6 Tanda Penyusuan Susu Ibu Berkesan

Penting untuk ibu mengetahui bahawa penyusuan susu ibu yang dibuat berkesan atau tidak kerana bayi yang baru dilahirkan memerlukan penyusuan yang berkesan dan susu yang secukupnya untuk perkembangan fizikal dan mentalnya yang pesat dan untuk menyingkirkan bilirubin yang tidak diperlukan oleh badan bayi kerana boleh menyebabkan kesan negatif yang lain kepada bayi yang baru lahir.

 Antara 6 tanda penyusuan susu ibu yang berkesan ialah:

Bayi membuang air kencing 6 kali atau lebih dalam masa 24 jam.

Bila bayi membuang air kencing atau berak, menunjukkan bayi telah menyusu dengan berkesan dan fungsi organ bayi adalah sempurna.

Bayi membuang air besar 4-8 kali dalam masa 24 jam.

Antara sebab doktor dan jururawat akan tanya sama ada bayi telah membuang air kecil atau berak sebelum dibenarkan keluar dari hospital.

Bayi tidur selepas menyusu susu ibu.

Bayi bila kenyang perutnya, dia akan tidur dengan lena. Bayi menangis hanya beberapa sebab tertentu sahaja seperti lapar, mengantuk atau sakit.

Payudara terasa penuh sebelum penyusuan dan lembut selepas penyusuan.

Air susu yang banyak dikeluarkan untuk bayi dan bayi minum dengan sepenuhnya akan membantu ibu rasa selesa selepas sesi penyusuan dengan bayi.

Ibu terasa seakan susu mengalir di payudara.

Air susu yang banyak untuk bayi akan menyebabkan ibu rasa seperti air susu yang mengalir dalam payudara. Jika bayi dapat minum susu yang pekat dengan zat dan nutrisi ini, bayi akan rasa selesa dan kenyang.

Bunyi bayi menelan susu semasa penyusuan.

Kelajuan air susu yang keluar akan menyebabkan bayi mengah semasa minum susu. Bunyi seperti bayi minum susu botol dengan air susu yang laju sehingga bayi tidak sempat bernafas dengan baik.

Baca Juga :   Penyusuan Susu Ibu

 

 

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

One thought on “6 Tanda Penyusuan Susu Ibu Berkesan

  • February 25, 2018 at 8:56 am
    Permalink

    Membantu ibu muda macam saya…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by