Senarai Makanan Dalam Pantang

Hari ni saya nak kongsi  pengalaman tentang makanan dalam pantang serta senarai makanan dalam pantang yang boleh dan tidak boleh dimakan oleh ibu berpantang.  Tujuannya untuk memudahkan ibu dan bakal ibu di luar sana mengurus makanan semasa dalam pantang. Apabila ada persediaan yang cukup untuk berpantang, ibu berpantang dengan lebih tenang dan pengambilan nutrisi yang sihat serta selamat.

Makanan Dalam Pantang Terbaik

Makanan bernutrisi sangat penting untuk memulihkan kesihatan ibu yang banyak kehilangan tenaga semasa proses kelahiran. Apa lagi jika ibu yang sakit berhari-hari sebelum bersalin. Badan akan rasa lemah dan tidak bertenaga. Pemakanan yang sihat akan membantu ibu meningkatkan tahap kesihatan semula dengan pengaliran air susu yang banyak untuk bayi juga berkembang dengan sempurna.

Antara Makanan Yang Perlu Disediakan Yang Terbaik untuk Ibu berdasarkan nasihat pakar pemakanan mengikut piramid makanan dan mengikut pengalaman sendiri seperti ;

Karbohidrat

Nasi Putih, roti, nestum, Quaker oat, cornflakes, oat dan biskut. Nasi pulut tidak digalakkan kerana proses pencernaan lambat dan tidak sesuai untuk ibu yang baru bersalin memerlukan pencernaan yang baik dan lancar. Begitu juga dengan mee, kuew tiaw, bihun, laksa, burger, nugget, sosej dan tempe.

Buah-buahan, sayur-sayuran serta ulam-ulaman

Buah-buahan dan sayur-sayuran sangat penting untuk mendapatkan sumber vitamin, mineral dan serat yang tinggi untuk melancarkan sistem pencernaan dan perkumuhan. Selain itu, buah-buahan dan sayur-sayuran bersifat anti oksidan untuk meningkatkan kemampuan kekebalan badan usaha melawan sebarang gejala penyakit dan infeksi.

Antara buah-buahan yang boleh diambil oleh ibu yang berpantang ialah buah Anggur, Kurma, Oren, Epal Merah, Strawberi, Peach, Bluebery, Prune, Kismis, Zaitun, dan Longan Cina. Buah-buahan yang tidak baik untuk ibu berpantang seperti Nenas, Tembikai, Epal Hijau, Pisang, Jambu, Belimbing, Mangga Durian, Durian Belanda, Ciku, Betik, Langsat, Nangka, Cempedak.

Baca Juga :   Cara Atasi Jeragat Dengan Berkesan dan Selamat

Sayuran yang boleh dimakan oleh ibu berpantang pula ialah sawi, lobak merah, lobak putih, brokoli, bayam, peria. Selain itu, sayuran seperti petola,  timun, kobis, terung, kangkung, pucuk paku pakis, sayur kekacang seperti kacang panjang, kacang buncis, pucuk ubi, labu, tomato, rebung, keladi, rebung, cili, petai, jering dan buah kerdas tidak boleh dimakan dalam tempoh berpantang kerana sejuk dan ada yang menyebabkan darah nifas berbau lagi busuk.

Ulam yang terbaik pula seperti halia, serai, lengkuas, ulam raja, pegaga, kunyit, jantung pisang, bawang putih, bunga kantan, cekur, daun pudina, daun kari serta daun kesum. Manakala ulam-ulaman yang tidak digalakkan pada minggu pertama selepas bersalin seperti halia dan kunyit yang boleh meningkatkan jaundis bayi melalui air susu ibu. Jika bayi anda tidak mempunyai jaundis, ulam-ulaman di atas sangat baik untuk membersihkan darah yang kotor, buang angin dan meningkatkan proses penyembuhan luka luaran dan dalaman.

Protein

Daging Ayam ( Bahagian Dada ), Daging Lembu atau kambing ( Daging terbaik yang tiada lemak ). Ikan yang boleh dimakan oleh ibu semasa berpantang ialah ikan Selar, ikan Gelama, ikan Jenahak (Ikan Putih), ikan Merah, ikan Tenggiri, ikan Bilis, ikan kembung, ikan cencaru dan ikan Salmon. Ikan Haruan bagus untuk mempercepatkan luka dalaman dan luaran selepas bersalin. Ikan kering dan ikan jeruk tidak digalakkan kerana menyebabkan darah nifas berbau busuk. Ikan bersifat berduri seperti ikan duri, ikan keli, ikan patin, ikan sembilang, ikan pari tidak boleh untuk mengelakkan turun darah, demam mengigil yang dipanggil bentan. Ikan tongkol pula tidak boleh sebab gatal sepertimana udang, sotong, kerang dan ketam.

 

Baca Juga :   Harga Set Kesuburan Shaklee Lelaki dan Wanita 2018

Cara Masakan yang sesuai untuk ibu berpantang

Cara masakan yang sesuai untuk ibu berpantang ialah masakan panggang, bakar, salai, kukus dan rebus. Masakan seperti tumis tidak sesuai kerana menggunakan minyak.

 

Air untuk ibu berpantang

Air masak sangat penting untuk keperluan ibu bersalin dengan sukatan 8 gelas sehari. Air juga ada yang boleh dan ada air yang tidak boleh diminum. Air yang boleh diminum ialah air rebusan halia dengan serai serta bawang putih, air rebusan kunyit, air rebusan manjakani, air rebusan longan cina dengan kurma untuk membanyakkan air susu, air susu, air madu suam, jus pegaga, air milo, air horlick, air kopi, dan air jus buah-buahan yang boleh dimakan.

Air yang tidak boleh diminum seperti  air kelapa, air jus limau purut, air jus buah-buahan yang tidak boleh diminum, air cincau atau agar-agar hitam, air berkarbonat, air teh, dan air berais yang sangat tidak bagus untuk kesihatan ibu berpantang.

Ini ialah amalan pemakanan saya sepanjang berpantang. Makanan dan minuman ni kadang-kadang bergantung kepada penerima badan individu yang sesuai atau pun tidak. Hasil dari pengalaman ini yang saya ingin kongsi dengan rakan-rakan di luar sana. Diharap dapat membantu.

Jika anda memerlukan makanan tambahan yang lain untuk selepas bersalin seperti ESP, Ostematrik, Vitamin C, Vitamin B Complex, Alfafa Complex, Vitalea dengan iron, Zinc Complex dan produk Shaklee yang lain boleh berhubung dengan saya.

 

Pengedar Shaklee

ID: 1233727

CALL / WHATSAPP : 0199236257 ( Azlina )

 

 

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by