Atasi Luka Puting Susu


Luka semasa menyusu adalah cabaran yang sangat perit kepada ibu. Terutama ibu yang ingin menyusu susu ibu sepenuhnya kepada bayi mereka. Namun, tidak semua ibu mengalami luka puting susu. Cara untuk atasi luka puting susu sangat perlu di saat rasa nyeri dan tangisan bayi yang inginkan susu.

Hari ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya sendiri untuk mengatasi luka puting susu yang sangat memeritkan. Sebelum itu, ibu perlu kenalpasti punca luka puting susu untuk membantu ibu mengelakkan dari puting susu luka. 

Antara punca luka puting susu ibu seperti berikut  :
  • Kulit ibu nipis dan sensitif.
  • Gigitan bagi bayi yang telah tumbuh gigi.
  • Hisapan kuat bayi sendiri ( biasanya bayi lelaki )
  • Lekapan mulut yang tidak betul semasa menyusu.

Jika punca-punca ini dapat dikenalpasti, ia dapat membantu ibu-ibu menyusu dengan selesa serta mengelak dari terluka.

Cara untuk mengatasi luka puting susu ialah :

Pastikan lekatan mulut bayi yang betul
Semasa menyusu, pastikan lekatan mulut bayi yang betul dan sempurna. Boleh rujuk artikel teknik menyusu yang betul. Lekatan yang sempurna dapat membantu mengurangkan risiko puting susu terluka.

Pastikan puting susu sentiasa kering
Elakkan memakai bra terutamanya yang tidak menyerap peluh kerana menambahkan lagi kesengsaraan luka yang mana boleh menyebabkan bernanah bila luka terkena peluh. Boleh guna nursing pad dan selalu tukar untuk mengelakkan bakteria apabila sentiasa lembap dengan air susu dan peluh.

Sapukan air susu
Mengikut petua orang tua, sapukan air susu itu sendiri ke tempat luka untuk cepat proses penyembuhan luka puting susu.

Sapu kunyit
Ini juga salah satu petua orang tua yang banyak membantu saya sendiri dalam proses menyusu anak sehingga 2 tahun kerana selalu luka puting susu. Ibu kunyit ditumbuk dan diambil air yang pekar dan disapu ditempat luka. InsyaAllah membantu cepat sembuh luka dan si comel dapat menghisap susu semula.

Sapu minyak zaitun
Minyak zaitun ini amalan yang saya sendiri pilih memandangkan khasiat minyak zaitun yang mengandungi tinggi vitamin E dan baik khasiatnya unuk kulit manusia. Di samping amalan minum minyak zaitun, saya gunakan untuk sapu diluka puting susu untuk membantu luka cepat sembuh dan selamat diminum oleh bayi juga. Jadi tidak ada masalah kepada bayi dengan ubat untuk sembuh luka puting susu.

Minyak kelapa dara
Sepertimana minyak zaitun, minyak kelapa dara yang boleh diminum juga menjadi bahan untuk disapu untuk atasi luka puting susu dan cepat sembuh luka..

Alhamdulillah, kaedah ini banyak membantu saya dalam usaha menyusu anak-anak saya. Semoga dapat membantu ibu-ibu di luar sana juga.

Baca Juga :   Cara Ukur Saiz Baju Dalam

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by