5 Tabiat Buruk Amalan Pemakanan Meningkatkan Obesiti

Perkongsian hari ini tentang 5 tabiat buruk amalan pemakanan meningkatkan obesiti. Ramai orang ingin sihat dan cantik tetapi amalan pemakanan yang salah dan gaya hidup yang tidak menyokong untuk mereka menjadi sihat dan cantik. Amalan pemakanan yang salah ini tidak membantu individu kekal sihat dan cergas. Sebagai manusia yang normal, semakin meningkat usia, penyakit semakin bertambah. Oleh sebab itu, kesihatan perlu dijaga dengan amalan pemakanan yang betul dan gaya hidup yang sihat.

5 Tabiat Buruk Amalan Pemakanan Meningkatkan Obesiti
5 Tabiat Buruk Amalan Pemakanan Meningkatkan Obesiti

Antara amalan pemakanan yang salah ialah :

Suka Makanan Segera

Makan makanan segera menjadi pilihan ramai pada masa kini. Makan segera mempunyai kandungan lemak yang tinggi, dan kurang serat. Ada juga makanan yang tinggi kandungan gula dan garam serta perisa berbanding kandungan nutrien. Makanan seperti ini mengudang obesiti dan seterusnya penyakit tekanan darah tinggi, strok, diabetes dan penyakit jantung.  Ini kerana terdapat makanan segera lebih cepat dan menjimatkan masa. Semua orang ingin cepat kerana kesibukan bekerja. Perkara yang biasa kita fikir, yang penting kenyang. Makanan segera sememangnya cepat dan mudah, namun tidak bagus untuk kesihatan dan kecantikan diri kita. Kesannya di kemudian hari yang mengundang kesengsaraan kepada kita juga akhirnya.

Tidak Bersarapan Pada Waktu Pagi

Biasanya ramai yang beranggapan bahawa untuk kurus dan sihat, dengan membuat keputusan tidak mengambil sarapan. Ini juga adalah amalan pemakanan yang tidak baik untuk diamalkan. Sarapan pagi sangat penting untuk menjamin kecerdasan untuk beraktiviti seharian. Walhal, berpuasa pun disunatkan untuk bersahur terlebih dahulu sebelum Subuh. Ini sudah cukup sebagai bukti bahawa sarapan pagi sangat penting untuk meningkatkan kesihatan diri. Bagi menguruskan badan sekali pun, bukan caranya meninggalkan mana-mana masa makan. Makan tetap perlu tetapi jumlah pemakan dan jenis makanan yang perlu dijaga nutrisinya.

Baca Juga :   Harga Set Asas Berpantang Shaklee Yang Terbaik

Makan Lewat Malam

Gaya makan lewat malam ini juga biasa diamalkan dalam kalangan orang muda yang suka lepak di kedai bersama dengan rakan-rakan. Selain itu, ada juga dalam kalangan orang yang bekerja sehingga lewat malam atau pekerjaan shif malam. Misalnya, Pengawal Keselamatan, Pekerja Kilang, Polis, Jururawat, Peniaga Pasar Malam dan banyak lagi jenis pekerjaan yang mengundang makan lewat malam kerana faktor persekitaran. Kadar metabolisma badan semakin menurun pada waktu malam dan badan juga kurang aktif. Oleh sebab itu, jika makan pada waktu malam, berat badan akan cepat meningkatkan dan kadar obesiti akan bertambah pesat.

Kandungan Perisa Gula Yang Tinggi

Rasa manis sudah tentunya menghasilkan rasa yang sedap dan disukai ramai. Kandungan gula yang tinggi dalam makanan dan tidak digunakan oleh badan dengan tenaga yang kuat atau kerja penat, ia akan disimpan di dalam badan sebagai lemak. Apa yang saya ingin kongsi dengan anda tentang seorang lelaki yang beratnya 96 kg, boleh turun beratnya menjadi 74 kg dalam masa sebulan dan tekanan darah tinggi dari kebiasaan 150/95 menjadi 125/80 selepas menukar gaya amalan pemakanan iaitu menjaga jumlah pengambilan karbohidrat dan gula dalam diet seharian selama 30 hari. Keberkesanan peningkatan kesihatan kepada individu dengan mengubah gaya amalan pemakanan seharian.

Tidak Makan dan Makan Tidak Ikut Masa

Ini juga salah satu gaya yang selalu diamalkan oleh orang yang ingin kurus dengan cepat. Namun apa yang terjadi hasratnya untuk kurus dan sihat tidak berkesan malah akan mengundang masalah kepada kesihatan kerana tidak makan dan amalan makan tidak mengikut masa menyebabkan penyakit gastrik. Selain itu, menyebabkan badan kekurangan nutrisi. Badan akan menjadi lemah dan kurang berdaya. Pada masa-masa tertentu pula, anda mengambil makanan yang berlebihan untuk meningkatkan keupayaan badan untuk beraktiviti sehingga berlebihan lemak dan menyebabkan berat badan akan bertambah.

Baca Juga :   3 Tanda Kemurungan Selepas Bersalin

Oleh sebab itu, penjagaan amalan pemakanan sangat penting untuk menjamin tahap kesihatan yang maksimum yang seterusnya akan membantu anda nampak cantik serta awet muda. Kemudian, akan meningkatkan keyakinan anda dan anda akan menjadi seorang yang bermotivasi. Semua ini merangkumi setiap aspek kehidupan individu untuk menjadi individu yang positif dan proaktif. Oleh yang demikian, nutrisi perlu dititik beratkan dalam amalam pemakanan  setiap hari. Antara makanan tambahan yang boleh membantu anda mengelakkan dari obesiti ialah Lecithin, Alfalfa Complex dan Herb Lax. Walau bagaimanapun, anda perlu konsultasi untuk mengenalpasti sejauhmana masalah kesihatan yang anda hadapi termasuk nasihat doktor ang telah anda perolehi. Boleh hubungi konsultasi anda seperti di bawah.

 

 

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257
Telegram : Azlinasss

2 thoughts on “5 Tabiat Buruk Amalan Pemakanan Meningkatkan Obesiti

  • March 3, 2018 at 4:52 pm
    Permalink

    makan lewat malam tu memang kena elak. huhu.. kalau terasa lapar sangat, try kunyah buah. takpun amik ESP jelah

    Reply
    • March 5, 2018 at 12:16 pm
      Permalink

      kan…cer try ESP, boleh bantu kurus lagi tu.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.