Helicopter Parenting ( Ibu bapa yang terlalu melindungi )

Helicopter Parenting, ibu bapa yang terlalu melindungi dan mengambil berat yang berlebihan dalam kehidupan anak-anak mereka serta tidak yakin dengan kemampuan anak-anak. Situasi ini akan melahirkan anak-anak kurang ketahanan fizikal, emosi dan psikologi.

helicopter parenting
helicopter parenting

Tanda-tanda anda seorang Helicopter Parenting ( Ibu bapa yang terlalu melindungi ):

Anda cerewat dengan setiap pergerakan anak-anak. Sentiasa memerhatikan dan membebel dengan apa sahaja pergerakan dan tingkahlaku anak-anak. Terlalu masuk campur hal anak-anak kerana kadang-kadang dalam perkembangan kanak-kanak, mereka perlu diberi ruang dan peluang untuk belajar sesuatu perkara yang baru.

Menyiapkan kerja sekolah anak-anak jika anak kelihatan letih kerana tidak sanggup melihat anak kepenatan dengan kata lain tidak boleh melihat anak susah.

Tidak yakin dengan kemampuan anak seperti anak menunggang basikal dengan tayar sisi tetapi anda tetap mengikuti setiap langkahnya walaupun anak tersebut telah berumur 8 tahun ke atas.

Anda selalu rasa berdebar-debar memikirkan situasi anak-anak di sekolah ataupun di tempat lain..

Tidak mengharapkan anak-anak membuat apa-apa kerja rumah seperti membantu memasak atau mengemas rumah kerana memikirkan keselamatan anak walaupun anak telah meningkat remaja. Semua perkara mahu dilakukan untuk anak.

Anda terlalu melindungi anak-anak seperti memasang beberpa buah webcam di tempat anak-anak ditinggalkan seperti di tempat pengasuh.

Hasil dari sikap yang terlalu melindungi ibu bapa ini akan menghasilkan anak-anak yang :

Kurang ketahanan

Kurang ketahanan fizikal, emosi dan juga psikologi kerana biasa dari kecil dengan perlindungan yang terlalu banyak dari semua aspek. Contohnya anak akan belajar memanjat yang mana akan melatih ototnya menjadi kuat dan sihat. Namun, kita menyekat setiap pergerakannya yang akan membantutkan perkembangan fizikal anak tersebut. Begitu juga dengan ketahanan emosi. Ibu bapa tidak pernah marah dengan anak tersebut walaupun melakukan apa sahaja kesalahan yang mana jika anak ini melalui situasi di mana dia di marahi oleh guru di sekolah atau bergaduh dengan rakan-rakan di dalam kelas akan menyebabkan mereka tidak dapat menangani situasi tersebut dengan emosi yang stabil. Begitu juga walhalnya dengan psikologi kerana apabila emosi tidak stabil, lahirkan anak-anak yang bermasalah kestabilan psikologinya.

Baca Juga :   Perkembangan Kanak-Kanak Normal

Tiada keyakinan diri

Anak yang tidak diberi kepercayaan yang tinggi oleh orang tua akan hilang keyakinan dalam diri anak tersebut. Dia biasa bergantung kepada ibu bapa dalam semua perkara yang dilakukan. Setiap pilihan yang ada akan ditentukan oleh ibu bapanya. Dia tidak dilatih untuk membuat pilihan sendiri yang mana baik atau sebaliknya. Sampai dewasa anak tidak mampu untuk membuat pilihan yang terbaik untuk dirinya. Perkara yang paling dirisaukan ialah sehingga menyebabkan kemurungan kerana hilang keyakinan diri.

Tiada personaliti berdikari

Personaliti berdikari juga hilang hasil dari kurang tahap autonomi (kebebasan ) dalam tindakan anak-anak. Kebergantungan yang tinggi dalam apa jua perkara dalam hidupnya walhal perkara yang remeh dan kecil seperti memilih pakaian yang sesuai kerana biasa ditentukan semuanya.

Anxiety Disorder

Penyakit psikologi yang mana individu mengalami kebimbangan melampau atau kerisauan yang keterlaluan walhal dengan perkara yang biasa. Contohnya risau untuk menduduki peperiksaan. Individu stabil psikologinya akan merasa risau untuk menduduki peperiksaan dan akan berusaha untuk belajar dan menjawab peperiksaan dengan baik untuik menghasilkan keputusan yang cemerlang. Namun, individu Anxiaty Disorder risau untuk menduduki peperiksaan sehingga tidak mampu melakukan apa-apa untuk menghadapi peperiksaan sehingga menggeletar dan tidak mampu menulis pun semasa di dalam dewan peperiksaan.

 

 

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257
Telegram : Azlinasss

2 thoughts on “Helicopter Parenting ( Ibu bapa yang terlalu melindungi )

  • January 26, 2018 at 4:11 pm
    Permalink

    Good info, mmg ibu bapa ada rasa risau.. Tapi kena berpada2.

    Reply
    • January 28, 2018 at 1:54 pm
      Permalink

      terima kasih, berkongsi untuk info bersama.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.