Cara Ukur Saiz Baju Dalam

Pernah tak anda salah membeli saiz baju dalam yang sesuai dengan anda? Hari ni kita kongsi cara ukur saiz ukuran baju dalam yang sesuai dengan anda supaya kita tak tersalah membeli baju dalam yang tidak sesuai dan tidak selesa. Jika baju dalam tidak sesuai dengan saiznya ada juga kesan sampingannya. Aset berharga itu perlu dijaga dengan sebaiknya.

Cara Ukur Saiz Baju Dalam
Cara Ukur Saiz Baju Dalam

 Kelebihan Mengetahui Saiz Ukuran Baju dalam Yang Sesuai

  • Meningkatkan rasa selesa kepada wanita sepanjang hari.
  • Mengatasi rasa sakit dan nyeri pada payudara sekiranya pemakaian yang tidak sesuai.
  • Melancarkan pengaliran darah dalam sistem badan.
  • Memberi ruang kepada kulit untuk bernafas melalui proses detoksifikasi iaitu perpeluhan.

Oleh itu pentingnya untuk kita mengetahui saiz ukuran baju dalam yang sesuai supaya kesihatannya terjaga dan kita akan rasa selesa sepanjang hari. Pastikan anda mempunyai pita pengukur baju yang dalam kiraan inci.

Cara-cara pengiraannya ialah :

Ukur Saiz Badan

Ukur saiz keliling badan di bawah payudara yang mengenai tulang rusuk. Anda lihat jumlah ukuran lilit tersebut.

Jumlah ukuran lilit adalah angka genap, anda perlu tambah 4 inci. Sekiranya angka ganjil, anda perlu tambah 5 inci.

Contohnya;  30 inci (angka genap) + 4 inci = 34 inci

33 inci (angka ganjil) + 5 inci  = 38 inci

Ukur Saiz Cup

Ukur saiz paling besar di sekeliling payudara dan pastikan pita pengukur dapat bergerak, atau dengan kata lain ia longgar supaya tidak terlalu ketat dan memberi nafas kepada payudara anda agar sentiasa selesa. Misalnya, ukuran tepat 36 inci, dan ukuran longgar 37 inci. Anda ambil jumlah ukuran 37 inci.

Jumlah ukuran saiz cup yang diperoleh boleh dibandingkan dengan jumlah ukuran saiz badan untuk mendapatkan ukuran saiz coli yang sebenar berdasarkan bacaan di bawah.

Baca Juga :   5 Khasiat Buah Naga Merah Buat Ibu Hamil

Ukuran saiz cup sama atau lebih kecil daripada saiz badan (A)

Ukuran saiz cup lebih 1 inci besar dari saiz badan (B)

Ukuran saiz cup 2 inci lebih besar dari saiz badan (C)

Ukuran saiz cup 3 inci lebih besar dari saiz badan (D)

Ukuran saiz cup 4 inci lebih besar dari saiz badan (E)

 

Contoh pengiraan berdasarkan ukuran di atas;

Jika ukuran saiz badan anda 34 inci, dan ukuran saiz cup ialah 37 inci, pengiraannya 37 inci – 34 inci = 3 inci lebih, maka saiz anda ialah 34D.

Diharap dapat membantu ibu-ibu membuat pengiraan saiz baju dalam yang sesuai terutama ibu yang baru hamil kerana berlaku perubahan saiz. Selamat mengira.

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by