Minuman Dalam Pantang Bersalin

Minuman dan makanan yang berkhasiat sangat penting untuk memulihkan kembali sistem peranakan semasa dalam berpantang bersalin. Oleh sebab itu, minuman dalam pantang bersalin banyak membantu para ibu memulihkan rahim dengan baik. Perkongsian ini hasil pengalaman.Selepas bersalin, badan terasa sangat penat dan sakit setelah menghabiskan tenaga sekuat-kuatnya dalam satu tempoh tertentu.

minuman dalam pantang
minuman dalam pantang

Oleh yang demikian itu, pemakanan dan minuman yang berkhasiat sangat penting buat ibu memulihkan kembali tenaga dan kecederaan yang dialami. Beberapa jenis minuman yang sangat baik untuk kesihatan ibu, namun bergantung juga kepada penerimaan badan individu.

Pada saya, amalan saya ini sangat membantu saya dalam usaha mengembalikan keremajaan dan memulihkan tenaga yang hilang. Amalan tentang air herba saya dapat dari orang-orang tua dan saya gabung dengan teknologi perubatan yang moden serta serba canggih. Antara minumannya ialah :

Jenis Minuman Dalam Pantang 

Jus kunyit hidup dengan air asam jawa

fungsi Jus kunyit dengan air asam jawa ini boleh mengatasi dan merawat keputihan, keradangan rahim, mengecut dan memulihkan rahim yang mengalami kecederaan semasa bersalin, membersihkan darah di dalam rahim dengan mengeluarkan darah kotor dengan lancar, dan meningkatkan keseimbangan hormon badan wanita selepas bersalin.

Cara membuat dan amalan minum

Potong halia 4 inci, ibu kunyit 4 inci, dan secawan air suam dikisar atau diblender. Tapis air dengan penapis teh. Kemudian, air tersebut ditambah dengan 2 sudu besar madu serta 2 sudu besar pes asam jawa. Akhir sekali, boleh diminum selepas sarapan pagi atau selepas makan tengahari atau selepas makan malam. Minum sekali sehari sudah memadai.

Jus halia dan serai

Meningkatkan kadar metabolisme, berfungsi untuk detoksifikasi, sesuai untuk membersihkan darah nifas, boleh menurunkan tekanan darah. Selain itu, minuman ini juga boleh menjadi agen pencegah kanser.

Baca Juga :   Cara Menurunkan Paras Kolesterol Dengan Sihat

Cara membuat minuman dan amalan minum

1 liter air, 3 inci halia dan 3 batang serai yang telah dibersihkan serta diketuk. Kemudian masukkan semua bahan ke dalam periuk dan rebus sehingga mendidih dan warna air bertukar menjadi perang. Sejukkan dan boleh diminum dengan sukatan secawan sekali  minum. Boleh diminum setiap pagi atau malam. Lebihan boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk diminum kemudian. Namun, bagi ibu yang berpantang tidak sesuai meminum minuman dari dalam peti sejuk.

Air rebusan manjakani

Air rebusan manjakani mempunyai banyak fungsi dan kelebihannya kepada wanita lepas bersalin kerana ia berfungsi mempercepatkan proses sembuh luka dalaman wanita, juga sebagai antibakteria, mengurangkan  bau badan dan darah nifas, bersifat antiseptik dan mengetatkan saluran rahim.

Cara membuat minuman dan amalan minum

3 biji manjakani dibersihkan dan 1 liter air diletakkan di dalam periuk dan direbus sehingga mendidih dan air bertukar warna. Selepas itu, boleh ditutup dan diminum seperti amalan minum air masak. Selain itu, air rebusan ini boleh digunakan untuk membersihkan luka bersalin.

Air rebusan nenas batu

Nenas batu merupakan ubat tradisional yang terkenal di Bahagian Timur Tengah. Ia sangat bermanfaat untuk ibu lepas bersalin untuk mengecutkan rahim, memulihkan rahim yang terluka, membuang angin dalam badan, melancarkan perjalanan darah, memulihkan masalah keputihan dan meningkatkan tenaga.

Cara membuat minuman dan amalan minum

1 biji nenas batu dibersihkan dan  direndam di dalam air panas sehingga mengucup. Air menjadi sedikit kekuningan dan boleh diminum setiap pagi mahupun malam. Nenas batu tadi boleh dijemur sehingga terbuka kembali dan boleh digunakan semula sehingga nenas mengucup dan tidak terbuka lagi.

Jus mengkudu

Baca Juga :   Alfalfa Shaklee Serta Kelebihannya

Jus mengkudu sangat bermakna untuk kesihatan para wanita semasa di dalam pantang. Ia berfungsi untuk meningkatkan keimunan badan dari virus, antibiotik, antioksidan, mencantikkan kulit, dan melancarkan perjalanan darah.

Cara membuat minuman dan amalan minum

Sebiji buah mengkudu dibersihkan dan dipotong-potong. Kemudian diblender dengan 250 liter air. Selepas itu, air ditapis dan bioleh diminum 3 kali sehari. Namun, rasa pahitnya tidak terkata. Bagus diminum kerana banyak khasiatnya.

 Soy Protein Isolate Powder – ESP

Minuman ESP juga sesuai untuk dijadikan minuman ibu dalam pantang kerana ESP mempunyai sumber protein bioteknologi yang lengkap serta berasaskan tumbuhan semulajadi yang kurang lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino yang boleh menambah dan memulihkan tenaga yang hilang. Banyak kelebihan minuman ESP ini untuk memperbaiki tisu, enzim, menyeimbangkan hormon, menjaga kesihatan jantung, meningkatkan sistem imun badan, dan  menyeimbangkan kandungan gula dalam darah serta tahap kolestrol dalam darah. Boleh menahan rasa lapar kerana kandungan minumannya mempunyai nutrisi yang lengkap. Boleh membantu menambah air susu ibu dan mengenyangkan bayi yang minum susu ibu.

Cara membuat minuman dan amalan minum

Boleh ditambah di dalam air minuman kegemaran yang selalu kita minum. Contonya semasa tempoh berpantang, kita selalu minum air susu atau air milo, tambah sesudu serbuk ESP ke dalam minuman. Minum seperti biasa. Sangat mudah untuk membantu menambah tenaga.

 

Vivix

Vivix merupakan minuman campuran botani Vivix yang mana merupakan revolusi yang diperkenalkan oleh Shaklee dengan kelebihannya untuk memulihara sel dari gangguan emosi, diet yang tidak seimbang dan pencemaran alam sekitar. Vivix berfungsi untuk melindungi sel-sel secara semulajadi. Bagi ibu yang baru bersalin, proses memulihara sel sangat penting untuk memulihkan luka dalaman dan luaran serta menjana semula proses keremajaan wajah hasil dari kepenatan semasa mengandung, proses bersalin dan menjaga bayi yang baru dilahirkan.

Baca Juga :   11 Petua Mudah Bersalin Bahagian 1

Cara membuat minuman dan amalan minum

Cara pengambilan Vivix yang berkesan untuk ibu dalam pantang ialah minum 1 sudu teh sebelum makan atau sebelum sarapan setiap hari. Kemudian, ibu-ibu perlu minum kerap air kosong.

Cara pengambilan minuman ini berdasarkan pengalaman saya, bergantung kepada penerimaan dan alahan diri individu kerana penerimaan tidak sama antara individu. Insya Allah berkesan kerana kita hanya berusaha untuk memulihkan tenaga yang hilang sepanjang proses bersalin tetapi Allah SWT yang menentukan. Apapun kita perlu berusaha untuk meningkatkan dan menjaga kesihatan diri. Jika kita sihat, anak dan suami juga tutur terjaga. Semoga perkongsian ini membantu memberi manfaat kepada pembaca di luar sana.

Sekiranya anda berminat dengan ESP dan Vivix boleh berhubung dengan saya, Azlina (019-9236257) untuk konsultasi. Terima kasih.

 

 

 

 

 

 

 

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by