun lelaki selepas membuat perubahan dengan amalan gaya hidup yang sihat dan amalan pemakanan yang meningkatkan kesuburan. Ia boleh diklasifikasikan peringkat awal perancangan kehamilan, pra kehamilan.

Berdasarkan fakta, kajian di negara barat menunjukkan bahawa pasangan yang mempunyai masalah kesuburan pada awalnya dan telah berusaha dengan membuat perubahan dengan gaya hidup, diet dan mengambil makanan tambahan, 80 peratus daripada golongan ini berjaya melepasi situasi masalah mereka

Diet dan amalan pemakanan yang kurang khasiat

Baca Juga :   Cara Menurunkan Kadar Kolesterol Jahat Yang Tinggi

Diet yang sihat kedua pasangan amat perlu dengan amalan pemakanan yang terbaik untuk meningkatkan kesuburan. Asas makanan kesihatan ini bukan sahaja diperlukan untuk kesuburan sahaja, namun sangat penting untuk kehamilan yang berjaya dan menghasilkan bayi yang sihat. Ramai yang tidak menyedari bahawa diet yang sihat boleh membantu untuk meningkatkan keseimbangan hormon yang boleh menjejaskan keupayaan untuk hamil dengan sempurna. Banyak makanan dan minuman sekarang yang mengganggu kesuburan individu.

Oleh yang demikian, makanan yang diambil setiap hari anda perlu memastikan jumlah kandungan khasiat yang cukup untuk menjamin nutrisi yang cukup untuk badan anda dan pasangan terutamanya pasangan yang ingin hamil. Penjagaan bukan sahaja untuk wanita atau ibu, namun untuk kedua-duanya kerana proses untuk hamil memerlukan peranan kedua-dua pasnagan tersebut.

 

 

 

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

One thought on “Punca Lambat Hamil Yang Perlu Anda Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.