Cabaran Ibu Menyusu dan Mengatasinya

Ibu moden pada masa kini sedar tentang kebaikan dan kelebihan susu ibu kepada bayi. Namun, banyak cabaran ibu menyusu dan cara mengatasinya kita bincangkan. Kebanyakan ibu berhasrat untuk menyusukan bayi mereka selama 2 tahun dan sentiasa meneroka kaedah untuk memberi penyusuan yang baik dan berkesan untuk bayi.

Susu ibu adalah yang terbaik kerana mengandungi 95% air yang kaya dengan antibodi dan enzim. Protein yang terdapat dalam air susu membantu antibodi dalam badan bayi yang belum ada antibodi terbentuk. Antibodi bayi terbentuk apabila bayi berusia 3 bulan ke atas secara perlahan-lahan. Selain itu, enzim dalam air susu ibu membantu proses penghadaman seseorang bayi sama ada proses pembuangan atau angin dalam badan bayi. Dengan kata lain dapat membantu mengatasi masalah kembung perut atau sarat.

cabaran ibu menyusu dan mengatasinya
cabaran ibu menyusu dan mengatasinya

Bagaimana cabaran ibu menyusu dan kaedah mengatasinya

Sakit belakang

Sakit belakang ini salah satu kebiasaan yang akan dialami oleh ibu yang menyusu bayi. Salah satu faktornya ialah kedudukan atau postur badan yang tidak sesuai semasa menyusu sama ada posisi duduk atau berbaring. Apapun posisi, ibu perlu pastikan keadaan yang selesa dan sesuai kepada ibu dan juga bayi. Salah posisi bukan sahaja menyebabkan sakit belakang tetapi menimbulkan pelbagai masalah lain.

Kaedah menangani :

  • Pastikan duduk dengan ada sokongan di belakang ibu seperti kerusi yang menahan belakang ibu semasa menyusu.
  • Jika berbaring, pastikan keadaan berbaring yang selesa dengan sokongan bantal yang sesuai di belakang ibu dan juga dibelakang bayi semasa bayi mengiring ketika sedang menyusu.
  • Pangku bayi ke arah puting susu ibu dengan lekatan mulut yang sempurna.

Bengkak payudara

Bengkak payudara juga salah satu cabaran ibu dalam usaha untuk menyusu bayi. Apabila bengkak susu, ibu akan terasa sangat sakit dan nyeri di payudara sehingga menyebabkan ibu demam kerana sakit. Kebiasaannya disebabkan bayi tidak menyusu dalam satu tempoh tertentu sama ada air susu banyak, tapi bayi asyik tidur atau ibu terpaksa ke tempat kerja dan berjauhan dengan bayi.

Baca Juga :   Atasi Luka Puting Susu

Kaedah Menangani :

  • Pastikan bayi dikejutkan dari tidurnya yang lena sekurang-kurangnya setiap 30 minit. Penyusuan yang kerap juga dapat membantu mengurangkan masalah kuning bayi.
  • Jika air susu terlalu banyak atau terpaksa berjauhan dengan bayi, pastikan ibu memerah susu sebelum berlaku pembengkakan susu. Perahan sama ada secara manual atau menggunakan pam susu boleh dibuat. Pastikan pam susu yang sesuai dengan ibu bagi mengatasi masalah sakit ketika pam susu dan menjadikan ibu kurang bersemangat untuk membuat stok susu untuk bayi.
  • Pastikan bra atau penyerap air susu selalu ditukar jika terdapat air susu yang meleleh setiap kali lebih kurang 3 jam sekali.
  • Jika berlaku bengkak susu, pastikan ibu menuam payudara dengan air panas yang diletakkan di dalam botol dan dibalut payudara yang bengkak dengan tuala kecil yang dicelup dengan air panas.
  • Pastikan belakang ibu diurut dengan perlahan, begitu juga dengan payudara yang bengkak dari bawah ketiak dengan perlahan-lahan dan urutan yang lembut.
  • Biarkan air susu menitis keluar dan pastikan air susu diletakkan di dalam bekas bagi mengelakkan dari terkena kulit kerana kulit yang sensitif terkena air susu boleh menyebabkan ruam pada kulit.
  • Urut bahagian payudara yang berketul dengan perlahan sehingga tiada ketulan dan menjadi lembut untuk melancarkan pengeluaran air susu yang seterusnya.

Melecet dan luka

Melecet dan luka bahagian puting susu atau areola berlaku berpunca dari lekapan yang salah semasa penyusuan dibuat. Rasanya sangat memeritkan dan pedih. Selain itu, disebabkan hisapan bayi yang terlalu kuat dan kulit ibu pula jenis kulit yeng sensitif. Perkara yang paling parah ialah melecet dan luka disebabkan oleh gigitan bayi yang baru tumbuh gigi. Situasi ini berlaku sekitar umur bayi tiga bulan ke atas.

Baca Juga :   Set Kesuburan Terbaik Membantu Cepat Hamil

Kaedah menangani :

  • Pastikan lekapan bayi menyusu dengan betul semasa proses penyusuan berlaku.
  • Basuh payudara dengan air bersih sebelum dan selepas penyususan. Agak rumit tapi ini yang terbaik untuk kulit ibu yang sensitif.
  • Jika kulit ibu sensitif dan jenis cepat luka, ibu boleh mengamalkan vitamin C dan vitamin E untuk kesihatan kulit yang baik.
  • Selain itu, berdasarkan pengalaman, sapu kunyit hidup di bahagian payudara yang luka atau sapu minyak zaitun untuk cepat atasi rasa luka dan pedih dan juga cepatkan proses penyembuhan.
  • Pastikan payudara sentiasa dalam keadaan yang bersih dan memakai kain yang sesuai seperti kain serap peluh.

Mastitis

Mastitis ialah pembengkakan payudara kerana bengkak susu sehingga terdapat jangkitan kuman dengan payudara yang bengkak menjadi merah dan ibu rasa sangat sakit dan demam. Bahayanya situasi ini sekiranya bernanah, pembedahan perlu dibuat untuk mengeluarkan nanah. Namun, situasi ini tidak akan terjadi sekiramnya ibu mempunyai pengetahuan yang cukup tentang kaedah dan teknik penyusuan yang betul dan berkesan.

Kaedah menangani :

  • Jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
  • Ikut saranan doktor.
  • Pastikan ubat antibiotik diambil untuk mengatasi jangkitan kuman.

Kurang susu

Kekurangan air susu selalu membuatkan ibu berputus asa untuk meneruskan penyusuan kepada bayi yang tersayang. Bukan tidak mahu tetapi tidak tahu cara untuk meningkatkan jumlah air susu untuk bayi yang menangis kelaparan. Hati ibu yang mana boleh bertahan dengan bayi yang menangis kerana kelaparan.

Kaedah menangani :

  • Melakukan urutan di bahagian belakang ibu, urutan di dada, dari bawah ketiak sehingga ke bahagian areola. Urutan ini sangat disarankan terutama urutan yang dibuat oleh suami kepada isteri yang penat berusaha melahirkan cahaya mata mereka.
  • Jika berlaku masalah tiada puting, ibu boleh menggunakan pam susu untuk menarik puting keluar. Ransang puting susu selalu untuk mengeluarkan air susu.
  • Makan makanan yang berkhasiat dan minum air putih secukupnya untuk membantu menambah air susu untuk bayi.
  • Mengikut pengalaman, saya mengambil supplement sebagai makanan tambahan untuk meningkatkan jumlah air susu dan memekatkan air susu untuk memastikan penyusuan yang berkesan. Antara supplement yang saya ambil sepanjang proses penyusuan selama 2 tahun ialah Ostematrik, OmegaGuard, Vitamin C, Vitamin B dan ESP.
Baca Juga :   Barang-barang Keperluan Bersalin

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu memberi input kepada ibu-ibu comel yang sedang hamil. Proses penyusuan adalah situasi atau memori yang indah untuk dikenang bersama dengan anak kita apabila mereka besar nanti selain dari meningkatkan keakrabahan antara ibu dan anak itu sendiri. Walaupun banyak kekangan yang ibu hadapi, jika kita berjaya mengharungi halangan tersebut dan belajar untuk mengatasi situasi itu, ia akan menghasilkan nikmat kepuasan yang tidak terhingga sebagai seorang ibu yang inginkan sesuatu yang terbaik untuk anaknya. Sebahagian hasil penulisan adalah berdasarkan pengalaman sendiri.

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by