Keperluan Semasa Mengandung Bayi

Senarai keperluan semasa mengandung dibuat untuk membantu memudahkan bakal ibu untuk membuat persediaan untuk hamil.  Selain itu, keperluan semasa mengandung ini penting  untuk memudahkan  ibu menjalani hari-hari kehamilan dengan rasa gembira dan tenang.  Keperluan yang lengkap membantu ibu-ibu selesa dengan kehamilan tersebut. Ibu hanya memikirkan persediaan yang perlu dilakukan untuk bersalin.

keperluan semasa mengandung
keperluan semasa mengandung

Barang Keperluan Semasa Mengandung

Di sini terdapat senarai semak untuk barang keperluan sepanjang masa mengandung.

Bil. Keperluan Semasa Mengandung Senarai semak ( / )
1 Baju
2 Seluar atau skirt
3 Baju dalam
4 Seluar dalam
5 Vitamin (organik )
6 Bantal
7 Tali pinggang
8 Minyak atau losyen rawatan kulit

 

Baju

Pertambahan berat badan ibu yang berlaku secara mendadak  selepas mengandung akan menimbulkan masalah pakaian yang tidak muat atau ketat adalah perkara biasa kepada ibu. Masalah ini akan rasa ketara terutama kepada ibu yang bekerjaya kerana setiap hari menukar pakaian dan memerlukan gaya tersendiri untuk ke tempat kerja. Oleh sebab itu, sebagai persediaan untuk tempoh kehamilan memerlukan persediaan dari segi pakaian yang cukup dan sesuai dengan keselesaaan ibu hamil dengan perut yang membesar dan berat badan yang meningkat.

Seluar atau skirt

Seluar atau skirt yang paling terasa jika sebelum ni ukuran pinggang yang ramping akan bertambah 2  hingga 3 kali ganda dari ukuran biasa. Oleh sebab itu, cadangan pakaian yang sesuai lebih kepada dress  atau seluar dan skirt yang mana kain stretchable, lembut dan selesa dipakai supaya tidak sendat dan menambah rasa gatal di bahagian perut. Kesannya boleh meningkatkan stretch marks yang sangat teruk di bahagian perut kesan jika digaru apabila rasa gatal. Jadi elakkan pakaian yang boleh menambah rasa gatal di bahagian perut.

Baca Juga :   Senarai Harga Produk Shaklee 2019 Terkini

Baju Dalam

Baju dalam juga perlu ditukar kerana saiz payudara akan membesar dari saiz asal. Cadangan terus membeli baju dalam menyusu yang sesuai dipakai sehingga penyusuan susu ibu secara eksklusif sekiranya ibu-ibu ingin menyusukan bayi dengan susu ibu kerana itu yang terbaik untuk bayi anda. Baju dalam juga perlu kain yang sesuai dan saiz yang sesuai supaya ibu selesa dengan aktiviti seharian. Kita kongsi cara pengiraan saiz baju dalam yang betul untuk panduan ibu-ibu membeli baju dalam yang sesuai dengan payudara anda. Bagi mendapatkan saiz baju dalam yang sesuai anda boleh rujik di sini untuk cara pengiraan dan betul dan anda dapat membeli baju dalam yang sesuai dengan saiz semasa.

Seluar dalam

Begitu juga halnya dengan saiz seluar dalam dan pemilihan kain yang sesuai kerana perut, paha dan badan anda membesar. Jika seluar dalam yang tidak sesuai sama juga kejadiannya dengan skirt anda yang sendat dan ketat. Seluar dalam yang sesuai dapat membantu menampung berat perut anda dan rasa selesa sepanjang hari.

Vitamin (Organik )

Vitamin untuk ibu hamil juga sangat penting selain dari pilihan makan yang baik untuk kesihatan bayi dan ibu. Ibu-ibu boleh berjumpa dengan doktor untuk meminta cadangan jenis vitamin yang baik untuk ibu mengandung sepanjang tempoh kehamilan. Vitamin ini membantu menambah nutrisi ibu yang hamil dan meningkatkan tenaga ibu untuk kekal aktif setiap hari dengan aktiviti harian walaupun hamil. Buat pilihan jenama vitamin yang terbaik untuk diamalkan dan sebaiknya vitamin organik dan bukan vitamin sintetik. Jika ada memerlukan bantuan boleh berhubung di sini.

Bantal

Bantal juga salah satu keperluan untuk ibu hamil tidur dengan selesa. Bantal ini sangat diperlukan terutamanya apabila perut ibu semakin membesar untuk menampung perut apabila ibu tidur sambil mengiringkan badan ke kanan atau ke kiri. Tidur yang lena dapat membantu ibu dan bayi sihat sepanjang kehamilan.

Baca Juga :   Cara Mendidik Anak Mengikut Rasullullah SAW

Tali pinggang

Tali pinggang getah yang stretchable sangat penting pada masa sekitar 7 ke 9 bulan kehamilan kerana perut terasa sangat berat dan kadang kala rasa tidak selesa untuk berjalan dengan rasa berat yang dialami. oleh sebab itu, tali pinggang ini membantu ibu rasa selesa dengan tampuan dari tali pinggang getah tersebut.

Minyak atau losyen rawatan kulit

Minyak atau losyen untuk rawatan kulit juga menjadi keutamaan kerana apabila perut dan bahagian paha semakin membesar, ibu akan rasa gatal yang tidak boleh ditahan. Pada masa tersebut, minyak atau losyen ini boleh membantu mengurangkan rasa gatal serta kerengsaan dengan menyapu di bahagian perut dan tempat-tempat yang ibu rasa tidak selesa. Terdapat banyak jenama di pasaran, buat pilihan yang terbaik dan pastikan tiada bahan yang terlarang serta mengganggu proses kehamilan atau terdapat kesan sampingan kepada kulit. Sebaiknya pilihlah produk dari bahan organik. Petua atau tip dari oarng tua-tua, sekiranya gatal perut semasa hamil, elakkan garu dengan kuku. Garu dengan sikat atau lapik dengan kain. Ikut pengalaman, ada juga kurang kesannya. Jika kehamilan ynag sihat dengan bayi yang besar kesan strech mark mesti ada. Cuma yang membezakannya ialah teruk dan kesan yang minimum. Semoga dapat membantu ibu-ibu hamil dengan penuh kegembiraan di saat-saat menunggu kelahiran zuriat tercinta.

 

 

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by