Ibu

Cara Cepat Mengandung Pasangan Berkahwin

Cara Cepat Mengandung

Cara Cepat Mengandung

Setelah mendirikan rumah tangga dengan pasangan tercinta, setiap pasangan mengimpikan untuk mengandung, mempunyai anak yang sihat dan menikmati rezeki berkeluarga. Bagaimana cara cepat mengandung ? mungkin itu yang kadangkala difikirkan pasangan berkahwin. Oleh sebab itu, saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang cara cepat mengandung.

Dengan harapan, semua pasangan di luar sana mencapai impian masing-masing untuk mempunyai anak sendiri hasil perkongsian hidup dengan pasangan masing-masing. Antara cara yang boleh saya kongsi hasil pengalaman sendiri ialah cara hidup.

Bagaimana Cara Cepat Mengandung

Senaman

Gaya hidup perlu sihat seperti amalan senaman. Senaman tidak semestinya berlari satu padang, atau mesti di trek sukan. Senaman boleh dilakukan di rumah, walhal di dalam bilik. Paling penting pastikan badan berpeluh dengan gerakan yang kita lakukan seperti sapu lantai dan mop satu rumah setiap petang selepas pulang dari pejabat bagi yang bekerja dalam masa 10 ke 20 minit setiap hari. Cuma situasi kurang menyeronokkan, jika anda suka jogging dengan suasana menarik di tepi tasik, jadikan sebagai aktiviti harian anda setiap hari untuk membina cara hidup yang sihat dan aktif. Minat atau hobi seperti ini boleh dikongsi dengan pasangan untuk aktiviti yang lebih menarik. Usaha untuk cepat mengandung bukan sahaja tanggungjawab seorang sahaja tetapi peranan kedua-dua pasangan tersebut.

Makanan tinggi vitamin dan kurang minyak dan minum air yang cukup

Cara hidup yang kedua untuk cepat mengandung ialah cara pemakanan yang berkhasiat dan meningkatkan kesuburan wanita terutamanya makanan yang tinggi vitamin sepertiĀ  buah zaitun, minyak ikan haruan, telur yang kaya dengan Vitamin D, Biji bunga matahari, minyak zaitun, sayur bayam tinggi kandungan Vitamin E, sayur sayuran seperti ubi kentang, kubis, brokoli, bunga kubis, cili dan salad mempunyai kandungan vitamin C yang banyak, COQ10 pula banyak dalam makanan laut seperti sotong, udang dan kerang serta daging yang mana enzim boleh bertindak seperti Vitamin C.

Begitu juga dengan asid folik yang sangat membantu dalam meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita yang banyak dalam makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar seperti buah tembikai dan lobak merah dan lobak putih. Begitu juga sumber protein tumbuhan yang membantu dalam meningkatkan kesburan seperti buah jambu, buah kurma, kekacang seperti kacang almond dan kacang buncis. Ini ialah antara makanan yang membantu meningkatkan kesuburan dan membantu cepat untuk mengandung.

Elakkan Stress

Stress salah satu tekanan emosi yang mengganggu kesuburan lelaki mahupun wanita. Jika setiap pasangan ingin cepat mengandung, kedua-duanya perlu mengatasi setiap tekanan dengan baik dan emosi perlu dijaga setiap masa dan dalam semua situasi tidak kira masalah keluarga mahupun masalah di tempat kerja. Atasi dengan bijaksana.

Doa

Perkara yang tidak boleh ditinggalkan dalam semua impian dan matlamat hidup kita. Sumber kekuatan sebagai hamba Allah. Kewajipan dalam menunaikan ibadah 5 kali sehari jangan di tinggalkan. Namun, tidak semua yang kita impikan dapat dicapai dengan mudah kerana Allah tidak pernah salah dalam memberi rezeki kepada hamba-Nya. Rezeki akan hadir pada masa yang tepat dan sesuai.

Semoga beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat dan mendapat cahaya mata yang soleh dan solehah dengan didikan berkesan dari ibu bapa yang bijak sekalian.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh