Kelebihan Omega-3 Untuk Bayi

Apa itu Omega-3? Bukan tajuk lagu ye. Apa kelebihan Omega-3 untuk bayi? Saya pun dulu-dulu tak ambil tahu sangat apa entah Omega ni. Tapi sejak kebelakangan ni, bila ada anak, umur meningkat, pengalaman mendidik agar saya mengambil tahu tentang banyak perkara terutama yang melibatkan kesihatan diri dan keluarga saya supaya saya dapat menjadi ibu yang baik untuk anak-anak saya.

Kelebihan Omega 3 Kepada Bayi
Kelebihan Omega 3 Kepada Bayi

Apa itu Omega-3?

Omega-3 merupakan asid lemak yang penting tetapi tidak dapat dihasilkan oleh badan. Ia boleh diperoleh dari makanan yang kita makan iaitu ikan seperti i kan Tuna, ikan Sardin, ikan Salmon dan banyak jenis ikan laut air dalam yang lain. Omega-3 dari sumber ikan ini mengandungi rangkaian DHA, EPA,ALA dan banyak lagi. Ia mampu mengimbangi perubahan hormon wanita.

 Apa kelebihan Omega-3 untuk bayi?

Perkembangan Otak

Kelebihan Omega-3 untuk bayi sudah tentu untuk perkembangan otak semasa dalam kandungan iaitu peringkat janin. Ia penting terutamanya semasa peringkat perkembangan otak janin dari 6 bulan usia kandungan sehingga lahir. Perkembangan otak janin pada peringkat 3 bulan terakhir sebelum bayi dilahirkan. Penting untuk ibu mendapatkan sumber Omega-3 yang cukup untuk melahirkan bayi yang bijak.

Perkembangan sistem saraf

Begitu juga halnya dengan perkembangan sistem saraf bayi yang bermula dari usia janin lagi setelah janin terbentuk fizikal dan mula bergerak-gerak di dalam kandungan bermakna bayi sedang mengalami perkembangan sistem saraf yang memerlukan sokongan keperluan Omega-3 untuk pembentukan dan pembentukan sistem saraf yang sempurna untuk menjadi bayi yang sihat dan kuat. Jika bayi sihat dan kuat, dapat membantu memudahkan proses kelahiran kelak.

Perkembangan Retina

Perkembangan retina ini ialah bahagian sistem penglihatan bayi. Kefungsian dan perkembangan mata bayi juga memerlukan Omega-3 untuk menghasilkan penglihatan yang baik apabila keluar menjadi bayi kelak sehingga kepada perkembangan kepada peringkat kanak-kanak yang normal dan sempurna perkembangan retinanya.

Baca Juga :   Glow glowing Dengan Kosmetik Yang Diluluskan KKM

Meningkatkan keupayaan ingatan

Keupayaan ingatan bertambah dengan perkembangan otak yang sempurna dan pembinaan sistem saraf yang lengkap. Oleh sebab itu, ingatan bayi menjadi kuat.

Mencegah Alzheimer

Alzheimer ialah penyakit nyanyuk yang berkaitan dengan kefungsian dan perkembangan otak juga. Apabila Omega-3 cukup untuk otak seperti EPA dan DHA ia membantu otak sentiasa sihat dan penyakit Alzheimer susah terjadi.

Meningkatkan sistem imunisasi

Omega-3 boleh berfungsi untuk membina antibodi dalam badan bayi yang mana sistem imunisasi dapat berfungsi dengan baik. Apabila sistem imunisasi dapat berfungsi dengan baik, bayi terhalang dari terkena penyakit berjangkit seperti demam, selesema, dan masalah kulit yang mudah berjangkit. Penting terutamanya bagi bayi yang selalu ke taska dan berjumpa dengan ramai orang setiap masa.

Mengelakkan dari alahan/alergi

Bayi dan alergi adalah perkara biasa sekiranya sistem imunisasi bayi kekurangan Omega-3 yang tidak membantu dia melawan penyakit tersebut. Alergi yang biasa terjadi dalam kalangan bayi ialah alergi kulit dan sistem pernafasan. Seperti alergi kepada habuk, makanan, suhu dan sebagainya.

Kesihatan paru-paru

Kesihatan paru-paru juga dapat dibantu dengan adanya Omega-3. Omega-3 dapat melawan leukotrienes yang dihasilkan dalam paru-paru yang boleh menyebabkan bayi terkena serangan asma. Bayi yang terkena asma perlu mendapat rawatan di hospital dengan sebaiknya untuk mengelakkan terkena serangan kuman.

Mengurangkan risiko autisme dan ADHD

Masa kini, ramai kanak-kanak mengidap autisme dan ADHD ( hiperaktif ) serta depresi. Omega-3 membantu 30% perkembangan neuron dan sistem lipid pada peringkat janin. Oleh sebab itu, pentingnya Omega-3 kepada perkembangan janin dan bayi itu sendiri.

Kesan kekurangan Omega-3

Simptom kekurangan Omega-3 yang boleh dilihat :

  • lemah ingatan
  • kulit kering
  • tekanan dan perubahan mood (mood swing)
  • peredaran darah perlahan
  • masalah jantung
  • diabetes
  • kelesuan
  • gangguan keseimbangan hormon
Baca Juga :   Set Penjagaan Kulit Cantik dan Selamat : Youth

 

 

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

2 thoughts on “Kelebihan Omega-3 Untuk Bayi

  • February 25, 2018 at 8:58 am
    Permalink

    Bagus ni DHA unt anak. Baby blh bagi tak?

    Reply
    • February 25, 2018 at 2:54 pm
      Permalink

      Jika untuk bayi, sekiranya bayi puan menyusu digalakkan ibu mengambil Omega kerana bayi akan mendapatnya melalui air susu ibu.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by