Cara Mendidik Anak Mengikut Rasullullah SAW


Cara mendidik anak juga perlu kita tahu dalam usaha untuk mendidikan anak seperti mana saranan Rasulullah SAW. Menjadi ibu bapa bukan satu tugas yang senang dan remeh kerana kita bertanggungjawab mendidik anak hasil dari zuriat kita. Kita perlu berusaha sebaik mungkin untuk mendidik anak mengikut ajaran Rasulullah SAW.  

Cara Mendidik peringkat umur lahir sehingga 6 tahun

Pendidikan berasaskan KASIH SAYANG. Rasulullah SAW telah mengajar kita kaedah-kaedah untuk melayan anak-anak yang kecil dengan penuh kasih sayang. Layanan kasih sayang perlu setara antara semua anak-anak. Dari segi kaedah mendidik sekiranya mereka melakukan kesalahan juga dengan penuh kasih sayang.  Kaedah yang keras seperti merotak tidak sesuai kerana mereka belum cukup matang dan memahami untuk berfikir. Perkara yang perlu dilakukan ialah memberi kefahaman kepada mereka dengan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Hukuman yang dibuat untuk mereka tidak keterlaluan. Walau bagaimanapun, tahap ini banyak memberi kesan kepada pembinaan personaliti seseorang individu dari segi tingkahlaku dan emosinya.
Cara Mendidik peringkat umur 7 tahun hingga 14 tahun

Peringkat umur ini anak-anak sedang belajar untuk membentuk personaliti mereka. Oleh yang demikina, Rasulullah SAW menganjurkan kepada kita supaya mendidik anak-anak dengan nilai DISIPLIN dan  TANGGUNGJAWAB seperti mewajibkan anak-anak bersolat. Sekiranya mereka tidak melakukan solat, mereka boleh dipukul. Ini bermaksud anak-anak peringkat umur ini sudah boleh memahami erti tanggungjawab yang perlu dilaksanakan setiap masa. Sekiranya hukuman diberikan kepada mereka juga, mereka telah boleh menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Selain itu juga, disiplin diri anak-anak perlu dilatih dan didik. Anak-anak tidak akan pandai dengan sendiri tanpa latihan dan didikan dari ibu bapa. “ Anak-anak ibrat kain putih, ibu bapa yang mencorakkanya”  kerana didikan itu bermula dari rebungnya bukan dari buluh.

Cara Mendidik peringkat umur 15 tahun hingga 21 tahun

Seterusnya didikan peringkat umur remaja. Masa remaja, anak-anak meneroka identiti diri mereka yang perlu diikuti. Oleh sebab itu, dalam usaha mendidik anak peringkat ini, Rasullullah SAW mengajar kita untuk BERKAWANdengan mereka. Sesiapa pendamping mereka ketika ini, mereka itulah yang dijadikan identiti diri mereka. Mereka memerlukan kawan untuk bertanya dan meluahkan rasa hati. Sekiranya kawan mereka yang baik, syukur Alhamdulillah, bagaimana pula sekiranya sebaliknya yang berlaku. Walaupun anak telah meningkat besar dan remaja, kita tidak boleh lepas tangan dengan menganggap mereka telah besar dan boleh menilai yang mana baik dan tidak baik kerana kita telah mengajar mereka dengan nilai dan didikan yang baik semasa mereka kecil. Pengaruh rakan sebaya sangat besar pada peringkat ini. Oleh yang demikian, peranan ibu bapa sebagai kawan kepada anak-anak sangat penting pada peringkat umur ini. Sesibuk mana pun kita bekerja untuk mencari harta, kita perlu ingat bahawa anak-anak juga adalah harta yang tidak ternilai yang dianugerahkan kepada kita. Luangkan masa setiap hari untuk bersembang dengan anak-anak tentang cerita mereka pada hari tersebut.  
Cara Mendidik peringkat umur 21 tahun ke atas

Peringkat umur ini, anak-anak telah meningkat dewasa. Mereka juga telah matang dalam memikirkan sesuatu perkara. Pada masa ini, mungkin mereka juga sedang memikirkan untuk memilih pasangan hidup dan sebagainya untuk masa depan mereka. Kita sebagai ibu bapa berperanan memberi KEBEBASAN dan KEPERCAYAAN kepada mereka. Walau  bagaimanapun, anak-anak ini masih memerlukan pemantauan, nasihat dan sokongan daripada ibu bapa. Cuma, peranan sebagai ibu bapa yang memberi mereka kepercayaan untuk membuat keputusan dan pilihan diiringi dengan nasihat, doa dan selalu redha dengan anak-anak setelah usaha mendidik dari kecil telah dilaksanakan dengan baik dari segi kasih sayang, disiplin diri, nilai tanggungjawab, sebagai kawan dan pendengar yang baik kepada anak. Dengan harapan, doa dan keredhaan ibu bapa tadi menghasilkan keredaan dari Allah SWT.

Semoga membantu kita sama-sama menjadi ibu bapa yang baik dalam usaha dan peranan kita menghasilkan generasi yang soleh dan solehah.  Anak adalah anugerah, kadangkala anak juga adalah ujian untuk kita sekiranya kita tersalah langkah. Disebabkan dalam agama mengajar kita kaedah mendidik anak, kita cuba berusaha untuk aplikasikan agar membantu kita mendidik diri berperanan sebagai ibu bapa yang baik. Oleh itu, bersama kita berusaha menjadi ibu bapa dan anak yang baik. Amin.  

Baca Juga :   Produk Kecantikan Terbaik Masa kini

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by