Kekal Cantik Selepas Bersalin

Anak berapa dah kak? Anak lima. Auh…kekal cantik macam anak dara lagi walaupun dah bersalin. Mesti la dik, mesti kekal cantik selepas bersalin. Kalau tak bahaya  tau kalau cik abang berpaling arah. Jadi, kekal  cantik mesti tau walaupun dah bersalin tak kira la, tiga, empat, lima enam, yang penting tetap cantik, sihat, dan cergas.

kekal cantik selepas bersalin
kekal cantik selepas bersalin

Bagaimana Nak Kekal Cantik Selepas Bersalin?

Huhu, bukan senang dik nak kekal cantik dan anggun seperti remaja kalau dah pernah mengandung dan bersalin. Proses mengandung 9 bulan dengan pelbagai perubahan fizikal yang berlaku dengan kulit muka berjeragat dan kusam kesan gangguan hormon, perut buncit dan menggeleber kesan bayi membesar di dalam kandungan, berat badan meningkat untuk membantu mengekalkan nutrisi untuk bayi dan meningkatkan tenaga untuk bersalin. Alamak….jangan risau, kerana ramai ibu-ibu yang tetap kekal cantik dan anggun walaupun mempunyai ramai anak kerana mereka berdisiplin dan tekal dengan matlamat yang mahu kekal cantik dan anggun.

Berpantang Sepenuhnya

Berpantang selama 40 hingga 100 hari selepas bersalin bukan sahaja makanan dan minuman tetapi juga berpantang dari melakukan kerja berat, cara berjalan dan amalan-amalan tradisional yang boleh membantu memulihkan tenaga dengan cepat dan mempercepatkan proses sembuh luka bersalin. Kebanyakan wanita-wanita yang kekal cantik walaupun selepas bersalin, mereka berdisipin dengan pantang larang selepas bersalin. Oleh sebab itu, berpantang sepenuhnya mampu mengekalkan daya keanggunan mereka. Begitu juga halnya dengan wanita pada zaman dahulu yang dapat mengekalkan kecantikan dan kesihatan mereka dengan amalan tradisional dan pantang larang yang tetap diamalkan setiap masa.

Tungku

Bertungku juga salah satu kaedah untuk kekal cantik selepas bersalin. Kenapa saya kata macam tu? Sebab dengan bertungku dapat membantu mengecutkan rahim dan melancarkan darah nifas keluar. Apabila rahim atau peranakan menjadi kecut serta darah kotor dan tidak diperlukan keluar dengan baik, ia boleh mengempiskan perut dan mengurangkan perut menggeleber. Perut menjadi bunci selepas bersalin kerana saiz perut  yang besar untuk menampung bayi dalam kandungan. Dengan cara bertungku dapat membantu mengecilkan saiz perut. Kadar buncit diperut berkurang, berat badan juga akan berkurang.

Baca Juga :   Promosi Vivix Shaklee Terbaik 2018 : Harga Runtuh

Bekung

Berbekung antara cara untuk wanita kekal cantik selepas bersalin. Kelebihan berbekung ini ialah dapat menghalang dari masuk angin dalam badan, mengecilkan saiz perut, dan  mengurangkan jumlah pengambilan makan untuk satu-satu masa. Oleh sebab itu, petua orang tua-tua, jika dalam pantang selepas bersalin, sebelum makan pastikan berbekung terlebih dahulu. Berbekung pula dengan pelbagai ramuan ubat tradisional yang membantu mengeluarkan angin dan berfungsi untuk mengempiskan perut. Contohnya seperti asam limau dicamurkan dengan kapur, dilumurkan di perut dan kemudian berbekung setiap masa sehingga 40 hari selepas bersalin. Bagi kesan yang lebih baik sehingga 100 hari selepas bersalin. Terpulang kepada saiz dan bentuk badan individu sebab ada orang yang badan cepat turun dan ada juga yang lambat dan mengambil masa yang lama.

Berdiang atau Nyala

Berdiang atau nyala ni saya pun tak pasti apa istilah yang paling sesuai dalam bahasa standart. Berdiang ni, ada para-para yang mana papannya jarang-jarang dipasang. Di bawah para-para tersebut diletakkan bara api. Kalau orang dulu-dulu, bara arang atau bara tempurung diletakkan dibawah para-para tersebut. Kemudian wanita yang berpantang selepas bersalin akan berbaring di atas para-para tersebut untuk memanaskan badan sehingga berpeluh. Pengalaman saya pula, tak dapat nak letak bara arang sebab berasap satu rumah. Dah la duduk kat rumah taman. Risau pula nanti orang kata rumah terbakar. Jadi saya gunakan dapur gas. Cuma perlukan dua tong gas, sebab satunya kat dapur. Berkesan juga untuk panaskan badan terutamanya pada waktu pagi dan selepas mandi setiap hari selama 40 hari.

Mandi Wap/Tangas

Mandi wap atau tangas ni banyak dah dimodenkan. Di Spa contohnya, ada perkhidmatan mandi wap disediakan dengan mesin dan peralatan yang moden dan canggih lagi. Kalau zaman tradisi dulu, air panas yang mana rebusan daun-daun kayu herba seperti daun serai wangi, daun pandan, cekur, daun lengkus dan daun pandan. Kemudian, letak kerusi yang ada lubang di atas air panas. Duduk di atas kerusi dan bungkus badan dengan kain sarung supaya wap terperangkap di dalam kain dan membuatkan badan berpeluh. Terasa kesegaran badan dan dapat membantu mengelaurkan angin di dalam badan dan juga membuatkan badan terasa segar.

Baca Juga :   Glow glowing Dengan Kosmetik Yang Diluluskan KKM

Menyusu bayi

Menyusu bayi juga dapat membantu menurunkan berat badan dan mengekalkan bentuk badan yang ideal. Ibu-ibu digalakkan untuk menyusu untuk membantu meningkatkan antibodi badan bayi, malah ia juga mempunyai manfaat kepada ibu yang menyusu bayi itu sendiri.

Pemakanan Seimbang

Pemakanan yang seimbang sangat penting dalam usaha untuk mengekalkan kecantikan dan sekaligus kesihatan. Makanan sumber untuk tampil cantik tetapi makan dengan sihat dan sepertimana saranan sepatutnya iaitu suku,suku, separuh. Namun, sumber nutrisi juga perlu dikenalpasti supaya nutrisi yang lengkap membantu untuk anda kekal cantik, sihat dan cergas. Oleh itu, pastikan sumber pemakanan anda adalah makanan yang seimbang dan nutrisi yang ada adalah lengkap untuk keperluan kecantikan dan kesihatan anda.

Senaman

Senaman ini sangat penting untuk anda kekal cantik dan mempunyai stamina diri yang tinggi. Senaman terdapat pelbagai bentuk senaman bergantung kepada keperluan dan tahap tenaga anda. Jadi, pilih senaman yang sesuai dengan diri kita supaya dapat melakukan senaman denagn konsisten dan mengekalkan kecerdasan diri. Individu yang cantik, sihat dan cerdas adalah nilai tambah yang sangat bernilai untuk anda tampil anggun dan muda walaupun telah meningkat usia dan mempunyai anak yang ramai.

Sembahyang

Ini ialah ibadah utama dalam kehidupan individu kerana ia adalah tiang agama. Dengan solat ini, ia bukan sahaja satu ibadah tetapi salah satu pergerakan atau senaman ringkas untuk membantu kita bergerak dengan teratur. Disiplin dalam solat ini yang membantu untuk kita berdisiplin dan tekal dengan semua tindakan kita. Selain itu, kita juga dapat berdoa untuk mencapai semua matlamat yang kita ingini sama ada untuk kekal cantik, kekal bahagia dan sentiasa sihat dalam kehidupan seharian.

Baca Juga :   Harga Set Kesuburan Shaklee Lelaki dan Wanita 2018

 

 

 

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257
Telegram : Azlinasss

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.